Alangkah bagusnya andai kita mempunyai masa yang tenang untuk menyediakan menu di awal pagi untuk dijadikan bekal untuk anak-anak dan suami. Selain dapat berjimat, kita bolehlah pastikan menu tengah hari yang dimakan oleh insan yang kita sayangi adalah berkhasiat dan enak. Pun hakikatnya, kesempatan berbuat demikian jarang-jarang kita dapat tunaikan.
Namun melalui perkongsian daripada Rarra Sakura ini diharapkan dapat memberi idea kepada ibu-ibu untuk dapat menyediakan menu bekal yang istimewa tanpa perlu kita bersusah-susah di waktu pagi.
Nak tahu apakah menunya itu, jom semak.
“Arini bawa bekal ke opis Ayam Bakar Cili Padi.. simple sangat nak buat dan rasanya sangat sedap. Conpom yang nak diet atau sapa2 yang tak ada masa nak masak pun leh buat punya..”– Rarra Sakura
Ads
Ayam Bakar Cili Padi Bahan-bahan:
1 ekor ayam
Garam dan gula @ madu secukupnya
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit kicap
Bahan kisar
Ads
1 batang serai
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang kecil
10 tangkai cili padi (leh adjust lau nak tambah pedas)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji kiub ayam (lau xmau guna leh ganti belacan)
Sedikit minyak (saya guna olive oil)
– semua bahan ni kisar atau tumbuk
Cara buat
1. Campur bahan kisar dengan sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula @ madu. Sapu pada keseluruhan ayam dan perap 1 jam atau semalaman dalam peti ais.
Ads
2. Bakar dalam oven guna api atas bawah, suhu 200 c selama 45 minit atau 1 jam. Bergantung pada oven masing-masing. Tengok-tengok api, jangan kering sangat. Biar isi ayam tu lembab-lembab sikit. Boleh juga bakar guna kuali ajaib, pandai-pandai adjus api
credit : Rarra Sakura via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila suami menasihati isteri dan ada ketikanya isteri pula menegur tindakan suami, tidaklah perkara tersebut pelik dilakukan. Malah kedua-dua pihak harus melihat daripada sudut yang positif.
Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh seorang suami ini. Bersama ambil manfaat daripada nukilan ini agar kita juga dapat menerima teguran pasangan dengan hati yang lebih terbuka.
Saat paling indah apabila dapat dating berdua duaan dengan isteri untuk saling memperdengarkan bacaan Al Quran. Rindu saat ini apabila berjauhan.
Saya paling banyak belajar Al Quran dari isteri. Dari jauh isteri menegur bacaan saya walaupun beliau tidak melihat Al Quran. Saya perbaiki dan teruskan bacaan.
Begitulah dalam rumah tangga, jika saling menasihati, rendahkan ego, terima dengan lapang dada segala kesilapan kita. InsyaAllah tiang kebahagiaan itu tidak akan goyang sedikit pun.
Jika bukan isteri atau suami siapa lagi nak menasihati kita. Orang lain belum tentu mampu istiqomah untuk berusaha, sabar, berdoa agar kita sentiasa dalam kebaikan.
Namun tidak pasangan kita, dia menasihati kita dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Dia taknak lihat kita dalam kegelapan, kemusnahan.
Saya bersyukur dapat isteri seindah ini. Menerima seadanya walaupun banyak kelemahan, kekurangan, keaiban.
Percaya wahai suami. Setiap nasihat dan teguran isteri itu tidaklah sia sia. Ia tanda sayang kepada kita, ia tanda kasih kepada kita. Ia tanda cinta kepada kita.
Dan ingatlah. Saat kita diuji, menerima musibah, boleh jadi semua orang membenci kita, menjauh dari kita, namun tidak sesekali isteri. Dia tetap bersama kita, dia tetap memberi peluang kepada kita. Dia mahu kita jadi insan yang baik untuk bimbing dia masuk syurga.
Terlibat dalam kemalangan jalan raya tentunya menjadi mimpi ngeri bukan sahaja pada mangsa terbabit malah ahli keluarga turut merasai traumanya.
Bercerita mengenai kemalangan, baru-baru ini ada dilaporkan bahawa bekas pemain bass kumpulan rock Tragedy (kemudian dikenali sebagai XPDC), Garuda dan Meditasi iaitu Man Tobey, 57, telah terbabit kemalangan jalan raya pada 30 Mei lalu.
