
Pengalaman menggosok baju hingga ada yang melekat atau lebih teruk lagi baju yang digosok berlubang dek kerana terkena seterika yang panas mungkin ramai antara kita mengalaminya.
Bila ini yang terjadi, tentunya bukan sahaja baju yang digosok rosak malah seterika juga akan menjadi tidak selesa digunakan. Ini kerana bahagian bawahnya telah berwarna kecoklatan seakan berkarat dan menggosok tidak lagi selicin sebelumnya.
Lebih menyedihkan lagi jika seterika itu hendak digunakan untuk menggosok baju berwarna putih, pasti akan meninggalkan kesan dan seterusnya menampakkan baju menjadi comot dan kotor.
Untuk itu, segeralah buat petua ini untuk memudahkan menanggalkan kesan kotoran di bahagian seterika. Caranya cukup ringkas, hanya dengan menggunakan 1 bahan sahaja.
Apa itu?
Gunakann GARAM dan ini caranya.
- Panaskan iron dan kemudian taburkan garam di atas sekeping kertas.
- Kemudian lakukan seperti menggosok baju beberapa kali di atas taburan garam tersebut.
- Kemudian biarkan sejuk iron barulah dilap dengan kain lembab.
- Hasilnya iron kembali bersih dan licin.
Tidak dengan itu, ada satu lagi petua boleh digunakan, dan kali ini dengan menggunakan 3 bahan utama yang mudah di dapati di dapur rumah anda.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Cuka makan
2. Soda bikarbonat
3. Span sental kuali
Cara-caranya :
- Satukan cuka dan soda bikarbonat di dalam bekas.
- Kemudian ambil span hijau dan celupkan ke dalam ramuan tadi sebelum digosokkan pada bahagian seterika.
- Lakukan sehingga seterika kembali bersih.
Ekstra Info :
Setelah seterika bersih pasti lebih mudah digunakan untuk menggosok baju, dan jika nak lagi cepat menggosok alaskan dulu iron board dengan aluminium foil. Kesannya dengan sekali gosok, kedutan terus hilang!
Jaga Jantung Perlu Amal Cara Hidup Sihat. Selain Tu, Jangan Pernah Tinggal Minum Jus Ni!

Ramai tahu betapa bahayanya penyakit jantung dan sering juga dikaitkan dengan punca berlakunya kematian secara tiba-tiba. Menyedari bahayanya serangan penyakit jantung ini, sebaiknya perlu diberi perhatian serius dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.
Namun jika sudah menghidap penyakit jantung, usaha penjagaan jantung perlu dilakukan dengan lebih berganda lagi. Selain mengikuti saranan doktor untuk merawatnya, tidak salah kiranya turut diamalkan petua ini.
Memetik perkongsian Siti Safarliyana di akaun fbnya pada bulan May yang lalu, menjelaskan ibunya telah beransur pulih apabila mengamalkan jus istimewa ini selama sebulan dan menampakkan kesan yang positif.
Nak tahu jus apakah itu, jom semak perkongsian bermanfaat ini.
“Harini rasa macam nak share something yang sangat berguna untuk kita amalkan hari2.”-Siti Safarliyana
Bulan lepas tiba2 mak kena serangan sakit jantung, bila masuk hospital doc suspek mak jantung tersumbat ikut dari tahap kesihatan mak masa tu. Doc sruh balik dulu dan lpas sebulan p hospital balik untuk buat angiogram.
Masa blik dari hospital tu ada sorang kak ni bagi saya petua Jus Jantung untuk amalkan hari2. Lepas tu saya buat kat mak dan kami 1 family amalkan.Dan mak dah amalkan selama sebulan sebelum p hospital balik.
Alhamdulillah semalam mak dah menjalani ujian angiogram dan doc kata saluran darah semua berjalan lancar.. Syukur Alhamdulillah, kita hanya ikthiar apa yg terbaik..
Di bawah ni sy share resepi Jus Jantung yg kami amalkan.”
