Diakui bukan semua antara kita ada kemahiran dan pakar membaiki peralatan elektrik yang rosak. Lainlah kalau memang ada asas dalam bidang kejuruteraan elektrik, pasti mudah sahaja untuk baiki peralatan rosak yang ada di rumah.
Tapi bagi yang tiada kepakaran, pantang peralatan tersebut tidak berfungsi mesti dibuang sahaja atau tidak pun panggil seseorang untuk membaikinya. Jika kos lebih tinggi, memang wajib beli baru jadinya.
Begitu juga jika kipas angin yang ada di rumah rosak. Memang tak tahu nak buat apa sedangkan menurut perkongsian Azreen Atiq, kipas yang rosak boleh dibaiki dengan mudah dan kebiasaannya kipas rosak disebabkan oleh 3 keadaan. Rugi kiranya jika di buang begitu sahaja.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsiannya.
Kipas Rosak Ada 3 Condition Je
Kipas ni saya dapat free dari rumah customer upgrade wiring..ikut kata dia sudah lebih 4,5 tahun rosak. Bila ganti baru dia suruh kita buang je yang lama ni…benda boleh repair, buat apa nak buang. Kita ‘barai’ je la dulu tengok macam mana..untung-untung boleh guna semula.
Pengalaman saya barai kipas ni, tak kira la kipas siling atas kipas meja atau yang berdiri tu, yang kata rosak ni ada 3 condition je..
Kapasitor rosak
Yang ni paling mudah, tukar je yang baru yang sama saiz farad dia atau yang besar sikit dari nilai asal, contoh yang lama 2uF..boleh la tukar max 2.5uF..kalau tukar besar lagi dia boleh pusing lagi laju, tapi kejap je la blow motor dia sebab terbakar. Biasa tanda-tanda kapasitor rosak ni kipas akan jadi semakin slow. select no 5 pon macam no 1 je, kalau yang tu kita check kapasitor kadang tu tinggal value 0.5uF je..memang tak larat la nk pusingkan motor tu.
thermal fuse blow
Yang ni leceh sikit sebab thermo fuse ni duduk dekat dalam motor, betul-betul dekat body rotor tu..memang kena barai habis untuk tukar baru..function thermal fuse ni dia akan blow bila dah terlebih panas had terima dia.
rotor jam
Yang ni biasanya berpunca dari bearing rosak atau bearing jem. Lama-lama kipas jadi berat dan motor jadi panas, akhirnya thermal fuse blow..kalau kipas berdiri tu lagi leceh sebab banyak yang pakai bush bearing, bila banyak habuk dia jadi kering dan kotor time tu la jadi berat lama-lama tak larat nak pusing.
Macam kipas national yang saya barai ni kapasitor masih ok lagi yang rosak cuma thermal fuse je.
Ads
Dengan bearing dah longgar sikit..tapi sebabkan saya tak ada stok bearing, saya cuci bersih-bersih dalam petrol je, lepas tu layer grease baru, cover bearing tu cungkil guna pisau tajam je. Nanti boleh pasang balik..tapi sebaiknya tukar baru je..saiz bearing 6205Z kalau tak silap..nanti saya check balik, tak jumpa pulak gambar bearing tu.
Dah siap pasang semua kita try la on semula..alhamdulillah masih boleh digunakan lagi
Ekstra tip : Untuk menanggalkan karat yang melekat pada bilah kipas, ianya boleh digosok dengan menggunakan kertas pasir kasar gred 60.
Ads
Setelah itu barulah di spray hitam kilat Mr DIY sahaja. Mula-mula ingat nak ambik mate, tapi mate ni tak licin. Lagi cepat habuk lekat. Spray licin ni lambat sikit habuk lekat.
Lain orang, lain caranya dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Ada yang lebih senang menggunakan produk kecantikan tak kurang juga yang mengamalkan petua-petua tradisional.
Bagi Fatin Lee yang berkongsi di facebooknya, dia memilih untuk mengamalkan mandi ais dan limau sebagai rahsia cantiknya setiap hari.
Katanya amalan ini juga dilakukannya sekian lama untuk memulihkan sakit kepala yang sering dialaminya. Jom intai caranya.
Dah 3 tahun Fatin amalkan mandi ais ni tiap kali sakit kepala atau pun penat dan sakit badan. Memang ‘painkiller’ paling berkesan. Ramai yang tak sedar ais ni banyak kebaikannya untuk kecantikan dan kesihatan. Kalau perasan kat spa pun dah banyak
yang buat terapi ais ni. Jangan tak tau, ia juga menjadi amalan atlet sebagai satu cara pemulihan yang lebih cepat.
Hanya guna 3 bahan dapur, je simple!
