
Pejam celik, rupanya sudah genap tiga tahun pemergian pelawak, Allahyarham Abam Bocey pergi meninggalkan isteri dan anak tercinta. Bukan sahaja ahli keluarga, malah pemergian Allahyarham dirasai ramai peminat dan rakan selebriti.
Terbaharu balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali telah berkongsikan menerima hadiah potret keluarga yang diberikan oleh seorang cukup kreatif. Dalam perkongsian tersebut dilihat Hidayah atau lebih mesra dengan nama Dayah Abam sebak dapat hadiah potret keluarga.
Dalam potret tersebut dilihat Allahyarham bersama Dayah dan anak mereka, Syed Uthman Hamzah. Hasil kreativiti pemilik akaun TikTok dengan nama creativefactory_painting ini berjaya menghasilkan potrey keluarga ini.
“Terima kasih @the_creative_factory_my Bagi Hadiah yang sangat2 Bernilai buat Dayah Dan Hamzah.. Xpernah dapat bergambar bertiga mcm ni 😭Sangat2 Cantik.. Al-fatihah Suamiku Syed Umar Mokhtar 3Tahun 10/02/2023,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui turut sebak dengan perkongsian rakaman ini. Malah mereka juga mendoakan supaya Hidayah kuat menghadapi sebarang ujian dan usaha membesarkan anak seorang diri.
Sumber : Instagram Hidayah Hamzah
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Sekali Lagi Khairul Aming Buat Peminat Perempuan Tak Keruan, Ramai Nak Cari Jodoh!

Muat naik terkini selebriti masakan Khairul Amin Kamarulzaman a.k.a Khairulaming meraih perhatian peminatnya. Khairul Amin memuatnaik sekeping fotonya berserta kapsyen ringkas penuh makna.
BIODATA DIRI
usahawan sambal Nyet ini punya aura tersendiri apabila jualan sambalnya tahun lepas cecah hingga RM7.5 juta, berkongsi biodata peribadi tentang dirinya seakan sedang mencari calon pasangan hidupnya.
Tidak diketahui sama ada betul atau tidak kapsyen itu menjurus kepada mencari jodoh. Jika benar tentu ramai yang tidak sabar untuk mengetahui bakal suri hati Khairul Aming ini.
Nama : Khairul
Umur : 29 tahun
Tinggi : 184cm
Berat : Nanti la bincang
Kerjaya : Buat video masak
Asal : Kelantan
PEMINAT TERUJA
Melihat foto Khairul Amin dan kapsyen seakan mencari jodoh, ramai peminatnya teruja dengan mengatakan tidak perlu masak jika bertemu jodoh dengannya. Ada juga terkejut dengan ketinggiannya.
Sumber: khairulaming
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Gembira Dapat Suami, Hiba Hilang Sahabat.” Bertemu Jodoh Sahabat Lama Selepas 33 Tahun Kenal, Ras Adiba Bergelar Isteri Di Usia 51 Tahun.

Hari bahagia sepatutnya disambut dengan penuh kegembiraan, namun terselit kedukaan bila orang yang tersayang tiada di sisi untuk sama-sama meraikannya.
Demikian bagi personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi, 51, yang baru sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamed Azam Ali, 57.
Majlis akad nikah berlangsung pada hari sabtu yang lalu bertempat di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur itu disempurnakan bapa Ras, Mohd Radzi Wahab, dengan disaksikan Imam Masjid terbabit, Yahya Mat Husin.
Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 bersama empat dulang hantaran berbalas lima. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Namun hari yang sama, Ras telah kehilangan kawan baiknya, allahyarhamah Wafa Abdul Kadir akibat kanser yang ditanggungnya.
Sementara itu, menerusi akaun Instagramnya pagi semalam, Ras turut terkesan apabila tidak dapat hadir ke pengebumian rakan baiknya, Allahyarham Wafa Abdul Kadir.
“Ini cukup sukar buat saya kerana dalam gembira, terselit duka. Gembira kerana saya akan diijabkabulkan dengan seorang yang amat menyayangi seluruh jiwa dan raga. Namun hari ini juga saya kehilangan Kak Long saya.
“Saya ingin meraikan akad ini bersama dia, namun saya sedar rancangan Illahi tiada tolak tandingnya. Maafkan Deep kerana tidak dapat menghantar akak ‘pulang’, namun Deep tahu akak mahukan Deep gembira.
“Akan Deep cekalkan diri dan kawal airmata daripada mengalir di pipi. Itu janji Deep, Kak. Maaf sekali lagi, kerana adikmu ini tidak dapat bersama mengiringi dirimu untuk mengadap Illahi. Allahu,” tulisnya.
Ras Adiba dan suami berkenalan ketika sama-sama bertugas di TV3 pada 1986 dan mula rapat pada Disember tahun lalu.
“Sebenarnya, kami sudah lama saling mengenali, iaitu sejak masing-masing bertugas di TV3 yang ketika itu beroperasi di Jalan Liku, Bangsar.
“Bagaimanapun, ketika itu hubungan kami adalah atas paksi profesional. Malah, masing-masing tidak pernah terfikir akan bertemu jodoh.
“Disember lalu, kami berjumpa kembali pada majlis pertemuan semula (reunion) bekas kakitangan stesen televisyen berkenaan. Ketika itu, kami lebih banyak berkongsi cerita sesama sendiri,” katanya yang sudah lima tahun hidup solo selepas perkahwinan kedua berakhir.
Menurut Ras, sepatutnya pada hari ini mereka akan ditunangkan terlebih dahulu sebelum disatukan sebagai suami isteri. Bagaimanapun, selepas mendapat nasihat keluarga, ia diteruskan dengan majlis pernikahan.
“Kami pula hanya mengadakan majlis kecil-kecilan. Lagipun, ia bukan perkahwinan pertama buat saya dan suami,” katanya.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Ras dikurniakan dua cahaya mata, manakala suaminya pula mempunyai enam anak.
Sumber: Berita harian, FB Ras Adiba Radzi
“Baru Saya Tahu Kenapa Isteri Suka Membebel…”. Jangan Nampak Isteri Masak 2 Ekor Ikan Saja, Rupanya Macam-Macam Dah Buat Nak Bahagiakan Keluarga.

Bahagia rumahtangga itu apabila pasangan suami isteri saling memahami dang bertolak ansur dengan pasangan.
Biarpun nampak isteri duduk di rumah sedia makan minum dan buat hidangan yang ringkas itu tidak bermakna isteri ‘goyang kaki’ sebaliknya melakukan pelbagai urusan rumahtangga.
Semua ini memastikan rumah dalam keadaan selesa tanpa sepah sana sini, anak-anak dididik dengan sempurna dan sebagainya.
Nyata, itulah cabaran bergelar isteri, Justeri, suami perlu menghargai usaha isteri yang sentiasa memastikan rumahtangga bagaikan ‘rumahku syurgaku’ .
Dalam pada itu, sememangnya sebagai suami, kena ambil berat dan bantu uruskan bersama keluarga kita. Kadang-kala isteri bebel dan masak muka ni sebab penat dan tiada sokongan suami.
Sebagaimana perkongsian saudara Taufiq Razif menyifatkan isteri harus dihargai untuk apa yang dilakukannya.
Serius! Dulu saya pun nampak 2 ekor ikan je. Sejak isteri saya tak boleh buat kerja berat sebab dalam pantang ni, saya ambil alih tugas dapur dan rumah. Untuk siapkan 2 ekor ikan ni saya perlu bangun di waktu semua orang masih tidur.
Yela, bila bangun je semua orang banyak pula mahunya kan. Sorang pampers dah penuh. Sorang nak mintak mandi, sorang pula mintak dukung. Haru jadinya kalau tak buat kerja ikut jadual yang betul.
Sebelum tu, mula-mula nak kena pergi pasar dulu.. Nak pergi pasar pula kena tengok dulu duit dalam dompet cukup ke tak. Eh tak cukup! Kena pergi ATM lagi untuk cucuk duit. Dah sampai rumah nak kena kemas dapur lagi. Yela, mana ada mood nak masak kalau dapur tak setel.
Nak masak kena ada mood, salah mood kang jadi terlebih masin pula lauknya.
Baru je nak goreng, bunyi anak menangis pula. Kena pujuk anak tidur dulu. Eh, dah habis pujuk sorang, yang lain pula meragam. Otak dah macam pecah empat belas sebab ada empat belas benda nak kena fokus pada satu satu masa!
Dah setel semua, baru lah ikan ni selamat masuk di kuali. Eh dah selamat ke? Tak lagi, sepanjang goreng ikan tu ada berbelas belas kejadian lagi yang berlaku tapi saya taknak tulis.
Kenapa?
Saya nak korang tanya sendiri mak dan isteri korang selama ni. Serius, bagi kita orang laki ni nampak 2 ekor ikan je tapi bagi yang alami dan buat semua ni, ni bukan cuma 2 ekor ikan!
Dalam gambar ni ada air mata, kepenatan, kesakitan, gembira, tawa, duka, cinta, setia dan pengorbanan yang tak dapat dilihat oleh mata saya selama ni.
Sungguh, korang rasa lah sendiri buat semua kerja rumah. Seminggu pun jadi lah. Masa tu la korang takkan nampak dah gambar ni cuma gambar 2 ekor ikan je. Korang akan nampak benda lain. Serius tak tipu.
Bukan suami terbaik dunia tapi suami yang nak jadi yang terbaik buat anak dan isterinya
p/s : Tu lah kenapa saya tak komen sangat masakan orang. Kita tak tahu berapa titis air mata, keringat dan pengorbanan fizikal dan jiwa yang ditempuh untuk menghasilkan masakan tu.
Sumber: Taufiq Razif
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520