Jus Jantung
Sukatan Ramuan
(Untuk kisar)
1 cawan jus lemon (2biji lemon)
1 cawan jus halia (1 ketul besar)
1 cawan jus bawang putih (1 labu)
1 cawan cuka epal
1 cawan madu asli
Cara penyediaan :
Setiap bahan dikisar dengan 1 cawan air..kecuali madu & cuka epal x perlu tambah air.
Cara Masakan
- Semua bahan di atas kecuali madu asli di masukkan dalam satu periuk setelah dikisar dan ditapis.
- Masak bahan-bahan berikut dengan api yang kecil selama 45-50 minit. Pada masa yang sama, jangan berhenti kacau ramuan tersebut supaya ianya tidak melekat pada permukaan periuk (atau berkerak).
- Setelah 45 minit atau sukatan menjadi 3 cawan, tutup api dan sejukkan.
- Kemudian campurkan madu asli dan kacau sehingga sebati. Setelah ramuan tersebut sebati, simpan dalam bekas yang tertutup.
*Jus ini boleh disimpan selama sebulan atau lebih di dalam peti ais.
Bagaimana nak minum Jus Jantung ini?
Untuk mereka yang sudah ada penyakit jantung atau kolesterol tinggi dan jika anda tiada gastrik, boleh amalkan 1 sudu makan selepas bangun tidur (ketika perut kosong). Pastikan anda wajib ambil sarapan selepas minum 1 sudu Jus Jantung.
Jikalau anda ada gastrik, anda kena makan dulu sebelum ambil 1 sudu Jus Kolesterol. Bagi yang masih sihat dan inginkan amalan pemakanan sihat, boleh amalkan dengan 1 sudu teh jus kolesterol. InshaAllah, boleh amalkan setiap hari dan lihat perubahan dalam tempoh 30 hari.
Tragis! Niat Cari Rezeki Di Negara Orang Rupanya Terpedaya Jadi Mangsa Sindiket “Dipaksa Makan Daging…”

Asalnya nak mencari rezeki di negara orang, tapi apakan daya rupanya tertipu mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar apabila dipaksa makan daging babi, tikus dan ayam yang tidak halal, selain turut diancam menggunakan cota elektrik.
Itulah yang diceritakan oleh pemuda berusia 2 tahun, Mohamad Farhan Azman memetik laporan dari Berita Harian yang turut mengakui sering dipukul sekiranya cuba melawan selama 4 bulan sewaktu dalam cengkaman sendiket penipuan tersebut.
Dia yang berjaya melarikan diri menjelaskan bahawa apa yang dilalui turut dirasai 15 lagi warganegara Malaysia di sana yang menjadi mangsa sama sepertinya.
Lebih menyedihkan, mangsa dari kalangan wanita bawah umur turut dijadikan hamba seks anggota sindiket yang disertai kumpulan lelaki berpakaian ala askar dan bersenjatakan M-16 serta raifal.
“Saya tidak tahu apa nasib kawan-kawan lain sekarang (yang masih dalam tahanan sindiket)…ketika bekerja di bangunan setinggi empat tingkat dan dipagari tembok berkawat besi itu, keadaannya tak ubah seperti penjara, dengan satu sahaja jalan keluar dan masuk.
Kami rata-rata berusia antara 18 hingga 26 tahun tak boleh melarikan diri dan sentiasa dikawal rapi 24 jam oleh lelaki bersenjata dan berpakaian askar,” katanya.
Dia juga menceritakan bagaimana perjalanannya yang bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan tiba di Bangkok pada 13 September tahun lalu sebelum bergerak menaiki pacuan 4 roda menuju ke sempadan Thailand-Myammar.
“Ketika itu kami sudah mula syak, malah ada yang cakap kami sudah kena jual.
“Sebaik di sungai itu, sekumpulan lelaki berkain pelikat menyerbu kenderaan kami dengan muka bengis, mengangkat beg kami dan menyuruh kami menaiki bot.
“Selepas 20 minit, kami tiba di sebuah kawasan dengan disambut ramai lelaki berpakaian askar dan bersenjata yang menyuruh kami mengikut mereka menaiki kenderaan pacuan empat roda.
“Dalam setiap kenderaan itu, ada lapan orang termasuk dua ‘askar’ bersenjata dan semuanya lebih tiga kenderaan,” katanya.
