
Beberapa hari ini tular tentang Anita Baharom mahu mendirikan rumah tangga. Hari ini, pelakon jelita itu akhirnya selamat bergelar isteri kepada pasangan pilihan, Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48, dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Dewan Bizmilla Hall, One City, Subang Jaya kira-kira 11:40 pagi.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Zulkifly Baharom bersama saksi yang dilantik.
Manis mengenakan persalinan serba putih, aktres berusia 39 tahun itu telah menerima mas kahwin sebanyak tiga dinar emas.
Majlis akad nikah yang manis dihiasi bunga-bungaan itu dihadiri oleh kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.
Sementara itu, turut dilihat beberapa rakan selebriti seperti Yat Hamzah dan Abby Fana yang hadir meraikan pasangan pangantin tersebut.
Terdahulu, satu sesi khatam AlI-Quran telah berjalan sebelum majlis akad nikah berlangsung.
Untuk rekod, Anita pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Ismadi Ismail pada 2006 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.
Bagaimanpun, Ismadi dilaporkan meninggal dunia pada 1 Januari 2022 akibat penyakit kencing manis.
Manakala, ini bukan perkahwinan pertama bagi Engku Isyamuddin selepas berpisah dengan bekas isterinya. Hasil perkahwinan bersama bekas isteri, Engku Isyamuddin dikurniakan lapan orang cahaya mata.
Sumber : Gempak
Minyak Masak Naik Harga, Pakar Kimia Ini Beri Solusi Guna Air fryer, Siap Bagi Tip Cara Masak Lebih Selamat.

Trending mengenai minyak masak naik harga. Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati mengenai keperluan barang paling utama ini.
Setiap hari pasti minyak masak akan digunakan untuk memasak juadah keluarga. Cakna mengenai hal ini, Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim berkongsi pandangan solusi memasak tanpa menggunakan minyak yang banyak.
Ikuti lanjut mengenai coretan beliau dari aspek sains mengenai cara masakan yang lebih selamat menggunakan perkakasan masak modern.
Memandangkan harga minyak masak telah meningkat lebih daripada 43%, maka kita sudah patut mengurangkan penggunaan minyak masak dalam menggoreng. Antara alternatif yang praktikal adalah dengan menggunakan penggoreng elektronik aka air fryer. Sebelum anda berhajat untuk membeli satu, jom baca ulasan yang saya pernah kongsikan dulu.
Ramai yang sukakan makanan yang bergoreng disebabkan teksturnya yang ranggup dan rasanya yang sedap. Umum maklum yang makanan digoreng ini tinggi kandungan lemak yang mana dikaitkan (walaupun tidak konklusif) dengan penyakit terutamanya berkaitan jantung dan keradangan. Maka, antara inovasi yang telah dicipta bagi memenuhi keperluan yang sama namun lebih sihat (dalam konteks menggoreng bahan masakan yang sama) adalah dengan menggunakan peralatan memasak seperti air fryer.
Air fryer merupakan convection oven bersaiz kecil yang direka khas untuk mendapatkan kesan menggoreng tanpa perlu menenggelamkan masakan dalam minyak mengoreng yang banyak. Bergantung kepada selera masing-masing, masakan hanya perlu direnjis atau diselaput nipis dengan minyak untuk mendapatkan kesan gorengan yang diinginkan. Dan ini dapat mengurangkan penggunaan minyak masak sehingga 70-80%.

Bagaimana air fryer berfungsi?
Air fryer mempunyai kipas yang berfungsi mengitarkan udara panas pada kelajuan yang tinggi dalam ruang memasak yang disediakan. Udara panas yang boleh mencapai suhu setinggi 250 degree Celcius (bergantung kepada model) akan membenarkan kesan gorengan berlaku pada permukaan makanan dengan cepat dan sekata.
Suhu yang tinggi mencetuskan tindakbalas Maillard pada permukaan masakan lalu memberikan warna, bau, rasa dan tekstur masakan yang ranggup di luar dan lembab di dalam. Tindakbalas Maillard berlaku pada suhu 200 degree Celcius dalam air fryer (140-165 degree Celcius dalam proses menggoreng biasa). Bergantung kepada kuantiti masakan dan kawalan suhu, air fryer dapat mengurangkan masa memasak sehingga 20% dibandingkan penggunaan ketuhar biasa.
Selain daripada menggoreng, air fryer juga digunakan untuk memanggang, membakar (biskut dan kek) dan juga boleh mendapatkan hasil telur rebus tanpa menggunakan air! (boleh lihat di ruangan komen antara hasilnya).
