Tentu ramai antara ibu-ibu memilih untuk menggunakan seterika wap di rumah bagi memudahkan kerja-kerja menggosok baju.
Ini memandangkan penggunaan seterika wap ini dikatakan terbaik untuk menghilangkan kedutan pakaian dengan lebih pantas dan sekali gus menjimatkan masa.
Bahkan bila menggunakan seterika wap ini kita tidak akan risau pakaian melekat atau rosak terbakar akibat terlalu panas sepertimana yang kerap terjadi jika menggunakan seterika selain jenis ini.
Pun begitu, seterika wap ini bila beberapa tahun digunakan akan menyebabkan tangki air bertukar kekuningan dan hingga menyebabkan air jadi berlumut dan berkeladak. Hal ini terjadi kerana tidak dilakukan rutin untuk pembersihan tangki tersebut.
Mungkin masih ada yang belum tahu, bahawa tangki air tersebut sebenarnya boleh dibersihkan seperti nampak baharu dibeli dengan cara yang cukup mudah.
Ini sepertimana video yang dikongsikan di facebook Repair Iron Bangi.
Cara Cuci Tangki Air Seterika Wap
Langkah 1 : Tanggalkan tank drop daripada tapak tangki tersebut supaya kerja kita lebih mudah dilakukan kerana dibawah itu mempunyai litar elektrik untuk mengelakkan daripada terkena air ketika proses mencuci ini dijalankan.
Langkah 2: Kemudian tutup saluran air yang terletak di bawah tapak tangki itu supaya proses mencuci dan membersihkan tangki seterika dapat dilakukan.
Langkah 3 : Kemudian masukkan bahan khusus pencuci tangki.
Langkah 4: Biarkan selama 1 jam.
Langklah 6 : Kemudian keluarkan semua air di dalam tangki.
Langkah 6 : Kemudian bilas tangki tersebut dengan air panas supaya segala kotoran di dalam tangki tersebut dapat dikeluarkan sepenuhnya sehingga bersih. Akhir sekali pasang kembali tapak tangki tersebut dan boleh menggunakannya.
Untuk lebih jelas lagi anda boleh lihat video yang dikongsikan ini dan bolehlah anda buat sendiri selepas ini dan hasilnya pasti anda puas hati. Nampak putih bersih macam baru beli.
Sumber : Repair Iron Bangi
ARTIKEL MENARIK : DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!
Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club