Ujar Farhan lagi, dia telah bertindak sebagai ‘scammer’ untuk mencari mangsa di Eropah dengan menawarkan produk harga murah sebelum ‘mengeringkan’ akaun mangsa yang menekan link palsu dari sindiket.
“Kami bekerja sebagai ‘scammer’ untuk mencari mangsa dari negara Eropah dengan menjual apa-apa produk yang sangat murah.
“Selepas mangsa membuat transaksi dalam talian pada ‘ link’ palsu yang diberikan, selepas sindiket mula ‘mengeringkan’ akaun bank mangsa,” katanya.
Sebenarnya, sebelum terjebak sebagai mangsa sindiket tersebut, pemuda berkenaan telah ditawarkan pekerjaan sebagai pengemas hotel di Singapura dengan gaji agak lumayan.
Mereka juga dijanjikan wang poket sewaktu tiba di Bangkok, namun semuanya berubah.
Untuk rekod, Farhan merupakan antara 6 rakyat Malaysia yang berjaya diselamatkan dari sindiket penipuan sekitar Disember tahun lalu dan dibawa pulang atas bantuan kedutaan Malaysia.
Dia dan beberapa lagi mangsa telah dipaksa bekerja lebih 15 jam dengan pelbagai tekanan mental dan fizikal oleh sindiket tersebut sehingga berjaya melarikan diri serta mendapatkan bantuan bagi pulang ke Tanah Air.
Sumber: Berita Harian
Tampar Telinga Boleh Jejas Pendengaran Dan Pembelajaran. Ikuti Penjelasan Doktor Ini.

Tular di media sosial suatu ketika dulu apabila seorang murid yang ditampar beberapa kali di pipi oleh seorang guru akibat kesalahan yang dilakukan. Perkongsian itu telah membimbangkan ibu bapa. Persoalannya, adakah cara tamparan itu boleh menjejaskan pendengaran murid itu dari sudut perubatan. Ikuti kupasan oleh, Dr Ezairy M.Sallih, Pegawai Perubatan Sarjana, Pembedahan telinga, hidung, tekak, kepala & leher, (Otorhinolaryngology, Head & Neck Surgery), Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Apabila mana-mana pesakit atau kanak-kanak mengalami trauma akibat hentakan, kecederaan atau terjatuh di mana-mana dan ianya melibatkan kawasan di sekitar muka, kepala dan telinga, sudah tentunya ia boleh mengakibatkan kecederaan kepada sturktur di dalam telinga juga. Perkara seperti ini tidak boleh sama sekali dibiarkan begitu sahaja. Mengapa? Saya akan jelaskan satu persatu.
Apabila saya mendapat kes rujukan yang melibatkan masalah pendengaran akibat kecederaan seperti ditampar atau terjatuh, perkara pertama perlu dilakukan adalah bertanya kepada pesakit, “bagaimana pendengaran mereka? Adakah ada perbezaan sebelum dan selepas insiden berlaku?”
Ini penting bagi doktor mengenal pasti sama ada kecederaan yang dialami telah memberi kesan kepada pendengaran pesakit atau pun tidak.
Saya berasa amat sedih kerana ada juga di antara ibu bapa dan pesakit sendiri yang mengambil remeh perkara seperti ini. Ada kes di mana kejadian sepeti ini berlaku selama berminggu-minggu sehingga ada yang berbulan-bulan lamanya sebelum mereka membawa berjumpa doktor. Ia sudah terlambat!
Berjumpa pakar perubatan

Sekiranya pesakit mengadu masalah pendengaran selepas ditampar, mengalami kemalangan, terjatuh dan sebagainya, maka beberapa struktur di dalam telinga perlu diperiksa oleh doktor untuk mengenal pasti apa-apa kecederaan yang berlaku. Ada kecederaan yang hanya melibatkan bahagian luar sahaja, dan tidak melibatkan organ di bahagian lebih dalam.