Keadaannya kini masih di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.
Berita lanjut yang dikongsikan myMetro, kejadian kemalangan tersebut berlaku di Jalan Bukit Templer-Rawang sekitar jam 10 pagi itu.
Ketika itu, Man Tobey atau nama sebenarnya Yahya Rashid sedang menunggang motosikal dari arah Selayang untuk pulang ke rumahnya di Rawang. Difahamkan kemalangan berlaku semasa kedua-dua kenderaan terbabit bergerak dari arah yang sama di jalan terbabit.
Luluh Hati
Anak keduanya, Nur Anis Sofea, 22, yang dihubungi berkata, ayahnya mengalami kemalangan terbabit semasa pulang dari Pasar Selayang untuk berniaga di kedai runcit di kawasan kediamannya di Rawang.
“Ayah akan ambil barang berniaga di Pasar Selayang dan selalunya akan sampai di kedai jam 9 pagi. Namun pada hari kejadian dia masih belum pulang walaupun sudah jam 10 pagi.
“Saya kemudian menerima panggilan dari seorang rakan memberitahu ayah kemalangan di lokasi itu membabitkan sebuah treler. Saya bergegas ke lokasi dan mendapati ayah sudah dibawa ke hospital dengan ambulans dan hanya motosikalnya yang tinggal bersama barangan untuk jualan.
Ayah Terpaksa Ditidurkan
“Ayah mulanya ditempatkan di Zon Merah dan dalam keadaan sedar. Doktor kemudian buat ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan Pengimejan Resonans Magnetic (MRI).
“Ketika itu ayah dah tak sedar. Pernafasannya menurun dan doktor beritahu tulang belakang, leher dan tangan kirinya patah. Tulang belakang ayah dah tutup saluran pernafasan sehingga terpaksa guna mesin bantuan.
“Ayah terpaksa ditidurkan selama tiga hari dan doktor buat pembedahan buang tiga batang tulang belakang kerana ingin memberi ruang pada saluran pernafasannya,” jelasnya.
Tak Mampu Bercakap
Menurutnya keluarga mereka sedih apabila diberitahu risiko Man Tobey akan lumpuh selamanya. “Semalam doktor hubungi ibu saya beritahu ayah masih belum stabil untuk bernafas dan kena menjalani pembedahan kedua iaitu menebuk leher untuk pasang alat pernafasan.
“Luluh hati saya apabila risikonya ayah tak mampu untuk bercakap selepas ini sedangkan dia adalah penghibur keluarga kami. Dia suka menyanyi untuk hiburkan kami serta bilal di surau kediaman kami. Apapun kami kena reda dengan ujian Allah.
“Keadaan ayah sekarang stabil dan dah sedar. Dia boleh dengar apa yang kita cakap tapi tak boleh membalas,” katanya yang meminta peminat agar mendoakan kesembuhan ayahnya.
Situasi Man Tobey kini dipantau oleh isterinya Zamidah Ishak, 61, dan dua anak, Nurul Fatin Athirah, 24, dan Nur Anis Sofea, 22.
Sumber : myMetro
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sama ada anda perasan atau tidak, setiap kali kita membeli roti Gardenia mesti berbeza-beza warna G-lock yang digunakan. Jangan ingat ia tidak memberi apa-apa maksud dan bagus juga untuk kita sebagai pengguna mengetahuinya bahawa setiap warna G-lock tersebut memberi maksud hari roti tersebut dibakar.
Memandangkan pengeluaran roti ini setiap hari, jadi G-lock yang berbeza digunakan oleh pihak kilang. Info ini sebagaimana yang dikongsikan oleh FoodPornMalaysia di Twitter.
Tahukah anda setiap warna tag G-lock roti Gardenia sebenarnya membawa maksud HARI roti itu dihasilkan? Jadi ianya boleh membantu kita membeli roti segar yang baru dibakar pada satu-satu hari.
Jadi inilah maksud warna G-lock yang berbeza dan secara tidak langsung bolehlah memudahkan anda untuk membeli roti yang dibakar segar pada hari anda membeli roti tersebut.
Warna tan – Isnin
Warna oren – Selasa
Warna kuning – Rabu
Warna biru – Khamis
Warna hijau – Jumaat
Warna merah – Sabtu
Warna putih – Ahad
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...