Bersalin Mengejut, Guru Ini Kongsi Detik Cemas Rakan Sekerja Melahirkan Bayi Di Sekolah. Ini Tindakan Yang Kena Alert.

Share

Bagi ibu yang sedang menanti saat kehamilan tentu berdebar menanti tempoh itu. Salah satu hal yang membimbangkan adalah ada segelintir ibu bimbang apabila bersalin cara mengejut.

Sudah pasti kenangan tak boleh lupa. Bahkan, ada juga yang akan menjadi ‘bidan terjun’ apabila berada di lokasi yang berdekat. Tentu cemas dibuatnya!

Begitulah detik cemas yang dikongsi oleh seorang guru yang melalui pengalaman yang sama apabila rakan sekerjanya secara mengejut di sekolah.

Kisah itu dipaparkan di facebook milik, Norazura Zikir yang tidak menyangkan akan melalui situasi itu.

Pengalaman berharga n takkan dpat lupa sampai bila2 hari ni buat semua warga SK Rantau Panjang,Masjid Tanah Melaka.

Jadi bidan terjun beramai2 sambut ppm sis bersalin kat kelas prasekolah sis
Sis punya kelam kabut tak boleh nak bincang bila ppm sis bgtau dia rasa macam nak bersalin….trus lari naik pjbat minta kerani call 999.

Tidak sempat ambulan sampai, guru berkenaan telah melahirkan bayi. 

“Sementara tunggu ambulan..ppm sis dah jerit2 tak tahan sakit…lpas tu air ketuban plak dah pecah….memang xbleh tunggu dah ni…dia kata baby nak kluar sangat dah….berlari sis n cikgu lain tanya satu skolah sape bleh sambut baby….sis tak berani.

Mujur ada makcik guard n PT sis yg cool ni tolong…sis dduk sbelah bantu. Memang brdebar bila tgok kpala baby dah keluar…mintak ppm try push Alhamdulillah mudah sgt baby kluar.


Tunggu ambulan n nurse sampai utk potong tali pusat n kluarkn uri…kami mandikan n cuci baby dengan pemantauan nurse..pakai je besen apa yg ada.

Puas pujuk baby kluar kat hospital tp dia nak jgak kt surat branak tulis tempat lahir SK Rantau Panjang☺️…..tak  sabar nak gi skolah…smoga membersar jd ank yang pandai…we love u baby….

ramai mak2 angkat yg sambut dia hehe…cikgu2 lelaki n gbsar pun kalut satu skolah dh mcm bini diorg nk branak hehe….sume x sabar nk tgok baby…Alhamdulillah ustaz iqamahkan baby girl kami ni. Alhamdulillah yg penting bagi kami baby n mummy dia selamat….syukur Ya Allah

Sumber: Norazura Zikir 

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club