Saya akan menggunakan alat seperti otoscope untuk memeriksa dengan lebih terperinci apa masalah yang ada pada dalam telinga pesakit. Selain daripada kecederaan di bahagian luar, trauma serta kecederaan yang kuat juga boleh mengakibatkan luka pada salur luar telinga pesakit. Darah yang terkumpul di kawasan ini boleh mengeras dan akhirnya mengakibatkan pesakit berasa tidak dengar. Ini amat membimbangkan pesakit. Bahkan untuk kes yang lebih teruk, ia boleh mengakibatkan kebocoran kepada gegendang telinga pesakit!
Kenal pasti kesan tamparan
Ada beberapa keadaan di mana ibu bapa boleh mengenalpasti bahawa kesan tamparan mungkin telah menyebabkan kebocoran dan luka pada gegendang telinga pesakit.
Lihat beberapa keadaan ini :
- Pesakit mengalami kurang pendengaran selepas kejadian berlaku. Ada pesakit mungkin mengalami telinga seperti ‘block’ atau berdesing tanpa henti.
- Cecair yang keluar daripada salur telinga. Dimulai dengan darah akibat luka yang berlaku. Apabila jangkitan berlaku dan tidak mendapat rawatan sewajarnya bersama doktor, ia boleh mengakibatkan cecair seperti kekuningan selepas beberapa minggu kemudiannya.
Apa pula kesannya kepada anak-anak? Adakah ia boleh memberi outcome negatif kepada mereka? Ini yang amat membimbangkan saya, kerana ia bukan sahaja memberi kesan untuk jangka masa pendek, tetapi boleh juga memberi impak yang buruk untuk masa yang akan datang. Ia boleh memberi masalah untuk jangka masa panjang!
Untuk kes yang tidak mendapat rawatan serta pemeriksaan awal bersama doktor, ia boleh menyebakan kes ini terbiar begitu sahaja ‘neglected case’. Pesakit atau ibu bapa sendiri mungkin juga tidak mengetahui bahawa anak mereka sebenarnya mengalami masalah pendengaran. Da juga kes di mana pesakit itu sendiri tidak menyedarinya atau mungkin mereka sedar tetapi terlalu takut untuk memberitahu kepada ibu bapa.
Implikasi kepada anak
Sedarlah ibu-ibu dan bapa-bapa semua, jika masalah ini tidak ditangani awal dan sebenarnya anak kita sedang mengalami masalah kebocoran pada gegendang telinga, ia akan boleh mengganggu pembelajaran dan perkembangan akademik anak-anak kita.
Lihat beberapa implikasi buruk yang boleh berlaku:
- Anak-anak yang mengalami masalah pendengaran tidak akan dapat menumpukan perhatian penuh di dalam kelas. Cenderung untuk memandang mudah apa yang diberitahu semasa sesi pembelajaran. Bukan kerana mereka malas, tetapi mereka sukar untuk menangkap kesemua yang diajar di kelas.
- Pesakit juga akan kerap mengalami masalah jangkitan pada telinga. Setiap minggu atau setiap hari pasti ada cecair keluar daripada telinga. Ada kalanya mengeluarkan bau yang busuk apabila jangkitan telah berlaku. Mengapa ini berlaku? Ini boleh berlaku apabila anak mengalami kebocoran pada gegendang telinga dan mudah mengalami jangkitan pada telinga luar dan bahagian tengah.
- Akibat masalah jangkitan pada telinga, kerap juga mengalami selesema dan demam, anak-anak lebih kerap jatuh sakit dan tidak dapat hadir ke sekolah. Untuk jangka masa panjang ia akan memberi kesan tidak baik kepada akademik anak-anak kita.
Oleh itu, sebagai ibu bapa yang prihatin, perkara-perkara seperti ini amat perlu diberi perhatian oleh kita. Bukan untuk kita sahaja, tetapi apa yang lebih penting ialah demi masa depan anak-anak kita. Jika anak-anak kita mengalami apa-apa kecederaan di kawasan muka, kepala dan telinga, perhatikan beberapa simptom yang saya sebutkan sebelum ini. Segala masalah akan lebih mudah ditangani jika dikenal pasti pada peringkat awal.
Sumber: Majalah Keluarga isu Sept-October 2019