Berpindah ke rumah baharu yang lebih besar dan selesa tentunya suatu saat yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.
Pun begitu, sebelum berpindah biasanya kita perlu lakukan proses pembungkusan barang-barang yang ingin dibawa ke rumah baharu.
Cara paling praktikal masukkan di dalam kotak untuk lebih tersusun dan mudah diangkat. Namun bagaimana pula cara yang perlu dilakukan untuk membawa pokok-pokok yang anda sayang?
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya dan semoga bermanfaat.
Memindahkan pokok tanpa menggunakan pasu? Gunakanlah cara ROOTBALL
Boleh ke?
Pokok tak mati ke?
InsyaAllah tidak. Saya pernah melakukannya. Berpindah rumah, untuk menjimatkan ruang dalam lori pengangkut, saya tinggalkan pasu tapi tidak tinggalkan pokok. Pokok2 yg saya bawa berpindah 4 tahun lepas masih hidup hingga ke hari ini.
Caranya :
1. Cabut pokok dari pasu/tanah.
2. Pangkas dahan pokok untuk memudahkan kerja.
3. Buang tanah dari akar. Pangkas juga akar, tapi jangan terlalu banyak pangkasan. Sederhana sahaja.
4. Sediakan kain guni/cotton yang berbentuk segiempat. Kain pelikat/batik bolehla jugak. Kain tudung Itik atau Lopa tak digalakkan. Bentang kain/guni, isikan tanah yang ringan. Balutkan akar pokok dan tanah menggunakan kain/guni tersebut hingga kemas. Ikat dengan tali. Balutan ini dinamakan ROOTBALL. Jangan lupa siram.
5. Pokok dan rootballnya sedia untuk dipindahkan. Rootball ini mampu bertahan berbulan, malah bertahun, asalkan disiram apabila perlu.
6. Apabila sampai ke destinasi, jika mahu menanam pokok ke dalam pasu, tanggalkan kainnya. Jika tanam pada tanah, tidak perlu tanggal kainnya.
Sumber : Salina Shamsudin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club