Bersiap-siap Nak Ke Pejabat Pun Boleh Masak Menu Ni. Sesuai Sangat Bekalkan Pada Anak & Suami!

Share

Alangkah bagusnya andai kita mempunyai masa yang tenang untuk menyediakan menu di awal pagi untuk dijadikan bekal untuk anak-anak dan suami. Selain dapat berjimat, kita bolehlah pastikan menu tengah hari yang dimakan oleh insan yang kita sayangi adalah berkhasiat dan enak. Pun hakikatnya, kesempatan berbuat demikian jarang-jarang kita dapat tunaikan.

Namun melalui perkongsian daripada Rarra Sakura ini diharapkan dapat memberi idea kepada ibu-ibu untuk dapat menyediakan menu bekal yang istimewa tanpa perlu kita bersusah-susah di waktu pagi.

Nak tahu apakah menunya itu, jom semak.


“Arini bawa bekal ke opis Ayam Bakar Cili Padi.. simple sangat nak buat dan rasanya sangat sedap. Conpom yang nak diet atau sapa2 yang tak ada masa nak masak pun leh buat punya..”– Rarra Sakura

Ayam Bakar Cili Padi
Bahan-bahan:


1 ekor ayam
Garam dan gula @ madu secukupnya
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit kicap

Bahan kisar

1 batang serai
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang kecil
10 tangkai cili padi (leh adjust lau nak tambah pedas)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji kiub ayam (lau xmau guna leh ganti belacan)
Sedikit minyak (saya guna olive oil)
– semua bahan ni kisar atau tumbuk

Cara buat

1. Campur bahan kisar dengan sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula @ madu. Sapu pada keseluruhan ayam dan perap 1 jam atau semalaman dalam peti ais.

2. Bakar dalam oven guna api atas bawah, suhu 200 c selama 45 minit atau 1 jam. Bergantung pada oven masing-masing. Tengok-tengok api, jangan kering sangat. Biar isi ayam tu lembab-lembab sikit. Boleh juga bakar guna kuali ajaib, pandai-pandai adjus api

credit : Rarra Sakura via MAHN