Bersanding Sendirian Pengantin Lelaki Ni Menangis Tak Mampu Tahan Emosi, Raih Perhatian!

Share

Lazimnya bila kita pergi ke majlis perkahwinan akan ada pasangan mempelai yang duduk di pelaminan, tersenyum manis. Namun lain pula pengalaman tetamu bila menghadiri majlis perkahwinan Muhammad Iqbal, 21 yang berlangsung pada beberapa bulan yang lalu.

Dilihat pengantin duduk bersendirian tanpa ditemani isterinya hingga membuatkan dia tidak dapat menanggung sebak di hati hingga menitiskan air mata di hari bahagianya.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Kisah Muhammad Iqbal, 21, yang juga anggota polis itu  sebenarnya mendapat perhatian selepas isterinya, Nor Syafiqah Rozita Rody, 24, memuat naik rakaman video kenangan ketika majlis persandingan itu di TikTok kelmarin.

Berkongsi kisah sebenar sebagaimana yang dikatakan di dalam laporkan Harian Metro, difahamkan Muhammad Iqbal yang menetap di Batu Caves, memaklumkan majlis persandingan itu sepatutnya diadakan pada 12 Disember tahun lalu namun terpaksa ditunda ke tarikh lain kerana dipanggil melapor diri sebagai anggota polis seterusnya ke pusat latihan.

“Jadi, isteri pilih untuk melangsungkan majlis persandingan pada 29 September lalu sempena ulang tahun pertama perkahwinan kami.

“Dua minggu sebelum majlis, kami bersama-sama pergi mencuba busana pengantin malah semua persiapan sudah dibuat.

“Ditakdirkan, sehari sebelum majlis iaitu pada 28 September, saya bawa isteri ke klinik kesihatan untuk periksa bayi dalam kandungan tetapi doktor dapati isteri lemah akibat alahan teruk kemudian merujuknya ke Hospital Selayang sebelum dimasukkan ke dalam wad,” ceritanya lanjut.

Akur Nasihat Doktor

Menurutnya, dia cuba berunding dengan doktor untuk mendapatkan kebenaran isterinya keluar dari wad.

“Dalam pertemuan itu, doktor nasihatkan saya untuk biarkan isteri terima rawatan di wad.

“Ia kerana doktor khuatir berlaku perkara tidak diingini kepada isteri dan bayi dalam kandungan sekiranya saya berkeras.

“Jadi saya akur dan memikirkan keluarga isteri sudah datang dari Sabah serta tetamu sudah diundang maka saya teruskan juga majlis,” ceritanya lagi.

Tidak Mampu Kawal Emosi

Muhammad Iqbal berkata, hatinya ketika itu sedikit terubat apabila dapat membuat panggilan video dengan isterinya ketika di atas pelamin.

“Saya cuba mengawal emosi tetapi menangis juga akhirnya sewaktu berjalan masuk ke dewan majlis dan berada di atas pelamin. Keluarga saya dan isteri yang cuba tenangkan serta beri sokongan moral.

“Tetamu yang hadir terkejut juga awalnya apabila melihat saya seorang saja hadir namun faham selepas diberitahu perkara sebenar oleh pengacara majlis.

“Apa pun, saya tidak menyalahkan takdir kerana semuanya percaturan Allah. Allah uji kerana kami mampu malah saya yakin ramai lagi berdepan ujian lebih hebat,” katanya dengan tenang.

Berhubung video yang tular pula, Muhammad Iqbal terkejut kerana tidak tahu isterinya muat naik rakaman berkenaan di TikTok pada awalnya.

“Saya sedar apabila terima banyak notifikasi di telefon bimbit.

“Alhamdulillah, setakat yang saya baca semuanya positif cuma ramai persoalkan kenapa tidak teman isteri di wad.

“Hakikatnya, saya tidak boleh ada di wad sepanjang masa kecuali ketika waktu melawat. Apa pun terima kasih atas semua doa yang baik buat saya dan isteri,” katanya.

Sumber : myMetro

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club