Bersyukurlah Jika Suami Mahu Bersolat Terawih Dan Jadi Imam Kepada Isteri Walaupun Surah Lazim Semata. Deep Perkongsian Ini.

Share

Ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakaan sejak 18 Mac sehingga kini, kita semua tidak dibenarkan keluar rumah tanpa urusan munasabah. Malah jika ke kedai membeli barang keperluan pun hanya ketua keluarga sahaja. Bukan itu sahaja, sejak PKP, tiada lagi solat jumaat diadaakan di masjid. Begitu juga bulan Ramadan ini, solat terawih. Lantaran itu, ramai memilih melakukan ibadah ini dirumah bersama keluarga.

Namun, ada segelintir suami kurang arif mengenai bacaan dalam solat terawih sehingga menjadi sindiran si isteri setelah ada suami hanya tahu membaca ayat lazim yang pendek.

Apa yang pasti, isteri harus bersyukur dengan usaha suami yang ingin memberikan yang terbaik buat keluarganya. Walaupun hanya membaca surah yang pendek tetapi hatinya berkobar-kobar penuh kasih sayang untuk menjadi imam kepada isteri dan anak-anaknya.

Begitu juga dengan perkongsian Dr Taufiq Raziq ini. Ikuti pandangannya mengenai keikhlasan seorang suami untuk memberikan yang terbaik buat keluarganya.

TAK PERLU PERSENDA SUAMI TENTANG BACAAN TERAWIH

Tak perlu persenda suami yang hanya mampu baca 3 Qul sahaja

Tak perlu dibuka aib suami yang mampu baca Surah Al Ikhlas sahaja.

Tak perlu dimalukan suami yang baca surah pendek sahaja

Di luar sana ada ratusan ribu suami yang memukul isteri isteri mereka. Isteri bagi mereka adalah ‘punching bag’ semata mata. Ada yang menjadikan isteri hamba sahaya. Isteri disusah susahkan dan direndahkan tanpa rasa bersalah.

Di luar sana ada terlalu ramai suami yang menyeksa isteri mereka. Dibiarkan bergantung tak bertali. Ditinggal tanpa khabar berita. Nafkah tak diberi dan hidup dipersia.

Bergembiralah jika si suami masih mahu bersolat bersama isterinya walaupun hanya mempunyai bekal hafalan Al Fatihah dan Surah Al Ikhlas semata.

Ingatlah hadis daripada Anas RA bahawa seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sangat suka kepada surah ini, “(al-ikhlas)” lalu Baginda pun bersabda,”Sesungguhnya kesukaanmu pada surah ini akan memasukkan engkau ke dalam syurga”.

(Hadith Riwayat at-Tirmizi katanya hadith hasan)

Beruntunglah wahai isteri semua kerana suami yang seperti itu jauh lebih baik daripada suami yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan di luar sana.

Sumber: Taufiq Razif