Bersemut Tengok Foto Lisa Surihani & Yusry.” Wanita Dambaan Syurga.”
Muat naik terkini pelakon kesayangan ramai, Lisa Surihani menarik perhatian ramai peminat aktres ini di media sosialnya.
Lisa memuatnaik dua foto bersama suami tercinta yang juga pelakon dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Dengan kapsyen ringkas:
Memo pertama : “pandang each other” — saya dah fail dah.
Memo kedua : “k berlaga pipi” — tk smpai pulak.
WARGAMAYA TITIP DOA
Melihat foto pasangan sweet ini, ramai wargamaya menitipkan doa dan teruja melihat pasangan bahagia tersebut.
Sumber: lisasurihani
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Halau Serangga Cara Selamat & Ruang Rumah Pun Jadi Segar Sentiasa!
Kehadiran serangga seperti nyamuk, lalat, lipas malah apa jua jenis serangga perosak sekalipun, memang mengganggu keselesaan kita. Keadaan lebih teruk bila serangga-serangga tersebut menjadi punca mudarat pada kesihatan jika dibiarkan berterbangan di kediaman kita.
Bagi menghapuskannya, penggunaan racun serangga adalah cara yang biasa kita lakukan. Pun begitu, daripada guna racun lebih baik anda usahakan cara yang lebih tidak membahayakan kesihatan dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.
Umpamanya sebagaimana yang dipraktiskan oleh saudara Nik Izani Raizan dalam menangani masalah serangga di rumahnya. Info ini telah dikongsikan olehnya di akaun facebook dan semoga memberi manfaat buat semua.
Pagi nan indah ni nak share Petua buat penghalau serangga. Nyamuk dan Lalat cukup tak suka dengan cengkih ni.
Halau nyamuk cegah Denggi. Perit bila tengok orang yang kita sayang sakit atas katil Hospital sebab Denggi.
Jadi, ini cara paling mudah uoll boleh guna. Bagus & selamat sebab tiada kimia tiruan tu. Daripada duk buang kulit Oren & Lemon tu, baik buat penghalau serangga ni kan.
Bahan-bahan
Kulit Oren 1 biji.
Kulit Lemon 2 biji.
Cengkih.
Cara-cara
1. Kupaskan kulit kedua dua buah tu. Lepas ru letakkan dalam bowl. Nak buat perhiasan, cari bowl yang cantik.
2. Letakkan Cengkih dalam bowl. Letak sebanyak 10 ke 15 biji.
Manfaat
#Cengkih kita boleh buat halau serangga sebab serangga memang alah pada bau Cengkih.
#Lemon naikkan mood kita
So bau Lemon dalam rumah buat kita rasa happy seharian.
#Oren pula release depression. Jadi bila bau Oren buat kita relax dan calm.
Posted by Nik Izani Raizan on 5hb Mac 2018
Okey, selamat mencoba.
sumber : Nik Izani Raizan
Abam Timang Anak Lelaki Sulung. Dengan Hashtag Instagram, Saya Dah Jadi Ayah.
Abam junior dah lahir! Berita gembira buat pelawak, Abam, 31, menimang cahaya mata sulung apabila isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali, 28, selamat melahirkan anak lelaki di Hospital Selayang, semalam.
Melalui instgaram Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan berkongsi berita gembira berkenaan, namun wajah anak tidak dipamerkan sepenuhnya dengan hastag, #sayadahjadiayah. Malah peminat juga mengucapkan tahniah kepad pasangan serasi itu.
“Alhamdulillah isteri sy selamat melahirkan anak lelaki…. ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!!! terima kasih yg sudi mendoakan keselamatan isteri dan anak sy… Terima kasih nurse, sister nurse dan doktor hospital selayang…. Anda semua terbaikkk… Alhamdulillah alhamdulillah subhanALLAH masyaALLAH….”
View this post on InstagramA post shared by ABAM™ BOCEY (@abam_bocik) on
Sebelum ini, Abam berkongsi debaran di instagramnya menunggu detik isteri bersalin.
“Penantian itu indah…”
View this post on InstagramPenantian itu indah… . #fatherToBe
A post shared by ABAM™ BOCEY (@abam_bocik) on
Momen kala isterinya hamil
View this post on InstagramA post shared by ABAM™ BOCEY (@abam_bocik) on
Untuk makluman, Abam dan isteri, Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam,
Kuala Selangor. Beliau juga sebelum ini pernah berasa kecil hati apabila kerap ditanya bila isteri hamil. Namun pada penghujung tahun lepas isterinya telah disahkan hamil. Memang benar penantian itu indah! Moga Abam dan isteri menjadi ibu dah ayah yang hebat dalam mendidik anak-anak Kepada isteri Abam, selamat berpantang!
