Kali ini petua diperolehi daripada perkongsian seorang bibik kepada majikannya tentang apa yang diamalkan sejak dahulu lagi hingga menjadikan tubuh badannya kekal maintain walaupun telah beranak 10. Memang hebat!

Bersalin 10 Kali Tapi Bibik Ni Maintain & Mantap Body! Kita Juga Perlu Cuba Apa Yang Diamalkannya!

Jadi ikuti perkongsian K. Mas ini untuk manfaat bersama.


Jom buat sendiri. Bibik ni ngajarin Kak Mas, 10 anak dah dia. Badan sikit pun x naik, maintain dan mantap. Bila K. Mas pegang kulitnya alahai lembut giler. Jarang sakit. Tak pernah jejak kaki ke klinik. Lagi satu katanya bukan luaran je ok, dalaman turut mantap.

Siasat punya siasat rupanya dia amalkan minuman yang di bancuh sendiri. Teruja pulak nak try amalkan. Nampak tak yg kak mas pegang tu?

Haha agak-agak apakah rasanya?

Psttt…Korang nak tau ke apa ramuan yang bibik amalkan. Mak Kak Mas pesan jangan kedekut ilmu. Makanya, Kak Mas share bibik punya resipi ramuan hebatnya tu sekali. Semoga ilmu amalan bibik ini dapat kita manfaatkan bersama.

Ads

Resipi Jamu Bibik 
bahan-bahan :

Halia (ikut suka)
Sirih 5 – 7 helai
Ubi cekur / kencur 1-3 inci
Kunyit hidup 1-3 inci
Temu kunci
Bawang putih 3-5 ulas
Semestinya air putih untuk blend. Ikut sukalah janji boleh pusing mesin tu. Air itu bergantung nak pekat ke cair hasilnya.

Cara buat :

  1. Blend semua dan tapiskan.
  2.  Masukkan dalam botol dan simpan dalam peti ais.
  3. Masa nak minum tu boleh tambahkan madu atau kurma untuk lebih sedap (ikut citarasa) jangan pulak letak gula putih.

(bibik kata lebih kurang qty x pe.. Janji kena ganjil kiraannya)

Ads

Nota

* Resepi di atas ni boleh dapat 1 botol. Boleh diagih-agih untuk minum beberapa kali dalam 5-6 gelas. Bukannya hanya untuk sekali minum je tau.

*Kunyit hidup yang diguna pun tak banyak mana kalau 1-3″ di minum utk 5-6 kali.

*Semuanya bahan herba semulajadi tanpa tambahan bahan asing. Itu yg penting.

Ads

Waktu sesuai minum

Baca bismillah, selawat.
Pagi masa perut kosong atau malamsebelum tidur.
(try minum 1 kali dulu sehari utk 2 minggu pertama.

**pendapat saya… Dah 2-3 minggu amalkn… Atau rasa badan dah nampak perubahan yg bagus.. Reduce pengambilan mungkin seminggu 3-4 kali utk maintain je.. (pendapat saya lah)

Air putih harus minum lebih sikit ye untuk yang menyusu boleh try small amount. Kalau baby ok.. Boleh up sikit lg. Sebenarnya takda masalah menyusu minum pun. Sebab memang bagus utk yang lepas bersalin juga. Susu jadi lebih banyak. Yang jadi masalah biasanya si ibu tidak minum air putih banyak.

Selamat mencuba

sumber : Kak mas via Resipi Orang Kampung

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI