Bagi sesiapa yang selalu membersihkan rumah, anda pasti akan ‘stress’ bila hendak membersihkan kotoran yang ada di karpet.
Dengan habuk yang menebal dan halus serta rambut-rambut yang berselerak dan sukar disedut walaupun dengan menggunakan vacuum.
Bagi yang mempunyai alahan dengan habuk, pasti anda lebih sukar untuk membuat kerja ini tetapi jika tidak lakukannya perkara lain pula akan jadi seperti kulit gatal-gatal akibat digigit hama.
Ada sesetengah karpet yang tebal, memang sukar untuk membersihkannya, namun seorang wanita dikenali sebagai Syarifah Farhana Syed Fadzil atau Fana telah berkongsi teknik menarik yang diajar oleh seorang pembantu rumah untuk mencuci karpet.
“Siapa yang pernah mop karpet? Kelakar kan mop karpet? Fana tahu karpet boleh mop daripada sorang maid ni, bila dia mop karpet, Fana tanya dia… karpet boleh mop ya?
“Dia kata boleh mop untuk hilangkan habuk. Biasa lepas vakum pasti ada habuk dan kuman. Jadi dari situ Fana belajar setiap seminggu sekali Fana mop semua karpet yang ada dalam rumah.
“Semput juga dik oi macam nak tercabut jantung Fana. Tapi lepas mop tu anda akan rasa macam karpet baharu yang bersih gila, bebas kuman parasit bagai,” ujarnya.
Berikut merupakan cara mudah untuk mop karpet kediaman anda:
Pertama, masak air di dalam cerek atau periuk.
Selepas mendidih, curahkan air ke dalam baldi mop. Yang penting, hati-hati ketika melakukan proses ini.
Kemudian, letak garam kira-kira dua sudu makan, satu penutup cecair pencuci pure Detol.
Selepas itu, pastikan anda perah mop itu sehingga tiada air yang menitik sebelum ia digunakan ke atas permukaan karpet. Ingat, jangan perah menggunakan tangan kerana air yang panas boleh menyebabkan anda melecur.
Gerakkan mop di atas permukaan karpet bagi mengeluarkan segala kotoran yang tersembunyi.
Kalau boleh, beli mop khas untuk membersihkan karpet sahaja dan elak gunakan mop yang digunakan untuk membersihkan lantai ruang lain di rumah anda.
Tiada Tabung Kecemasan Punca Keluarga Di Bebani Hutang. Ini Cara Untuk Hindari Dari Masalah Ini
Dalam melayari bahtera rumahtangga, tidak dinafikan faktor kewangan adalah sangat penting terutamanya apabila sudah mempunyai cahaya mata. Malah pasangan yang tidak mempunyai simpanan sewaktu bujang haruslah berusaha untuk membuat tabungan apabila sudah berkahwin.
Jangan mengharapkan pada pendapatan pasangan sahaja untuk menampung kekurangan anda malah seeloknya anda dan pasangan haruslah bijak mengatur kewangan anda agar tidak sesak sewaktu memerlukan.
Nak tahu bagaimana caranya? Ikuti panduan ini.
1. Kira Perbelanjaan Bulanan
Bagi anda yang tidak pernah ambil tahu perbelanjaan kasar bulanan, anda harus lakukannya segera. Ini bagi memastikan perbelanjaan anda tidak melebihi pendapatan bulanan anda.
Baki dari anggaran kasar anda itu, barulah anda aturkan untuk perbelanjaan lain yang tidak berapa penting tetapi ingat agar meletakkan 20% dari baki tersebut sebagai simpanan.
[TRENDING] “Dua-dua Princess Umi.” Ramai Puji Cara Isteri Fizo Omar Layan Maryam
[LAYAN SELERA] Buat Tauhu Sendiri. Mudah Dan Jimat. Yang Penting HALAL
2. Jangan Bergantung Pada Pendapatan Sampingan
Ramai di antara masyarakat Malaysia sekarang membuat kerja sampingan. Malah ada yang berhempas pulas membuat dua atau tiga pekerjaan yang lain dalam satu masa.
Tidak dinafikan, pendapatan sampingan ini kadang kala lebih dari pendapatan tetap namun anda harus ini, ianya tidak boleh dimasukkan dalam pendapatan tetap yang anda dapati setiap bulan kerana jumlah tidak menentu.
Jangan terlalu bergantung pada jumlah tertinggi yang pernah anda dapat dari pendapatan sampingan ini tetapi letakkan ia sebagai ‘simpanan’ bagi mengelakkan anda boros berbelanja.
3. Letak Target Untuk Beli Barang
Bagi anda yang boros berbelanja, sudah sampai masanya untuk anda ubah sifat itu. Tidak dinafikan setiap diantara kita mempunyai keinginan untuk mendapatkan barangan yang di minati.
Tapi ingat, sifat ini akan memakan diri. Sebaliknya anda senaraikan dulu barangan mengikut keperluan. Jika sesuatu yang anda inginkan itu adalah jumlah yang besar. letak target untuk memilikinya. Berbelanjalah ikut kemampuan anda.
4. Beli Hanya Bila Perlu
Dalam era sekarang, perniagaan online pastinya memudahkan anda untuk mendapatkan barangan yang diinginkan. Tapi ingat! Jangan terpedaya dengan iklan atau strategi pemasaran yang ditonjolkan sebaliknya anda membeli barangan yang perlu sahaja.
5. Bijak Menabung
Bagi yang bakal menimbang cahaya mata, anda perlu membuat kajian dan carian untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat bagi tujuan tabungan dan pelaburan untuk anak.
Pelaburan yang diyakini selamat dan menguntungkan seperti Amanah Saham Bumiputera dan tabungan di Tabung Haji antara yang menjadi pilihan ibu bapa.
6. Ambil Insurans Nyawa
Mungkin ramai menyangka insurans sesuatu yang membazir kerana hanya membuat pembayaran untuk sesuatu yang tidak diketahui berlaku. Namun, pernahkah terfikir apa yang terjadi jika ditakdirkan sesuatu yang buruk terjadi kepada anda.
Bagaimana dengan nasib keluarga anda?
Pilih skim insurans yang bertepatan dengan belanjawan bulanan anda kerana sekarang pelbagai skim ditawarkan oleh banyak syarikat. Jangan takut untuk bertemu ejen insurans untuk mendapatkan nasihat skim insurans nyawa terbaik untuk anda berdasarkan jumlah
perlindungan, umur dan jenis pekerjaan.
7. Perlindungan Perubatan Untuk Keluarga
Selain kos sara hidup harian, kos perubatan anak-anak perlu dititikberatkan oleh ibu bapa. Dengan adanya pelan perlindungan insurans, anak-anak mempunyai akses kepada rawatan dan ubat-ubatan terbaik jika berlaku komplikasi kesihatan.
8. Buat Bajet Keperluan Rumah
Membesarkan anak memerlukan kos yang tinggi. Untuk itu, perancangan kewangan teliti diperlukan. Anda perlu mencatatkan barangan keperluan rumah dan anak setiap bulan beserta kosnya untuk menjamin kelangsungan kos hidup.
Kos pakaian, lampin, susu formula, perubatan dan vaksinasi adalah antara kos yang perlu diberi keutamaan. Kegagalan untuk merancang dan berfikir ke depan mungkin akan menyusahkan ibu bapa apatah lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di bandar besar.
9. Tabung Kecemasan
Malang sentiasa tidak berbau. Namun anda perlu sentiasa bersedia dengan apa juga kemungkinan. Mungkin jumlah simpanan tabung kecemasan tidak mencukupi untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang, tetapi dengan memulakan tabung kecemasan sedikit sebanyak dapat membantu anda mencapai kestabilan kewangan
Penting untuk anda memulakan tabung kecemasan seawal mungkin kerana ia mengambil masa yang agak panjang untuk mencapai jumlah sasaran simpanan kecemasan anda. Jangan tangguh dan mulakan tabung kecemasan anda sekarang.
