Nasi daging ini selalunya orang di Kedah masak di waktu-waktu tertentu sahaja, seperti Hari Raya Korban, Aqiqah dan sebagainya. Senang cakap, menu istimewalah!
Oleh itu, bila anda bersuamikan orang utara, kena hadam cara nak sediakan menu nan satu ini. Bila sudah pro, bukan sahaja suami sayang malah mak mertua pun suka.
Jadi bagaimana hendak masak Nasi Daging yang power? Perkongsian wanita ini menerusi facebooknya buat kita terliur dan rasa nak cuba serta-merta. Paling penting yang anda perlu tahu, nak masak Nasi Daging memang tersangatlah mudah dan ringkas. Campak-campak saja. Cuba tip ini.
Penumis Kena Ada
Bahan penumis empat sekawan antara bahan wajib kena ada. Pastikan bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis di tumis bersama-sama hirisan bawang hingga berbau harum. Biarkan hingga naik baunya dan bahan hiris keperang-perangan. Ini penting untuk mengharumkan lagi nasi malah nasi juga rasanya lebih enak.
Rempah Kurma
Jika tidak menggunakan rempah nasi daging yang siap di beli di pasaran, anda boleh menggunakan sedikit rempah kurma sebagai penyedapnya. Rempah ini selain enak dan ‘lemak’ rasanya, ia juga buat nasi anda naik warnanya. Rasanya juga lebih umphh.
Stok Air Rebusan Daging
Ads
Air rebusan daging antara perkara wajib yang perlu anda. Selain menaikkan lagi rasa enak nasi, ia juga penambah kelembapan pada nasi. Stok daging dengan minyak semulajadi yang ditinggalkan daripada daging inilah buat rasa nasi jadi luar biasa. Inilah rahsia kesedapan dan kelembapan asli nasi daging.
Daun Pandan & Daun Pudina
Selain empat sekawan ini, penambahan daun pandan dalam nasi antara rahsia utama nasi berbau lebih harum dan enak. Jika tidak menggunakan daun pandan, anda boleh juga menabur daun pudina selepas nasi kering. Biarkan daun-daunan ini meninggalkan rasa bau herbanya.
Susu Cair
Nasi jadi tambah lemak dengan adanya campuran susu cair ke dalam nasi. Malah penambahan ramuan ini juga menambah rasa ‘moist’ pada nasi daging. Nasi jangan dibiarkan terlalu peroi kerana kurang enak rasanya.
Bawang Goreng
Ads
Akhir sekali, taburkan bawang goreng di atas nasi apabila nasi telah masak. Nasi yang kering dan panas akan meninggalkan bau yang enak apabila digabungkan bersama bawang goreng. Kena ada!
Kerisik Pelengkap
Air asam adalah gabungan pelengkap kepada Nasi Daging. Namun menyediakan air asam juga kena ada caranya. Selain cili, hirisan bawang, tomato, belacan dan asam jawa, resipi penyedap dalam air asam adalah memasukkan sedikit kerisik ke dalam bancuhannya. Anda juga bolehlah menambah sedikit lebihan susu cair ke dalamnya. Air asam jadi lebih lemak dan enak!
RESIPI NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1/2kg daging -dipotong kiub dan direbus
5 cawan beras
2 sudu makan rempah kurma
5gm kulit kayu manis
5gm bunga lawang
5gm bunga cengkih
5gm buah pelaga
1 sudu makan marjerin
1 ulas bawang merah -dihiris
1 ulas bawang putih -dihiris
1 helai daun pandan
1/4 cawan susu cair
10 biji tomato kecil – dipotong dua
Setengah kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak dan marjerin.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun pandan, bahan penumis dan serbuk kurma. Biar hingga berbau harum.
3. Masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan. Kacau dan biarkan sebati.
4. Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging bersama susu cair. Kacau rata.
5. Pindahkan ke dalam periuk nasi dan letakkan hirisan buah tomato yang telah dipotong dua. Biarkan hingga nasi masak.
6.Hiaskan dengan daun pudina dan bawang goreng.
AIR ASAM KERISIK
BAHAN-BAHAN:
1 biji tomato -dihiris
3 ulas bawang merah -dihiris
3 biji cili padi -dihiris
Sedikit asam jawa
1 sudu makan kerisik
3 batang cili merah *
4 biji cili padi*
Belacan bakar besar ibu jari*
Garam dan gula secukup rasa *
CARA MEMASAK:
Tumbuk bahan bertanda * di atas.
Satukan kesemua bahan hiris.
Masukkan bahan tumbuk dan gaul rata.
Kemudian masukkan asam jawa dan masukkan air. Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan kerisik dan kacau rata.
Siap dihidang bersama nasi daging panas.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi ibu-ibu yang bekerja atau suri rumah yang mahu memudahkan kerja dapur, pasti banyak bahan mentah yang telah dipersiapkan lebih awal.
Mengisar cili, bawang merah dan bawang putih juga kisaran bahan-bahan lain pastinya amat membantu kerja-kerja memasak anda.
Semua bahan ini mungkin sudah disiapkan awal hujung minggu. Namun yang membuatkan kita malas untuk meletakkan kesemua bahan ini dalam bekas plastik adalah disebabkan bau yang ditinggalkannya.
Bau bekas plastik ini seakan berbau hapak dan kurang enak walaupun telah dicuci berkali-kali. Lebih-lebih lagi apabila makanan jenis berminyak dan bertambah sukar untuk dicuci. Bagaimana mengatasinya masalah bau ini?
Roti
Kepingan roti putih ini sangat banyak kegunaannya pada kita. Selain meletakkan di dalam kereta yang baru di beli, roti putih ini juga boleh anda letakkan di dalam bekas plastik yang sudahpun dicuci. Carik-carikkan roti di dalamnya dan tutup kemas. Biarkan semalaman dan lihat hasilnya.
Garam
Garam yang bersifat alkali mampu meneutralkan rasa dan bau yang terperangkap di dalam bekas plastik. Ambil satu sudu makan garam dan masukkan ke dalam bekas plastik berkenaan. Tutup dan goncang supaya seluruh kawasannya terkena garam. Biarkan seketika. Ia bukan hanya menghilangkan kesan makanan yang terperangkap bahkan juga menghilangkan baunya.
Lemon
Rendaman lemon dengan air panas juga dikatakan baik untuk menghilangkan masalah bau ini. Biarkan seketika asid masam lemon meresapkan baunya dan lihatlah hasilnya.
Kopi
Selain garam dan roti, kopi juga merupakan salah satu cara bijak menghilangkan bau. Kopi membantu menyerapkan bau yang tertinggal. Masukkan satu sudu kecil serbuk kopi ke dalam bekas yang berbau dan tutup. Biarkan beberapa hari, kemudian barulah dicuci seperti biasa.
Kertas Surat Khabar
Pilihan terakhir adalah menggunakan kertas surat khabar. Ramas beberapa helaian surat khabar kemudian celupkan dengan sedikit air. Letakkannya ke dalam bekas tersebut dan tutuplah kemas. Biarkan selama beberapa hari kerana bahan karbon yang terkandung di dalam kertas surat khabar mampu menyerap bau dari bekas plastik ini. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pulut kuning sering menjadi pilihan buat mak-mak sebagai menu untuk majlis tertentu, seperti khatam Al-Quran dan diberikan kepada kenalan atau jiran tetangga.
Malah, ada juga sesetengah tempat jadikan menu itu sebagai sarapan pagi, sesuai dihidangkan bersama rendang atau paling mudah, serunding!
Selalunya kalau masak pulut, bila dah sejuk mesti akan jadi keras. Haaa apa kata jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ismi Aishah ni. Ada yang kata, resepinya menjadi! Nak tahu jadi ke tak, kenalah cuba! Hehe. jom tengok cara nak buatnya..
Alhamdulillah…sarapan dgn pulut kuning + rendang pagi ni. Pulut kuning org kelantan Ada manis,masin,lemak santan.
Guna sudip kayu untuk arung pulut, sudip ayah buat sdri..tu rahsia pulut sedap kot..😁😁😁
Resepi pulut kuning Kelantan
Bahan-bahannya :-
1) beras pulut -1 kg
2) santan pekat -1 1/2 cawan
3) garam kasar – 1 sudu besar
4) gula – 2 sudu besar
5) bahan sampingan – pewarna kuning telur, serbuk kunyit 1 sudu kecil & asam keping/gelugur 2 keping.
Cara-cara masak:
1) basuh sampai bersih pulut dan rendam semalaman bersama kunyit,pewarna dan asam keping.
2) kukus pulut selama 30 minit. Blh buka dan kacau balikkan supaya pulut masak sekata. Sy letak daun pandan untuk aroma yg wangi.
3) kacau garam dan gula bersama santan sampai larut ( blh rasa dlu santan ikut selera masing2 nak mcm mana) dan masukkan dalam pulut yg baru diangkat. Kacau/Arung pulut guna sudip mcm sy guna Smpai rata.
4) Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.
5) blh la masuk dalam loyang atau acuan ikut gaya masing2,tak nak pun tak apa. Siap. Pulut masih lembut walaupun dah sejuk.
Untuk yang baru nk belajar masak pulut insyaAllah menjadi guna resepi ni. T.kasih🥰🥰
Penyanyi Syura Badron berdepan detik cemas apabila suaminya, Muhammad Farizat, mengalami kecederaan melecur teruk akibat insiden letupan gas yang berlaku pada Jumaat lepas.Penyanyi lagu...