Berpantang maut sebelum ajal! Seorang lelaki warga Russia ditemukan selamat selepas hanyut selama 67 hari bersama dua mayat di atas sebuah bot di Laut Okhotsk, lapor saluran berita CNN.
Menurut media Russia, RIA Novosti, mangsa bernama Mikhail Pichugin, 46, berjaya diselamatkan. Difahamkan, abangnya, Sergei, 49, dan anak saudaranya, Ilya, 15, telah meninggal dunia sebelum sempat diselamatkan.
Dia berkongsi pengalaman sepanjang dua bulan terapung di samudera sebelum diselamatkan oleh bot nelayan di luar perairan Semenanjung Kamchatka pada Isnin.
Rakaman yang dikeluarkan oleh pendakwa raya Russia menunjukkan mangsa yang memakai jaket keselamatan, terkandas di atas bot pelampung jenis katamaran, dengan bendera merah dinaikkan pada tiang.
“Saya masih hidup kerana kuasa tuhan dan bot digelar Angel (malaikat) jadi penyelamat saya,” katanya sambil tersenyum walaupun masih lemah dan sedang dirawat di sebuah hospital di bandar Magadan, Pichugin pada Rabu.
Pichugin berkata, dia menadah air hujan dan berlindung dengan beg tidur berisi bulu unta.
Ads
“Saya tiada pilihan lain kecuali terus bertahan untuk hidup ketika hanyut di Laut Okhotsk kerana sentiasa teringatkan keluarga di rumah dan jadikan mereka sebagai motivasi,” ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Gabenor Magadan, Tatiana Savchenko berkata, keadaan kesihatannya semakin baik dan mereka akan menguruskan penerbangan pulang Pichugin.
Difahamkan, lelaki tersebut berasal dari Ulan-Ude di Siberia, namun bekerja di Pulau Sakhalin di wilayah Timur Jauh Rusia sebagai pemandu.
Ads
Dia bersama dua ahli keluarganya itu berlayar dari pantai di wilayah Khabarovsk untuk menyeberangi ke Sakhalin pada 9 Ogos lalu, namun tidak tiba di lokasi berkenaan.
Pada mulanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan di sekitar perairan Kamchatka, tetapi tidak menemui sebarang petunjuk lalu ia kemudiannya dihentikan.
Bot hanyut Pichugin ditemui sejauh 1,000 kilometer dari titik permulaannya.
Ads
Menurut isterinya, Pichugin mungkin terselamat kerana faktor berat badannya mencecah 100 kilogram (kg).
Stesen TV Rusia bagaimanapun melaporkan dia kehilangan separuh berat asalnya dalam sepanjang tempoh tersebut.
“Ia sememangnya ajaib kerana bekalan makanan dan air hanya dapat memenuhi keperluan mereka selama dua minggu,” jelas Yekaterina.
Susulan insiden itu, penyiasat pengangkutan telah melancarkan siasatan terhadap kemungkinan berlaku pelanggaran peraturan keselamatan dan jika disabit bersalah Pichugin boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun. – AFP
Sumber: Kosmo & AFP
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Terkini, berita yang amat menyentuh hati dan mengundang rasa pilu ini, apabila dua mayat ditemui di tepi Jalan Impiana 5, Taman Impiana, hari ini.
Seorang wanita dan bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan yang sangat menyedihkan.
Kehilangan nyawa yang begitu tragis ini pasti memberi kesan yang mendalam kepada kita semua, lebih-lebih lagi apabila melibatkan nyawa yang masih begitu muda dan penuh harapan.
Menerusi laporan Berita Harian, mangsa wanita yang dipercayai berkemungkinan meninggal dunia akibat komplikasi bersalin itu dijumpai dalam keadaan sedang memeluk mayat bayi terbabit.
Difahamkan, mayat dipercayai dua beranak itu disedari seorang pejalan kaki kira-kira jam 8 pagi tadi sebelum melaporkannya kepada pihak polis.
Menurut sumber, wanita itu dipercayai adalah seorang warga Indonesia dengan rambutnya diwarnakan serta memakai baju bercorak kotak-kotak, manakala bayi terbabit pula masih bertali pusat.
Difahamkan, hasil pemeriksaan awal mendapati tiada kesan darah atau kecederaan lain pada mayat terbabit, namun siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti sama ada wujud sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, mengesahkan penemuan dua mayat berkenaan tetapi tidak mengulas lanjut.
Beliau berkata, semua butiran lanjut akan dimaklumkan kelak.
Ujian kita berbeza-beza. Namun ujian seorang ibu ini yang sanggup memotong kaki kanannya bagi menyelamatkan kandungannya amat luar biasa.
Melalui perkongsiannya di aplikasi TikTok, seorang ibu, Alin Azreen terpaksa memotong kaki kanannya akibat kanser ketika hamil anak kedua.
Jelasnya, kanser yang dialami itu telah merebak hingga ke tulang dan membuatkan saraf di bahagian kaki rosak serta terpaksa melakukan amputasi.
“Tak sangka lebam bertahun-tahun hingga jadi luka rupanya signal awal kanser. Lebam yang tak sakit tanpa demam dan tak ada tanda-tanda lain,” tulisnya.
Lebih mengharukan bila mana ibu kepada dua anak sempat meluangkan masa bersama anak sulungnya sebelum memotong kaki.
“Sebelum kejadian potong kaki akibat kanser. Waktu ini sedang mengandung 2 bulan dan bergembira dengan anak sulung. Hari ke-5 selepas potong kaki, baru belajar berjalan menggunakan tongkat.
“Waktu ini usia kandungan baru 28 minggu. Bius separuh badan memang terasa kaki ditarik hingga putus dan bayi dalam kandungan bergerak-gerak.
“Genap 37 minggu lahirlah hero kedua secara elektif czer,” luahnya menerusi video pendek itu.
Ibu yang kelihatan cukup ceria dan bersemangat ini juga turut meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana keputusan untuk menyelamatkan kandungan berbanding kaki adalah keputusan yang tepat malah membahagiakan dirinya.
“Alhamdulillah keputusan pilih selamatkan kandungan daripada kaki adalah keputusan yang membahagiakan.
“Tak pernah menyesal. Ujian tanda Allah sayang. Manusia pasti akan diuji oleh Allah SWT atas nikmat yang dikurniakan,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang ayah terkejut apabila menyedari anak perempuanya tidak pulang ke rumah selepas membuang sampah di depan rumah.
Memetik laporan Sinar Harian, gadis berusia 20 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar membuang sampah di depan rumahnya di Taman Temerloh Jaya, Ahad .
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, kehilangan Nurul Aliya Zulkifli yang merupakan eorang gadis orang kurang upaya (OKU) lembam dilaporkan oleh bapanya yang berusia 52 tahun pada Isnin.
Menurutnya, Nurul Aliya keluar untuk membuang sampah di lokasi yang terletak dalam jarak lima meter di depan rumah kira-kira jam 10.15 malam.
Katanya, ayahnya endapati anaknya tiada di hadapan rumah dan telah membuat carian di sekitar kawasan namun tidak menemuinya.
“Kali terakhir gadis itu dilihat memakai baju berwarna putih berbelang biru, berseluar hitam dan selipar.”
Jelasnya lagi, Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan gadis berkenaan memiliki ketinggian 160 sentimeter, berat 45 kilogram dan warna kulit kuning langsat.
Jelas beliau, tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan pihak polis telah menjalankan pencarian sehingga kini namun masih belum ditemui.
Mazlan berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang gadis berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di 09- 2716222.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...