Bagi setiap pasangan yang berkahwin, kehadiran si kecil pastinya menambahkan kasih sayang dalam keluarga. Saat mengetahui bakal bergelar ibu dan ayah, itulah momen yang cukup indah dan dinantikan.
Namun, bagi sang isteri pelabagi dugaan dan cabaran terpaksa dilalui dalam tempoh kehamilan tersebut. Lebih-lebih lagi bagi ibu yang mengandungkan anak kembar.
Demikianlah pasangan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Datin Dr Halina yang sekali lagi bakal menimang cahaya mata kembar. Pasangan ini sering memuat naik perkongsian mengenai perjalanan kehamilan. Terbaru Angkasawan Negara ini memaklumkan bahawa isterinya terpaksa ditahan di wad sebuah hospital baru-baru ini.
Menurut Muszaphar, isterinya, Datin Dr. Halina kini perlu dipantai secara rapi berikutan bacaan tekanan darah dan gulanya tidak berapa stabil.
“Kandungan Dr. Halina kini sudah berada pada 34 minggu, Alhamdulillah.
“Malangnya, dia terpaksa dimasukkan ke wad hari ini untuk pemantauan rapi berikutan bacaan tekanan darah dan paras gula tinggi yang mengakibatkan dirinya mengalami pembengkakan.
“Mengandung anak kembar, horman tidak akan stabil dan perlu dikawal,” katanya lagi.
Dalam perkongsian terbaru itu, Muszaphar memuat naik video dirinya bersama isteri menjalani ujian saringan Covid-19 yang menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke wad.
“Bertabah sayang, Insya-Allah semuanya akan dipermudahkan. Doakan kami ya,” coretnya.