Kekeluargaan

Bersemut Tengok Video Fattah Dan Fatima Me Time Bersama!

Share

Muat naik terkini pelakon kesayangan ramai, Fattah Amin menarik perhatian ramai peminatnya di media sosialnya. Fattah memuatnaik video bersama anak tunggalnya Fatima berserta kapsyen ringkas penuh makna.

 

@keluarga.myMuat naik terkini pelakon kesayangan ramai, Fattah Amin menarik perhatian ramai peminatnya di media sosialnya. Fattah memuatnaik video bersama anak tunggalnya Fatima berserta kapsyen ringkas penuh makna. “Thank you mommy bagi chance daddy dating dengan Fatima”-Fattah

♬ original sound – Keluarga

UCAPAN TERIMA KASIH

Bintang filem Pendekar Awang & Tok Gajah ini memberi ucapan ringkas dan penuh makna untuk Fazura di media sosial kerana memberinya peluang membawa Fatima meraikan hari jadi disebuah taman permainan ‘in door’  yang tidak diketahui lokasi dimana.

Dalam video berkenaan Fatima mengajak Fattah turut menemani bermain dengan alat permainan yang disediakan.

Video yang dikongsi itu membuatkan wargamaya bersemut melihat dua beranak ini menghabiskan masa bersama.

Peminat Luah Rasa Hati Dan Berdoa Pasangan Ini Temui Kebahagiaan

Melihat video dan kapsyen penuh makna Fattah, ramai peminatnya menitipkan doa agar mereka kembali bahagia. Ada juga meluahkan terharu melihat Fatima bersama ayahnya tanpa ibu.

 

Apa pun kita doa baik-baik untuk pasangan ini.