Bercakap tentang menyediakan menu Kari Ikan, kalau hendak diikutkan ada beberapa jenis resipi kari yang menjadi kegemaran ramai. Antaranya apabila hidangan kari tersebut dimasak menggunakan santan seperti mana biasa-biasa kita sediakan.

Satu lagi adalah bila kari ikan dimasak menggunakan susu cair tanpa menggunakan santan. Rasa dan tekstur kuahnya juga berbeza. Begitu juga dirasakan paling spesial bila kari ikan dimasak sama seperti di kedai mamak. Walau tanpa menggunakan santan, namun kuahnya cukup pekat dan beraroma menyelerakan.

Apa yang pastinya, nikmat makan kari mamak ini memang bagi sesetengah antara kita akan mampu membangkitkan selera hingga makan bertambah. Namun bab cara dan resipi hendak memasaknya tidak semua pakar untuk membuatnya.

Perkongsian daripada Zara Zahara ini, yang mana mempunyai  pengalaman berkerja di restoran mamak diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu untuk kita mencuba sendiri menyediakan hidangan Kari Ikan yang ummph!

Selamat mencuba.

Kari ikan mamak, tapi hakak tambah santan bagi pekat-pekat berlemak gituuu, request dari tetamu nak makan kari ikan mamak.

Dulu hakak keje kedai mamak masak kari, resepi ni kakak mamak yang perturunkan kat hakak. Resepinya simple ajer tapi rasa memang umphhhh. Siapa-siapa pun boleh buat.

Kari ikan mamak
(kalau nak letak santan pun boleh, tak nak letak santan pun boleh, hakak tekak Melayu, jadi hakak letak santan)

Resepi ni untuk 5 ekor ikan
– Tak kisah ikan jenis apa ye-

Bahan – bahan
5 ekor ikan
santan
3 ulas bawang putih + 1biji bawang besar + halia sebesar ibu jari + 10biji cili hijau kecik = blend kasar
1 ulas bawang putih + 1 biji bawang merah = hiris
daun kari
7 biji cili merah dan hijau kecik di ketuk2
1 sudu besar biji sawi
1 sudu besar cili kisar
sedikit air asam jawa
2 sudu besar rempah kari ikan (hakak guna rempah timbang ori dari india)
1 sudu besar rempah kari daging/ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
1 biji tomato (di belah ye)
bendi
gula + garam + ajinamoto

Langkah – langkah :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih + bawang merah yang dihiris dan biji sawi hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah di blend, kacau hingga pecah minyak. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan rempah kari ikan + rempah kari daging/ayam + serbuk kunyit + daun kari, dan tambahkan sedikit air dan air asam jawa(sebab bila kita masukkan rempah kari, bahan tumisan akan jadi kering, jadi kena tambah sedikit air). Kacau sekali sekala hingga bahan tumisan betul2 pecah minyak.
4. Masukkan santan dan perasakan dengan gula garam ajinamoto, biarkan hingga mendidih dan masukkan ikan.(sekiranya taknak letak santan, cuma tambahkan air sahaja, jangan terlalu banyak air sbb nanti kuah cair)
5. Perasakan lagi sekali hingga secukup rasa, masukkan bendi.
6. Agak agak ikan dah masak, masukkan tomato dan cili yang di ketuk, tutup api dan siap

sumber : Zara Zahara via MAHN