Simpan mengikut kemampuan anda dan terus berdisiplin dalam menyimpan. Bak kata pepatah, ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan.’
[TIP KEWANGAN]
- Tiada Tabung Kecemasan Punca Keluarga Di Bebani Hutang. Ini Cara Untuk Hidari Dari Masalah Ini
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Buang Lebih 100 Ekor Ayam Akibat Bahan Perap Berbuih, Peniaga Ini Tidak Kisah Rugi Demi Elakkan Pelanggan Keracunan Makanan
Dalam perniagaan, tiada jalan mudah untuk berjaya. Pasti ada liku-liku yang akan diharungi untuk mencapai kejayaan. Ada turun naik, malah untuk berada ditahap yang membanggakan, ianye memerlukan pengorbanan.
Itulah umrah dalam dunia perniagaan. Bagi yang menceburi bidang ini, pasti arif dengan ‘permainannya’. Kejayaan tak dapat bergolek tetapi liku-liku yang harus ditempuhi inilah yang akan membawa kejayaan yang diinginkan.
Seperti yang terjadi kepada seorang pengusaha kedai Port Bako-Bako yang popular dengan menu ayam tong, suatu kejadian yang tidak diinginkan telah berlaku apabila hampir 100 ekor ayam yang sudah siap diperap terpaksa dibuang gara-gara bahan perapannya berbuih.
Namun, pengusaha ini akur dengan ketentuan Allah dan reda dengan apa yang berlaku kerana dia yakin apa yang terjadi adalah aturan rezeki Allah.
“Ayam tu sebenarnya baru saja diambil. Ada kesan lebam pada ayam. Tukang perap dah perasan, tapi dia tak biasa situasi macam tu. Jadi dia kumpul semua ayam dan perap dalam satu bekas.
“Apabila ayam yang dah busuk terendam dengan bahan perap, ayam yang masih elok pun ikut berbau. Kemudian bahan perap jadi berbuih. Terus staf saya tak berani nak bakar.
“Selepas kami periksa balik, ayam memang dah tak boleh pakai. Jadi kami ambil keputusan untuk buang saja. Kalau dikira, rugi dalam RM2,000.”
Kisah ini dikongsikan sendiri oleh pengusaha yang bernama Faizal ini di akaun TikTok miliknya. Selepas memuat naik video tersebut, dia mendapat pelbagai respon dari warga maya.
Ada yang bersetuju dengan tindakannya kerana bimbang keselamatan pelanggan jika ayam tersebut tetap juga dijual namun ada juga yang menyelar tindakannya itu. Ada yang mengatakan telah berlaku pembaziran berikutan ayam yang elok masih boleh dimakan jika membuat beberapa petua untuk menghilangkan bau.
“Memang ada yang bagi cadangan suruh rendam cuka untuk hilangkan bau. Tapi kami tak mahu jual ayam tak elok kepada pelanggan. Kami bukan berniaga sebulan dalam bulan puasa, kami ada kedai dan berniaga sepanjang masa.
“Kami jaga kualiti. Siapa yang nak rugi kan? Ramai juga yang cakap saya patut sedekah ayam tu kepada orang ramai. Saya tak berani nak sedekah makanan yang dah tak elok. Sebab risiko keracunan makanan boleh membawa kematian.”
Tambah Faizal, dia turut menerima cadangan supaya ayam-ayam itu diberi kepada haiwan lain, namun katanya dia tidak mempunyai kelapangan masa kerana sedang sibuk menyiapkan tempahan iftar.
“Ada yang suruh kami bagi pada kucing. Masalahnya seekor kucing tak mungkin dapat habiskan seekor ayam. Takkan kami nak cari kucing seekor demi seekor untuk bagi makan. Ayam tu ada 100 ekor.
