Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan buat kedua-duanya bila mana kembali bersatu. Hanya rasa gembira dan syukur dipanjatkan kepada Yang Maha Esa atas kurniaanNya.
Selepas hampir sembilan bulan terpisah dan tidak dapat bertemu anak serta isteri, akhirnya pelako Aliff Aziz kembali bersatu dengan keluarganya.
Pertemuan penuh emosi pasangan ini dimuat naik dalam satu perkongsian video menerusi Instagram Aliff dan isterinya Bella Astillah.
Di dalam video tersebut jelas kelihatan kerinduan anak sulung pasangan ini, Ayden Adrean berlari memeluk bapanya.
Aliff sebelum ini terpaksa menjalani kuarantin selepas tiba dari Singapura ke Kuala Lumpur. Berpeluang bertemu buat kali pertama dengan anak keduanya, Aliff tidak melepaskan peluang untuk melepaskan rasa rindunya kerana belum pernah bersua muka secara langsung sejak dari lahir.
Apa yang lebih menghibakan bila mana momen indah pertemuan tersebut mendapat lebih 900,000 tontonan di Instagram Bella Astillah.
Aliff dan Bella sebelum ini rujuk kembali selepas berpisah. Namun, pertengahan tahun lalu, pasangan ini terpaksa berjauhan disebabkan oleh pandemik yang melanda.
Aliff juga tidak berpeluang berada disisi ketika Bella Astillah bersalin anak kedua mereka pada Julai yang lalu.
Susulan daripada itu, rata-rata rakan artis dan warganet yang menonton video pertemuan tersebut telah meninggalkan komen dengan memaklumkan berasa sebak melihat situasi yang menyentuh hati.
Sumber: Bella Astillah