Bahan:
Air 1 baldi
Garam Kasar (seeloknya garam bukit)
Ais ketul
Asam limau nipis
Minyak Aromaterapi ( jika ada )
Caranya:
1. Sediakan satu baldi air paip.
2. Masukkan garam, ais ketul, perahan asam limau dan kacau biar ia sebati.
3. Baca Al Fatihah 7x, Bismillah5 7x (boleh cari kat google), Al Ikhlas 7x dan Selawat 3x.
4. Angkat baldi letak dalam bilik air, boleh mula siram dari kaki perlahan lahan naik ke atas dan lebihkan di belakang tengkuk. Kalau nak berendam lagi elok.
5. Dah siap kalau boleh jangan lap air tu. Biar ia kering sendiri kat badan ok.
Selalu fatin buat mandi dan bersabun dulu macam biasa. Dah siap baru lah mandi ais ni. Jom cuba dan rasai nya sendiri di rumah!
In shaa Allah pasti lebih segar dan bertenaga lepas ni.
Ekstra Tip:
– Boleh kuruskan badan
– Menaikkan seri wajah
– Rawatan kecantikan kulit paling berkesan
– Menghasilkan aura positif
– Kuatkan imunisasi & antibodi badan
– Kuatkan tulang
– Menghilangkan bisa & angin dalam badan
Sumber: Fatin Lee
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Resipi Ibu Sambal Kicap ni memang sedap. Cukup enak kalau dinikmati bersama hidangan seperti Bihun Sup, Soto, Tauhu Bergedil, ikan goreng dan sebagainya lagi.
Tapi, tak semua orang pandai nak buat sambal kicap yang sedap, lebih-lebih lagi tahan lama. Jom cuba tip dan resipi yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi ini. Cukup mudah tapi hasilnya letops. Cikgu nak kongsi pula resepi sambal kicap. Cikgu orang Kelantan tulen. Tapi sangat suka sambal kicap ala orang Johor ni. Cikgu suka buat jadi ibu sambal kicap simpan dalam peti. Walaupun semua orang dah tahu buat sambal ini, cikgu tetap nak bagi tips cara buat dan menambahkan kesedapan sambal kicap ini. Nanti mudah nak cicah tauhu begedil, makan dengan soto. Haa nak buat bihun sup ringkas pun cikgu suka ada sambal kicap. Gambar sambal kicap cikgu cicah siakap goreng tu memang mengancam. Ramai kawan fb cikgu terliur. Sebenarnya cikgu tambah cili potong dengan letak bawang je guna sambal kicap sama.
Nampak betul-betul sedap kan? Jadi cikgu nak kongsilah sambal kicap ikut gaya cikgu sendiri.
Resepi Ibu Sambal Kicap Awesome
1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik.
5. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa . Tambahkan juga secubit garam jika perlu.
6. Kisar sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.* *kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
Nak resepi lengkap soto, bihun sup, begedil dan lain-lain boleh tengok dekat wall cikgu okay. Selamat mencuba.
#resepicikguafy
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibadah Korban dilaksanakan adalah sebagai tanda kita bersyukur atas rezeki yang Allah telah kurniakan kepada kita. Maka tidak hairanlah bagi menyatakan rasa syukur, selebriti popular, Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz melaksanakan ibadah korban sempena Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini dengan pemilihan lembu yang terbaik.
Memetik berita yang dikongsikan di Sinar Harian, lebih 20 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan ‘bermandi’ peluh merebahkan lembu sado seberat 1,000 kilogram (kg) milik selebriti, Neelofa untuk dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di sini pada Rabu.
Pada majlis tersebut Noor Neelofa Mohd Noor bersama suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz turut menyumbangkan seekor lagi lembu sado seberat 800kg dari baka yang sama iaitu Charolais untuk diagihkan kepada golongan asnaf.
Selain itu, sebanyak lima ekor lembu baka tempatan turut disumbangkan oleh selebriti berkenaan menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa.
Neelofa berkata, pihaknya menyasarkan 850 orang akan menerima sumbangan daging korban tersebut.
“Daripada jumlah itu, kita akan agihkan kepada 150 anggota JBPM Kelantan dari seluruh negeri,” katanya pada Majlis Korban Perdana JBPM Kelantan dengan kerjasama Pertubuhan Kasih Neelofa.
Menurutnya, selain Kelantan ibadah korban tersebut turut berlangsung di Kedah, Perak dan Selangor.
Katanya, pada tahun ini sebanyak 15 ekor lembu disumbangkan untuk program berkenaan di kawasan terlibat.
Sumber : Sinar Harian
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
Bagi meraikan kebanyakan staf berbangsa Melayu, pasangan pengantin berbangsa Cina sepakat memilih busana pengantin tradisional Melayu untuk majlis perkahwinan mereka.Menerusi perkongsian dari satu akaun...