Dalam sebuah temubual eksklusif bersama Majalah Keluarga, Ezwan Mohamad Zain atau dikenali juga sebagai MR E, pengasas Kueh Cafe, membuka lembaran baru tentang persahabatannya dengan  primadona Malaysia, Erra Fazira.

Ramai yang mengenali mereka sebagai pasangan yang sering dilihat bersama di siaran langsung, terutamanya semasa mereka bersama-sama di pentas beberapa hari lalu. Dari situ, ramai yang mula beranggapan bahawa mereka adalah teman rapat, malah lebih daripada itu.

Bersemut Tengok Mr E Puji Erra Fazira, Part Ayat Akhir Tu Sweet!

Namun, dalam temubual tersebut, MR E mengejutkan ramai apabila dengan tenang menyatakan bahawa dia tidak kisah apabila ditanya tentang personaliti Erra.

Ads

Sebaliknya, dia memuji Erra Fazira dengan kata-kata yang penuh penghargaan – “Erra seorang yang matang, elegan, bijak dan mudah diajak berbincang,” katanya.

MR E turut mendedahkan bahawa Erra juga memiliki beberapa kuih kesukaan, termasuk putu mayam dan kuih koici, membuktikan lagi betapa rapatnya mereka berdua.

Malah, walaupun Erra sibuk dengan kerjayanya, dia tetap meluangkan masa untuk hadir ke kedai Kueh Cafe bagi mempromosikan perniagaan MR E.

Namun, seolah-olah memahami bakal timbul persoalan daripada wargamaya, dia menjelaskan bahawa aktres tersebut tidak kerap berkunjung ke kedainya. Walau bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana Erra sudi membantu mempromosikan perniagaannya yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Ads

Bersemut Tengok Mr E Puji Erra Fazira, Part Ayat Akhir Tu Sweet!

Ads

Sebelum mengakhiri perbualan, MR E sempat memberi ucapan Hari Raya kepada semua, sambil menekankan bahawa ucapannya itu ditujukan khas buat yang tersayang.

Apa yang pasti, meskipun mereka dikenali sebagai teman tapi mesra, hubungan mereka penuh dengan rasa hormat dan keikhlasan.

Sementara itu, awal Jan lalu, Sementara itu, pengurus aktres berkenaan iaitu Sharendra Abd Razak mengakui Erra dan Ezwan kini dalam fasa mengenal hati budi masing-masing.

Kita doakan yang terbaik buat mereka berdua. Apa pun, bagi yang belum singgah ke KUEH Cafe, seksyen 13 Shah Alam, jom berbuka puasa di sana. Mana tahu terserempak ‘BFF’ Erra Fazira!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI