Bersihkan Dapur Gas Cara Begini, Api Merah Bertukar Biru Tanpa Bajet Yang Besar!

Share

Memasak di atas dapur gas dengan api yang berwarna kemerah-merahan dan ditambah pula nyalaan api yang kecil, pasti  akan melambatkan proses memasak.

Hendak diganti baharu, perlukan kos juga untuk membelinya. Jadi apa kata, anda lakukan sendiri proses ‘mencuci’ dapur untuk dapatkan api kebiru-biruan sepertimana yang dikongsikan oleh Abdul Ghopar ini.Jom semak.


Projek d.i.y menservis dapur gas isteri.Hari ni berjaya menyelamatkan dua dapur gas milik isteri.

Perkongsian ini pernah diviralkan. Hari ni diperincikan lagi step-stepnya.

Semua orang boleh lakukannya.

Barang-barang yang diperlukan.

1.Playar.
2.Spray anti karat WD40.
3.Pemutar skru jenis bunga dan philips.
4.Klip kertas.
5.Surat khabar lama.

Step-stepnya ada setiap gambar ya.

 

Tanggalkan tungku dari injap gas dengan mencabut pin di bahagian bawahnya.


Selesai tanggalkan tungku dari injap gas.Cuba buka skru untuk pisahkan injap gas dan paip gas.

Jika terlalu ketat tidak perlu dipisahkan.

Dalamnya ada getah seal dan akan nampak injap gas berlubang besar dan kecil bagi mengawal penggunaan gas.

Bagi golongan wanita yang ingin melakukannya sendiri tidak perlu
keluarkan injap dan paip gas ini.Terus cucuk klip kertas ke saluran injap gas.

Injap dan paip gas dikeluarkan sepenuhnya.

Ambil spray anti karat dan semburkan ke dalam bahagian penyambung antara tungku dan injap gas.

Kemudian gunakan klip kertas untuk mencucuk lubang halus di injap gas.

Kesan lapisan minyak dari lubang injap gas. Lapisan minyak ini akan bertukar menjadi kerak minyak dan
membuatkan saluran injap gas
tersumbat.

Bersihkan beberapa kali sehingga berpuas hati.

Ini contoh retakan pada bahagian fire starter. Pulas-pulas tetapi api tidak menyala dan perlu guna surat khabar
atau external fire starter untuk
hidupkan dapur gas.

Usaha khuatir,ketuk sedikit bahagian besi supaya retakan menjadi rapat.lanya tidak membahayakan.

Taraaaaaa..sudah siap di servis. Dapur ini telah dua tahun digunakan.

Dapur yang dijaga dengan baik mampu bertahan lebih lama.

Jika perumahnya dan paip gas sudah terlalu uzur dinasihatkan tukarlah yang baru ya.

Selamat mencuba.

Sumber : Abdul Ghopar  Zakaria Ansari