Bersama kita amati dan fahami tazkirah ringkas yang dikongsikan oleh Dato’ Dr Fadzilah Kamsah ini berkaitan bersyukur.
#TAZKIRAH AKHIR RAMADHAN#:
Kita diberi rezeki bangun berqiyamulail, maka bersyukurlah..
Tapi jangan dipandang rendah orang yang tidur, kerana dia mungkin tidur dengan air mata taubat dan penyesalan.
Kita diberi rezeki gagah berpuasa sunat, maka bersyukurlah..
Tapi jangan pandang rendah insan yang belum mampu istiqomah berpuasa sunat.
Siapa tahu pahala sedekah secara sembunyinya diangkat ke langit.
Ads
Kita diberi rezeki mampu khatam Al-Quran sebulan sekali, maka bersyukurlah..
Namun jangan diejek sindir insan yang masih merangkak- rangkak dengan muqaddamnya.
Siapa tahu Allah lebih mencintainya yang istiqomah belajar mengaji dengan segala kepayahannya.
Ads
Kita diberi rezeki dengan harta dunia dan mampu bersedekah jariah, maka bersyukurlah..
Namun jangan dihina si miskin yang tidak mampu memberi kerana kekurangannya.
Mana tahu mulutnya tidak berhenti berzikir menjadi pahala sedekahnya.
Kita direzekikan lahir dari keluarga yang alim. Kecil- kecil sudah mantap imannya, sudah sempurna menutup auratnya, sudah sempurna solat, bacaan Al-Quran dan hadisnya, maka bersyukurlah..
Tapi jangan dihina anak- anak yang lahir dalam keluarga yang porak-peranda.
Kita tidak tahu jumlah pahala yang diberi Allah atas payah jerihnya mereka mencari agama.
Ads
Bersyukurlah andai kita diberi rezeki beramal ibadah..
Namun pahala ibadah itu boleh hancur sama sekali saat kita berasa aman dengannya dan meremehkan orang lain.
Ingatlah sejarah Iblis Laknatullah yang hebat ibadahnya namun terhumban keluar kerana satu titik.. SOMBONG..
Nak kembalikan bentuk badan asal bukanlah satu perkara mudah bagi ibu-ibu selepas bersalin.
Kena bersabar dan paling penting usaha kena lebih. Bagi yang ada kos lebih bolehlah beli produk atau berkunjung ke pusat kecantikan untuk menurunkan berat badan tapi bagi yang percaya pada petua warisan nenek moyang kita atau yang menghadapi kekangan kewangan boleh juga amalkan cara ni.
Perkongsian dari saudari Nurul Arija yang mengamalkan air rebusan istimewanya, khusus untuk pecahkan lemak ini sangat bagus untuk kita amalkan. Paling menarik, dia sudahpun mencapai berat yang diinginkannya iaitu 45kg. Katanya tubuh bukan hanya sihat malah
kembali langsing. Jom ikut cara yang dikongsikan oleh wanita ini. Nampak mudah je.
Cara Nurul pecah lemak tang perut dan maintain 45kg. Selain jamu Nurul amalkan air rebusan ni, sangat elok untuk yang nak cairkan lemak tepu.
Bila anak makin bertambah ni Nurul lebih memilih untuk menjaga kesihatan dan dalaman. Bila badan dah terlampau banyak lemak energy pun sendu.
Ni nurul nak share air rebusan untuk detoks cairkan lemak dengan senang. Sangat ajaib bagi yang nak menurunkan berat badan . Rasa dia sedap, tak pahit, ada rasa masam manis.
Bahan-bahan:
Halia
Serai
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Air secukupnya
Madu
Lemon
Caranya:
1. Rebus halia, serai, kulit kayu manis dan bunga cengkih dengan air secukupnya.
2. Biarkan mendidih dan biarkan airnya suam.
3. Masukkan madu dan perahkan sedikit lemon.
4. Minum ketika masih suam.
Jom amalkan seperti yang diajarkan oleh Nurul Arija. Kalau dia dah berjaya turunkan beratnya hingga 45kg, takkan kita tak mampu?
Jom amalkan untuk sihat dan langsing!
Pelawak dan aktres Jihan Muse baru-baru ini meninggalkan tanda tanya di kalangan netizen apabila memuat naik satu gambar dia menjalani pembedahan di sebuah hospital.
Rupa-rupanya ibu kepada Ungku Arsalan Haq ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan cyst selepas bersalin.
Menurut Jihan, dia tidak tahu dirinya mempunyai cyst sehinggalah dimaklumkan oleh tukang urut yang merasai ada ketulan sebesar guli di bahagian bawah dadanya.
Lantas, dia bertemu dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut.
“Pembedahan tempoh hari adalah disebabkan Cyst. Saya sendiri tak tahu mengenai ketumbuhan itu.
“Tak ada rasa sakit dan saya memang tak tahu. Punca yang membuatkan saya tahu adalah masa lepas bersalin di mana saya mengambil tukang massage untuk mengurut.
“Jadi bila diurut, dia yang memberitahu ada benda sebesar guli di bawah bahagian dada, sebab itu saya terus buat keputusan untuk pergi melakukan pemeriksaan perubatan,” jelasnya.
Begitu pun, Jihan mengakui ketumbuhan itu tidak merbahaya namun dia mengambil keputusan untuk membuangnya bagi mengelakkan timbul masalah kesihatan di masa akan datang.
“Doktor kata tidak bahaya namun dia menasihatkan supaya saya buang sahaja. Saya buat ini pun tidak tergesa-gesa, lepas anak saya umur 11 bulan. Ada masa baru saya buat
“Bukan apa, khuatir nanti jika saya hamil anak kedua takut ada jangkitan. Sebab bila hamil hormon kita akan berubah-ubah jadi lebih baik saya buang.
“Jadi kepada wanita, saya sarankan buatlah pemeriksaan perubatan. Luangkan sikit masa dan berbelanjalah untuk kesihatan.
“Bagi saya kesihatan tiada nilai, kalau kita kaya macam mana pun tetap tak boleh beli kesihatan,” ujarnya.
Sumber: IG jihanmuse & Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau ikutkan banyak jenis tanaman yang boleh kita tanam untuk tujuan digunakan dalam masakan harian. Umpamanya menanam pokok cili, pandan, daun sup, daun bawang, pokok kari, pokok kesum dan banyak lagi kalau ingin disenaraikan.
Senang cakap, jika kita menanam sendiri pokok-pokok ini banyak kebaikannya. Apa tidaknya, setiap kali hendak masak kita hanya perlu petik sahaja di laman, tidak perlu lagi membeli di pasar tani atau sebagainya. Jimat pun jimat!
Pun begitu, andai tinggal di kedaiman yang mempunyai laman pasti boleh sahaja hendak menanam pokok-pokok tersebut. Namun bagaimana pula sekiranya tinggal di rumah seperti apartment, pangsapuri mahu pun kondominium? Bagaimana caranya untuk dapat menanam pokok-pokok tersebut?
Perkongsian pengalaman menanam kesum daripada Cik Pooja ini yang juga mendiami rumah jenis bertingkat, diharapkan dapat memberi idea untuk ibu-ibu yang lainnya turut bercucuk tanam. Jom semak perkongsianya itu.
Ni lah cara cikpooja tanam kesum baldi di balkoni. Cikpooja guna cara atau kaedah ini untuk mengelakkan air bertakung dan jentik-jentik ye. Cikpooja budak baru belajar (Pada yang sudah pakar, abaikan post ni. Post ni hanya untuk yang baru nak belajar tanam kesum)
InsyaAllah, ikut langkah-langkahnya, bagi baja cukup, maka pokok akan membesar dengan jayanya.
Step 1:
Kita perlukan *pasu berisi tanah(tanah lembap ye) *baldi berisi air(air tu agak-agak tenggelam separuh bontot pasu ye) *keratan pucuk kesum
Nota kaki: Pasu dan baldi kena sepadan (agak-agak pasu boleh masuk dalam baldi la ye)
Ukuran keratan pucuk kesum agak-agak panjang begini
Ini keratan pucuk kesum. Carilah keratan yang agak-agak bila tanam tu ada harapan untuk hidup. Jangan beli yang layud an lembek.
Kemudian buang daun-daun yang pada keratan pucuk tu ye.
Tinggalkan 3,4 helai sahaja di hujung pucuk itu.
Nota kaki: Kalau boleh, cari keratan kesum yang sebiji cam dalam gambar tu ye.
Kalau batang kesum putih-puith gebu tu.Tak payah la tanam, confirm tidak hidup.
Step 2:
Masukkan pasu berisi tanah ke dalam baldi berisi air. Kemudian cucuk jari telunjuk ke dalam tanah untuk buat lubang supaya bila kita cucuk keratan kesum tadi dia tidak patah (kedalaman lubang anggaran 2inci)
Step 3:
Cucuk dan letakkan keratan kesum tadi ke dalam lubang yang dibuat. Tanam kemas-kemas dan bacalah bismillahirrahmanirrahim. Niat dalam hati supaya Allah bagi pokok yang kita tanam tu hidup dengan jayanya(semua tu kan dengan izinnya)
*Okey. Siap dah tanam
Ekstra Tip
1. Masa mula-mula tanam ni letakkan pasu ditempat redup tapi ada cahaya supaya pokok tak kecut layu dan dapat cahaya yang dikehendaki.
2. Bila sudah nampak hidup dan keluar pucuk baru, alihkan kesum ke tempat yang ada cahaya matahari
3. Hari-hari tengok-tengoklah tanaman, kalau nampak tanah macam kering, siramlah. h
4. Bila sudah hidup dengan cantik, bolehlah topup kan air dalam baldi tu dengan larutan bancuhan baja AB (cikpooja topup 2 minggu sekali)
Kenapa air biasa tidak boleh?
Hrmmmmmmmm..bukan tidak boleh. Tapi jangka hayat hidup pokok kesum kemungkinan tak lama sebab kadang-kadang batang dan akarnya akan mati macam tu saja. Tengah hidup subur dengan jayanya, tiba-tiba layu dan mati(mesti masa ni kome rasa down)…itu sebenarnya tidak ada sokongan dan support dari baja sebenarnya(cikpooja cakap berdasarkan pengalaman)
Ni hasil yang cikpooja tanam sudah 3 bulan. Dah banyak kali dok tuai buat laksa la,asam pedas la..Hehehehe..cikpooja sebut je pon..xyah nak kecur liur sgt lah.
*nota kaki: untuk dapatkan hasil pokok-pokok cun macam pokok cikpooja tuh. Cari la baja AB yang dapat membantu pokok tanaman hidup dengan lebih jayanya. Tak mahal pon, ada dijual dipasar-pasar tani atau boleh beli online sahaja. Cikpooja beli online je, satu set baja AB(kering) rm35 je. Nanti kita bancuh sendiri ikut perincian bancuhan yang di ajar.
Tanam pokok apapun mesti kena ada baja.
Bila dah hidup subur, dedahkan pokok kesum pada tempat yang kena cahaya matahari ye. Sebab kesum suka cahaya. Cikpooja letak betul-betul atas bucu balkoni.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.