Sumber: Instagram Abam_bocik
“Hanya Saya & Anak Perempuan Negatif Ketika Itu…”, Lelaki Ni Kongsi Saat Getir Hilang Dua Insan Tersayang Angkara Covid Dalam Keluarganya!
Mengetahui ada sahaja ahli keluarga atau kenalan rapat ada disahkan positif Covid-19 hati sudah resah dan gelisah apatah lagi andai dikhabarkan insan tersayang sudah pergi selamanya angkara Covid-19. Hati siapa yang tidak luluh dan sedih, dan inilah yang dirasai oleh Abdul Rahim Daim yang berkongsi kisahnya di Harian Metro baru-baru ini apabila adiknya Abdul Malik Daim, 43, meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Maeps, Serdang disusuli ibu tercinta, Patimah Babu, 75, keesokkan hari di Hospital Sungai Buloh.
Lebih memeritkan ketika itu, tujuh daripada sembilan ahli keluarga lain termasuk isteri dan tiga anaknya turut disahkan positif apabila melakukan ujian saringan Covid-19, selepas anak, adik dan ibunya mengadu deman dan batuk pada hari raya ketiga.
Ketika dihubungi, Abdul Rahim berkata beliau tidak menyangka kegembiraan mereka sekeluarga menyambut Aidilfitri baru-baru ini menjadi kenangan terakhir sebelum wabak itu meragut nyawa dua insan yang tersayang.
“Bimbang melihat keadaan kesihatan anak, adik dan mak, saya tanpa berfikir panjang membawa mereka dan ahli keluarga lain melakukan ujian saringan Covid-19 dan perkara yang takuti akhirnya terjadi apabila ibu dan beberapa ahli keluarga yang lain disahkan positif apabila keputusan ujian saringan diperoleh pada malam itu.
“Hanya saya dan anak perempuan negatif ketika itu, jadi saya kemudian meminta yang positif buat persiapan untuk pergi ‘assessment’ di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam keesokan paginya tanpa menunggu van ambulans datang ke rumah,” katanya kedengaran tenang ketika menceritakan kembali kejadian itu.
Katanya, selepas menjalani penilaian CAC di Stadium Melawati, ibunya dibawa ke Hospital Sungai Buloh selepas pernafasannya kurang baik di samping mengalami komplikasi buah pinggang dan kencing manis, manakala adiknya yang obes pula dihantar ke PKRC Maeps.
“Ahli keluarga yang lain pula diarah melakukan kuarantin di rumah,” katanya yang menetap di Puchong.
“Pada pagi Sabtu, 22 Mei saya ada telefon adik kerana dia ada minta hantarkan pakaian dan sejadah, namun panggilan saya tidak dijawab sehinggalah saya dapat panggilan supaya datang ke hospital Serdang, dan dimaklumkan adik saya telah meninggal dunia ketika dibawa ke hospital.
“Mereka cuba diselamatkan tapi gagal, kemungkinan dia dah tiada semasa di Maeps pada pukul 9.00 pagi lagi,” kongsinya sambil mengesahkan video pasukan perubatan memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada seorang pesakit di Maeps yang tular adalah adiknya.
Dugaan yang diterima tidak terhenti di situ sahaja apabila belum pun sempat menyelesaikan urusan dokumentasi kematian adiknya, Abdul Rahim tidak lama selepas itu menerima panggilan daripada doktor dari Hospital Sungai Buloh yang memaklumkan ibunya pula dalam keadaan tenat.
“Kami sekeluarga sempat buat panggilan video dengan mak memohon maaf atas salah silap selama membesarkan kami adik-beradik, dan itulah perbualan terakhir kami sebelum beliau disahkan meninggal dunia sekitar pukul 2.00 pagi,” katanya.
Abdul Rahim yang adalah kakitangan Media Prima Berhad berkata jenazah ibu dan adiknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 Subang Jaya pada petang Ahad.
Ditanya mengenai punca jangkitan Covid-19 boleh berlaku dalam kalangan keluarganya, Abdul Rahim berkata beliau sendiri kurang pasti, namun tidak menafikan memang menjadi kebiasaan baginya untuk menghantar belanja, belikan lauk dan makanan ke rumah ibunya sebelum beliau ke tempat kerja.
“Perkara yang berlaku menjadi satu pengajaran yang cukup bermakna buat ahli keluarga saya.
“Sehubungan itu saya ingin berpesan kepada rakyat Malaysia, jangan kita leka dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, kita tidak ketahui dari mana Covid-19 itu berada dan kita tidak tahu siapa yang pembawanya,” katanya.
Sumber : H.Metro
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club