Terdapat pelbagai jenama, model dan jenis air fryer yang berada di pasaran. Pemilihan adalah bergantung kepada kegunaan, saiz dan kapasiti, penggunaan elektrik, rekabentuk, kualiti, jenama dan semestinya kemampuan masing-masing. Maka, boleh pilih yang mana bersesuaian dengan tujuan penggunaan anda.
Antara kebaikkan air fryer adalah:
– Tanpa minyak tambahan/ sangat kurang penggunaan minyak menggoreng
– Masa memasak dapat dipendekkan
– Pelbagai guna (mini oven)
– Mudah digunakan (digital vs analog)
– Mudah dibersihkan jika dibandingkan oven
– Kurang berbau masakan
– Kurang haba panas jika dibandingkan oven biasa
– Tiada percikan minyak/ terkena minyak panas
– Kanak-kanak juga boleh menggunakannya dengan mudah apabila dilatih dengan betul
Adakah memasak dengan air fryer adalah lebih sihat jika dibandingan dengan kaedah memasak yang lain?
Bergantung kepada jenis masakan dan bahan masakan. Sememangnya memanggang dan membakar adalah lebih sihat hasil masakannya daripada menggoreng. Dan masakan daripada bahan terproses seperti sosej, nugget, daging burger dan sebagainya juga tidak sihat jika dibandingkan dengan bahan segar seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya. Ingat, air fryer ialah peralatan memasak. Bukannya ‘magic pan’ yang boleh mengubah komposisi masakan!
Tip Cara Masak Lebih Selamat
Benarkah memasak dengan air fryer boleh menghasilkan bahan kimia punca kanser?
Bergantung kepada suhu dan bahan masakan. Suhu dalam air fryer yang tinggi mampu menghasilkan bahan kimia punca kanser (kasinogen) seperti acrylamide, polycyclic aromatic hydrocarbons dan heterocyclic amines.
Namun bahan-bahan kimia ini BUKAN dihasilkan dalam air fryer saja. Mereka juga terhasil daripada proses memasak dengan kaedah menggoreng, memanggang dan membakar tradisional juga. Contoh acrylamide terhasil daripada tindakbalas komponen dalam masakan yang mengandungi gula (boleh jadi gula tambahan atau semulajadi) dan asid amino (asparagine dan glutamine).
Sebenarnya pembentukan bahan kimia punca kanser dalam masakan tidak dapat dielakkan sepenuhnya, namun ianya boleh dikurangkan dengan MENGAWAL suhu memasak dalam air fryer.
Kajian menunjukkan semakin gelap warna masakan yang dipanggang, dibakar atau digoreng, semakin tinggi kandungan bahan kimia acrylamide. Maka, pastikan masakan sebegini masak cuma cukup-cukup saja (kekuningan) dan elakkan terlebih masak.
Seperti yang selalu dipesan, bersederhanalah dalam apa juga jenis makanan yang kita ambil. Neutralkan kesan risiko pelbagai jenis penyakit daripada pemakanan sebegini dengan pengambilan sayuran hijau yang kaya dengan fitokimia yang mana bersifat antioksida, antiradang, antikanser dan sebagainya.
Semoga bermanfaat
Sumber: ChM Dr Fatimah Salim
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Empat Sekeluarga ‘Pergi’ Bersama, Rumah Dihiasi Lukisan & Permainan Anak-anak. Undang Sebak!

Susulan penemuan empat beranak yang menjadi mangsa di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, suasana pilu menyelubungi keluarga waris di Taman Machap Indah , Alor Gajah apabila jasad anak beranak iaitu mendiang Lai Chee Sam dan isteri, Lai See Tin bersama dua anak mereka iaitu Giselle Lai Yu Xi,6 dan Jonas Lai Ze Kai,2 di bawa ‘pulang’ ke rumah mereka.
Ruang Dihiasi Lukisan Anak-anak
Meninjau laporan di China Press turut dikongsikan beberapa keping gambar ruangan perletakkan keranda yang bukan sahaja dihiasi dengan potret mendiang sekeluarga.
Malah lebih menyentuh hati wargamaya apabila turut dapat melihat ruangan tersebut dihiasi dengan lukisan-lukisan dan alat permainan dua beradik tersebut bagi memperingati mereka.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Difahamkan hampir 50 ahli keluarga dan penduduk sekitar serta Ketua Polis Daerah Alor Gajah turut hadir memberi penghormatan terakhir buat keluarga ini.
Tak Dapat Nak Bayang Satu Keluarga Tertimbus Sekali
Susulan permergian emat sekeluarga itu, ruangan komen di media sosial dibanjiri dengan ucapan takziah daripada wargamaya tanpa mengira kaum dan agama.
