Bersederhana Kumpul Wang, Jangan Jadi Hamba Kepada Harta. Deep Pesanan Dr Ini.

Share

Sesungguhnya rezeki datang pelbagai sudut termasuk kepandaian, ilmu, kekuatan serta harta.

Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan telah menganugerahkan nikmat yang terlalu banyak kepada hamba-hambaNya seperti nikmat kebahagiaan, nikmat kesihatan, nikmat kemakmuran, nikmat kekayaan dan sebagainya. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Ibrahim ayat 34:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

وَءَاتَٮٰكُم مِّن ڪُلِّ مَا سَأَلۡتُمُوهُ‌ۚ وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَظَلُومٌ۬ ڪَفَّارٌ۬

صدق الله العظيم

“Dan Dia telah mengurniakan kepada kamu segala apa yang kamu pohonkan kepadanya, dan jika kamu menghitung nikmat Allah tentulah kamu tidak terkira banyaknya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat kufur”

Tidak salah menyimpan untuk masa hadapan untuk kebahagiaan keluarga, namun jangan sampai berlebihan sehingga lupa kepada ibu ayah di kampung, adik beradik yang susah, saudara mara serta orang kesekeliling yang memerlukan bantuan.

Lantaran itu, Islam mendidik kita menjadi seorang yang sederhana dalam kehidupannya. Sehubungan itu wujudnya sedekah untuk mendidik jiwa kita menjadi seorang yang suka memberi.

Apa pun sederhana itu adalah yang terbaik dalam apa jua kehidupan yang kita lakukan.

Sebagaimana perkongsian ini mengingatkan bahawa bersederhana agar menjadi muslim yang iqtiqomah dalam setiap apa yang dilakukan.

Jangan jadi hamba kepada duit

 

Takut tengok orang dok hitung-hitung duit dalam medsos ni. Siap keluarkan duit berkepuk kepuk. Berikat ikat. Tabur atas meja. Biar bersepah atas lantai

Dulu saya suka tengok macam tu. Lepas tu fikir pula “kalaulah dapat macam ni. Mesti yippedee satu round.”

Bila belajar pasal kewangan mesti diajar bab simpan duit. Kira duit. Bagi duit beranak. Semak pula berapa banyak duit beranak.

Menghitung hitung secara digital lah katakan. Kita rasa seronok bila nampak duit bertambah. Rasa puas. Rasa selamat.

Saya berhenti menghitung ni bila belajar terjemah dan tafsir Al-Quran secara harfiah. Tersentak bila faham ayat ini “ CELAKALAH golongan yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung (Al-Humazah:2).

Ayat ini keras sekali. Ayat amaran. Guru saya sebut “Kalau Allah dah sebut CELAKA, apa natijahnya nanti hidup kita. Berdebar dada waktu bila dia sebut macam ni.

Kita selalu dengar orang sebut “ni untuk emergency. Kalau jadi apa-apa kita selamat. Boleh bertahan few months.”

Bagus ada simpanan. Ada plan. Yang tak bagusnya ialah pergantungan itu kepada makhluk. Bukan pada Pencipta.

Allah sebut “Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat MENGEKALKANNYA” (Al-Humazah:3).

Tak bagusnya ialah kita anggap harta, wang ringgit dapat selamatkan kita. Tidak. Yang akan selamatkan kita ialah ALLAH. Ada yang diselamatkan tanpa harta seperti Ashabul Kahfi. Ada diselamatkan tanpa duit seperti Bilal Ibnu Rabah.

Allah sebut lagi,

“Jika Allah menolong kamu, Maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), Maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.”(Surah Ali Imran : 160).

Poin besarnya ialah jangan bersandar pada makhluk. Bergantung dan bertawakal pada Allah. Rasulullah SAW bersabda:
لو أنكم توكلتم على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير تغدو خماصاً وتروح بطاناً
“Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal maka Allah akan menganugerahkan kepada kalian rezeki sebagaimana Allah memberi rezeki kepada seekor burung. Dia terbang pagi hari dalam keadaan lapar dan petang hari datang dalam keadaan kenyang.” (Hadith Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Rezeki datang bersama tawakal. Bukan melalui hitungan. Bukan kerja keras semata.

Apa yang perlu kita lakukan ialah serahkan hidup pada Allah.
وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
Maksudnya: dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”. (Surah Al-Ghafir : 44 ).

Ibu saya pernah sebut. “Kalau buntu. Kalau susah hati ulang-ulang baca ayat surah Ghaffir ini. ALLAH akan bantu. DIA dekat. Malah DIA lebih dekat dari urat nadi.”

Sumber: DrRizal Abu Bakar