Bersihkan Udang Galah Jangan Lupa Buang Kantung Najis Di Bahagian Kepala. Tak Reti Bersihkan, Begini Cara Betul!

Share

Ada orang ingat cara membersihkan atau menyiang udang galah memadai sekadar di buang ‘janggut’ udang atau dibelah bahagian belakang udang. Namun itu sebenarnya masih belum selesai proses membersihkan udang galah, andai anda tidak membuang bahagian yang mengandungi kantung najis udang galah tersebut.

Jangan ingat bab membersihkan udang boleh dilakukan sambil lewa dan untuk mengetahui lanjut cara bagaimana untuk membuagkan kantung najis tersebut, jom ikuti perkongsian daripada Syahr Musafir ini. Semoga ianya bermanfaat dan dapatlah kita bersihkan udang dengan cara yang betul.

Pagi ini pergi pasar tani saya beli udang galah. Ada orang tak reti siang ikan, jadi saya rasa pasti ada orang yang tak tahu siang udang galah sebab cara siang udang galah ini lebih komplikated dan leceh berbanding cara siang ikan. So saya share…

Boleh guna pisau atau gunting, saya lebih suka guna gunting.

1. Saya mulakan dengan memotong bahagian mata, optional. Saya potong mata sebab saya rasa ‘serba salah’ udang galah ni macam perhatikan saya tengah potong-potong dia.

2. Potong bahagian macam tanduk atas kepala dekat dengan mata tadi.

3. Potong benda-benda panjang, macam janggut, sepit, tangan dll tu. Untuk memudahkan kerja.

4. Potong bahagian macam pipi udang galah. Ada kiri dan kanan.

5. Istimewanya udang galah ni, sebab ada gigi. Kena buang gigi. Ada kiri dan ada gigi kanan. Buang kedua-duanya.

6. Atas bahagian gigi ada kantung najis. Kan najis udang ada di bahagian kepala. Keluarkan kantung ni. Warna hitam.

Settle bahagian kepala.

7. Bahagian ekor macam ada 3 bahagian, potong ekor yang tajam di tengah.

8. Tarik tali najis dari situ. Tali najis ini bersambung hingga ke kepala udang. Tarik sampai habis.

9. Bilas dan alirkan air. Sebab kita dah buang kantung najis di kepala dan tali najis melalui ekor, maka bersihlah udang galah kita.

Siap!

Semestinya siang udang galah besar lebih mudah berbanding siang udang galah kecil.

Ok, siap siang udang galah, kita nak masak pula. Menu apa ye nak masak untuk berbuka puasa hari ni…….? Masak udang galah, menu apa sedap?

sumber : Syahr Musafir 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club