Berseri Wajah Lepas Bersalin Anak Ke-7! OOTD Dr Halina Jadi Tumpuan, Raih Pujian Ramai Wanita

Share

Semalam, Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos selamat menimang cahaya mata ketujuh mereka di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, Selangor.

Berita baik itu dikongsikan oleh beliau menerusi hantaran di platform Instagram miliknya dengan menyatakan anaknya yang merupakan bayi lelaki comel tersebut dalam keadaan sihat.

Dr Sheikh Muszaphar berkata, dia bersyukur kerana proses melahirkan bayi lelaki seberat 2.98 kilogram dipermudahkan dan kedua-duanya berada dalam keadaan selamat.

“Bayi lelaki, lahir hari ini, 12 Julai 2023, berat 2.98 kg, panjang bayi 51 cm dan berambut lebat,” tulisnya.

Beliau juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas kiriman doa mempermudahkan urusan isterinya melahirkan anak lelaki yang keempat ini.

Dalam pada itu, di laman Instagram Dr Halina pagi ini berkongsi gambar OOTDnya selepas 15 jam bertarung nyawa bersalin. Dia yang memakai pakaian hospital dan berkain batik itu manis tersenyum di dalam gambar berceritakan tentang perkembangan dirinya dan bayi di ruangan kapsyen.

“OOTD 15hrs post LSCS. Hosp gown, kain batik and handbag courtesy of PCA pethidine 😆 Urinary catheter dah cabut and I need to mobilize myself. Our baby boy is pretty good at latching, alhamdulillah.. Here we go again, another round of breastfeeding.. thank you for all your kind wishes! Thank you, S for being there for me. Thank you Allah, alhamdulillah for this opportunity..” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji Dr Halina sebagai ibu hebat dan mendoakan yang baik-baik untuk ibu itu. Malah, ada juga di kalangan pengikutnya yang turut memuji wajah berseri Dr Halina meskipun selepas melahirkan anak.

Sekadar info, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Pasangan itu kemudiannya dikurniakan enam anak iaitu Sophea Isabella, 10; Sophea Natasha, 8; kembar lelaki berusia empat tahun iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar lelaki dan perempuan, Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia dilahirkan pada November 2020.

Sumber: Instagram drsheikhmuszaphar, Dr Halina