Tidak dinafikan, cabaran ibu-ibu sepanjang bulan Ramadan pastinya berbeza daripada hari-hari biasa. Maklumlah perlu bangun awal untuk sediakan hidangan bersahur, dan begitu juga perlu pantas menyediakan menu berbuka di waktu petang usai pulang dari kerja. Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan ibu-ibu terasa lesu dan tidak bermaya.
Oleh itu, sebagai satu cara untuk ibu-ibu pastikan tubuh badan kembali bertenaga, ini ada satu resepi simple tapi superpower untuk badan kita. Sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Suhaili Baharudin. Jom semak apa katanya….
Kalau kita baca dari wall FB DrRizal Abu Bakar, beliau selalu tegaskan tentang pemakanan dan cara hidup yang sihat akan membawa kepada kesihatan yang hebat.
Kak Eli dah lama set see first beliau sebab sangat banyak yang kita boleh belajar tentang otak manusia, tidur yang cukup, pemakanan dan vitamin semulajadi.
Lifestyle.Topik menarik yang sangat kena dengan jiwa. Bersikap positif dalam hidup maka tubuh akan menghasilkan zat kimia yang akan mengurangkan rasa cemas. Maka terhasillah konsentrasi dan kejayaan. Begitu. Berceramah pula Kak Eli tiba-tiba.
Limau kasturi boleh jadi energy booster untuk badan kita. Dan beliau bagitahu cara mudah buat air limau kasturi. Setelah Kak Eli cuba selama seminggu, tadaa sungguh luar biasa kesannya pada tubuh. Tak ada lagi rasa lemau, biasanya kalau tengahari mulalah rasa mengantuk dan rasa malas tapi sekarang Kak Eli dah berubah, buat kerja dengan bertenaga dan gembira.
Limau kasturi penuh dengan vitamin C, boleh menjadikan kita awet muda dan mengikis kolestrol jahat dalam badan. Yang paling penting boleh hilangkan kedut pada kulit. Oi mestilah nak. Tipu kalau tak nak.
Jom tengok resepi air energy booster penghilang lesu dari Doktor Rizal (Kak Eli ubah suai sedikit resepi untuk lebih ummphh).
Balik dari kerja waktu petang terus boleh buat segelas. Badan yang lesu akan cergas semula.
Ayuh.
RESIPI MINUMAN BOOSTER TENAGA DAN KECANTIKAN DENGAN VITAMIN C MURAH TETAPI HEBAT.
BAHAN-BAHAN:
Limau kasturi
CARA PENYEDIAAN :
2. Nak lagi sedap, tambah sedikit madu asli. Tak ada pun tak apa. No problem.
3. Masukkan dalam bekas kiub (mold) kemudian simpan dalam peti ais bahagian beku.
Setiap kali kita nak minum, cuma ambil satu kiub dari peti ais dan curah air panas. Pati limau kasturi ini walaupun dah ditapis masih banyak serat di dalamnya. Sangat berkhasiat walaupun hanya satu kiub.
Setiap pagi sebelum subuh Kak Eli akan ambil satu kiub dan curah air panas ke dalam cawan. Biarkan. Siap solat, air tadi dah sedikit suam jadi boleh terus minum. Jangan tambah gula ya.
Aroma kasturi yang memenuhi ruang akan menghidupkan rasa nyaman. Melayan hening subuh rasa sangat bahagia dan tenang.
Boleh ulang secawan lagi waktu tengahari atau malam. Wajib cuba dan kita akan rasa perbezaan pada tubuh. Rasa sangat segar dan energetik, kurang rasa sakit badan.Bak kata doktor Rizal, Sihat itu jihad.
sumber : Suhaili Baharudin