“Ada juga yang suruh bagi pada anjing. Tapi kami tak sempat sebab tengah kejar tempahan lain. Yang suruh beri pada penternak keli pun ada, tapi saya tiada contact penternak keli. Kami pula tengah kejar masa.
“Selain itu, ada juga yang cadangkan supaya saya sedekahkan ayam tu semua kepada zoo. Kat sini mana ada zoo. Cadangan itu bagus, tapi tak kena dengan situasi,” ujarnya yang mula berniaga sejak dua tahun lalu.
Namun di sebalik dugaan yang dihadapi, pemuda ini tetap bersyukur kerana kedainya sentiasa menjadi pilihan ramai dan turut dikunjungi individu dari luar negeri Pahang.
Malah, beliau turut menegaskan dan berpesan kepada para peniaga agar sentiasa jujur dan berusaha memberikan kualiti terbaik buat pelanggan masing-masing.
“Pada saya, kalau makanan itu rosak, jangan jual walaupun ada orang kongsi cara untuk hilangkan baunya. Kita kena ambil iktibar kes orang mati keracunan makanan.
“Ada orang guna kaedah macam tu kalau makanan rosak, tapi saya memang tak berani,” ujarnya lagi.
Semoga kisah Faizal ini dijadikan ikhtibar buat semua. Setiap peniaga ada cara tersendiri dalam menyelesaikan masalah. apa yang penting adalah kejujuran dan keikhlasan berniaga.
Pasti akan dipermudahkan oleh Allah dan dimurahkan rezeki.
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Sekali Pakai Tangan Terus Putih Sampai Nampai Urat. Amalan Memakai Skrub Beras Ini Memang Berkesan
Bagi para wanita, tubuh badan yang putih dan mulus memang menjadi idaman agar sentiasa nampak cantik dan bersih.
Jadi ramai di antara mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan kulit yang diidam-idamkan. Malah ada yang sanggup mengambil suntikan untuk mendapatkan kesan yang cepat.
Bagi yang ingin mencuba secara alami, anda boleh mengamalkan penggunaan skrub beras di tubuh badan.
Skrub beras mampu menjadikan kulit anda putih sampai nampak urat tanpa mengeluarkan modal yang banyak.
Anda yang selalu terdedah dengan cahaya matahari amat digaIakkan untuk melakukannya.
Cukup amal sekali dua sahaja, memang payah sikit nak terus nampak urat hijau.
Tetapi kalau anda jadikan skrub mandian hari-hari, kejelitaan rasmi akan jadi milik anda.
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
Nak Putih, Guna Skrub Beras
Ini tangan sebelum skrub ya, kusam je.
Bahan-bahan dan caranya:
Ambil beras dalam satu genggam serta bawang putih 3 ulas.
Kemudian, kisar bahan tadi. Kasar-kasar je sebab kita nak buat ala-ala scrub.
Guna mandian rutin kita. Saya guna sabun ni sebab buat badan kita lembut dan harum. Ramai customer yang nak jaga kulit, guna cara ini.
Akhir sekali, letak sedikit sabun pada ramuan tadi, sapu pada tubuh. Biarkan pada badan dalam lima minit. Cuci, bilas, sapu losyen harian.
Okey, nanti bancuhan dah siap, bubuh kat tangan macam ini. Dekat kuku, anda boleh sapu dengan bawang putih kisar tadi.
Sapukan secara menyeluruh pada tangan, siku atau bahagian sisi gelap ya.
Ini tangan selepas saya buat proses scrub tadi. Boleh bandingkan tangan sebelum dengan selepas ikut gambar ya.
Hah, jangan lupa cuba tau! Jimat dah tak payah pergi Spa semata-mata nak putihkan kulit anda. Buat sendiri je sambil tengok Tv, siap!
[ARTIKEL PANAS]
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club