Meskipun berkongsi rasa kedukaan dan kesedihan yang dirasai, mereka juga turut luahkan rasa syukur sekurang-kurangnya kesemua ahli keluarga Lai berjaya dijumpai oleh pihak berkuasa di lokasi tanah runtuhan tersebut.
“walaupn berlainan bangsa kami tetap sedih..mengalir air mata..”
“Takdpt bayangkn mcm mana dorg yg trtimbus tu fight nk bernafas. Yg kanak2 lagi. Kecik lagi.. Sedih nyaa 😭😭”
“Maknanye yg jumpe 4 terus tu yg ni ke…😭😭😭😭… Sedihnye…”
“takziah pda keluarga dua belah pihak kehilangan yg tiada gantinya…hencem,isteri n anak2 nya cantik”
“Takziah…seluruh rakyat Malaysia semua berduka,” ini antara komen-komen warganet.
Sumber : Bernama, China Press & TikTok @leeana_shop2
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Rupanya Menstrual Cup Ni Boleh Tahan Hingga 10 Tahun, Orang Perempuan Wajib Tahu Bila Datang Bulan.

Jika zaman dahulu jika datang bulan, penggunaan kain tebal yang dilipat beberapa lapis untuk mengelak berlaku kebocoran. Lepas menggunakannya kena basuh dan diguna semula.
Kini, dengan adanya pad pakai buang dengan pelbagai saiz, ia menjadi pilihan ramai. Malah ada pad yang jenis kecil yang boleh digunakan ketika hari ‘heavy’ haid.
Dalam pada itu, seorang pengguna facebook berkongsi mengenai penggunaan Menstrual Cup, katanya cup itu sangat membantu ketika datang bulan walaupun ketika ‘heavy’. Malah lebih menarik dikatakan boleh digunakan sehingga 10 tahun. Pakai dan basuh.
Bagi yang belum tahu mengenai alat ini, boleh ikuti lanjut mengenai penggunaan alatan ini.
Menstrual Cup
Ada yang pernah guna ke benda ni? Ramai cakap lagi selesa dari pakai pad dan lebih jimat sebab boleh ulang pakai hingga 10 tahun.
Benda ni nama dia Menstrual Cup. Di Malaysia ia agak janggal,
Tapi, Saya duduk dalam komuniti yang sangat menjaga dan menitikberatkan tanggungjawab pada alam sekitar,
Jadi, Benda ni dah macam biasa. Dengan sahabat-sahabat ini saya belajar pasal ‘makhluk asing’ ini. Seriau pada mula itu biasa, Sebab bukan benda biasa untuk kita,
Tapi, Bila dah biasa,Istilahnya ‘No U-turn’.
Kelebihan
1. Jimat duit sebab beli SATU dah cukup untuk bertahun-tahun. Pelaburan untuk sekali sahaja. Jenama ini boleh bertahan sehingga 10 tahun,
Malah lebih. Jadi, Bayangkan berapa penjimatan yang dilalui dalam tempoh 10 tahun itu.
2. Jarang nak berlaku kebocoran, ia dapat menampung isipadu yang agak banyak (bergantung pada saiz)
3. Mudah nak urus sebab bila dah penuh atau nak bersihkan, tuang je isi dia ke dalam lubang tandas dan cuci bersih-bersih, pakai semula.
Tak menggunakan air yang banyak sepertimana membersihkan pad biasa.
4. Sesuai sangat untuk mereka yang nak buat ‘prepping’, memikirkan datang masa kesukaran untuk mendapatkan bekalan barang keperluan harian.
5. Lambakan sampah berkaitan tuala wanita pakai buang dapat dikurangkan.
(Tak dapat buat semua, jangan tinggalkan semua)
Cara nak pakai dan tanggalkan pun mudah, Bila kita ikut manual yang diberikan.
Benda ni diperbuat dari silikon, Boleh dilenturkan.
Benda ni saya bawakan sebab ada di dalam geng ‘preppers’, Geng wanita,
Geng suami yang prihatin, Bertanya tentang persiapan terbaik untuk keperluan wanita haid di kala waktu-waktu genting,
Kalau waktu sekarang, Orang tak heran sangat benda begini sebab, Masih berkeupayaan untuk mendapatkan tuala wanita pakai buang dengan mudah, Untuk ‘zaman berikut’nya nanti bagaimana pula.
Pendapat peribadi saya, Menstrual Cup pilihan terbaik kerana kos yang efektif dan kerja mencuci sangatlah mudah.
Tengok cara guna sini 👉🏻 https://shp.ee/pbzz4kr
Saya suka brand ni sebab dia berikan info yang lengkap untuk pengguna baru yang kurang arif.
Sumber : Aqilah Nor
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club