Sesiapa pun yang mengambil berat tentang kebersihan  akan menjaga kebersihan persekitaran mereka tidak kira di mana mereka berada. Apatah lagi dalam hal menyediakan hidangan. Tentu bukan sahaja akan pastikan bahan-bahan makanan dicuci bersih sebalum dimasak malah alatan memasak yang digunakan juga perlulah sentiasa dibersihkan.

 

 

Namun lain pula yang dilakukan oleh salah seorang pekerja di kedai serbaneka di mana baru-baru ini kecoh di platform Twitter apabila seorang pekerja asing menggunakan cara ‘kotor’ untuk membersihkan ketuhar gelombang mikro di sebuah kedai serbaneka terkemuka.

Bersihkan Microwave Pakai Mop, Pekerja Ni Bikin Netizen Kembang Tekak!

Menerusi beberapa foto dikongsikan oleh pengguna dikenali @AshrafChak, pekerja itu dilihat sedang menggunakan mop yang digunakan untuk membersihkan lantai ke dalam ‘microwave’ bagi membersihkannya.

Ads

“Hello kedai serbaneka, tolong jelaskan pada pekerja anda untuk buat pembersihana dengan cara yang betul. Mop lantai pun masuk dalam ‘microwave’, pengotor!,”ciap Ashraf.

Bagaimanapun, lokasi cawangan kedai serbaneka terbabit tidak dikongsikan, namun umum sedia maklum ‘microwave’ sering digunakan oleh pelanggan bagi memanaskan makanan yang dibeli.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Rata-rata warganet meluahkan rasa berang dan loya tekak apabila melihat foto tular berkenaan kerana ia sangat tidak patut dilakukan sedemikian.

Ads

Mereka juga mengatakan pekerja berkenaan tiada akal fikiran untuk berfikir sama ada ia bersih digunakan atau tidak.

Sumber : Twitter AshrafChak

ARTIKEL MENARIK

 

Ads

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bersihkan Microwave Pakai Mop, Pekerja Ni Bikin Netizen Kembang Tekak!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI