Ibu adalah seorang insan yang sanggup berkorban nyawa untuk melahirkan cahaya matanya. Pengorbanannya juga hingga sanggup buat apa saja demi membesarkan anak yang dikandung.
Begitulah yang dilakukan oleh Zahrah Mohd Jamian,39 bukan sekadar menjadi isteri dan suri rumah malah Zahrah Mohd Jamian turut menggagahkan diri mencari rezeki dengan membuat kek dan menjualnya di kaki lima premis.
Semuanya demi membantu meringankan beban suami untuk menyara keluarga, terutama anak sulung mereka, Nur Zetty Shazlily, 15, yang juga orang kurang upaya (OKU) yang terlantar sejak berumur tiga tahun.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nur Zetty menghidap penyakit jarang jumpa iaitu sindrom Dravet. Kerana terlantar, tulang belakangnya mulai senget dan dia juga diserang sawan setiap hari.
Lahir Normal
Mengimbas kembali punca anaknya jadi begitu, siapa sangka pada awalnya dilahirkan normal namun selepas menerima suntikan pada usia 3 tahun segalanya berubah. Ini sebagaimana memetik perkongsiannya bersama Harian Metro.
“Empat jam selepas terima suntikan, Nur Zetty diserang sawan dan kami bawanya ke hospital untuk pemeriksaan.
“Bagaimanapun, ubat diberi tidak serasi menyebabkan sawannya berulang.
“Sedihnya kerana dia lahir normal malah sempat berjalan dan berlari sehingga berumur tiga tahun. Namun saya reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya ditemui di rumah sewanya dekat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak di sini.
Ads
Menurut Zahrah, sudah 15 kali Nur Zetty dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) berikutan penyakit terbabit.
Keadaan Nur Zetty tetap sama dan itu yang menyebabkan Zahrah serta suaminya berikhtiar untuk melakukan alternatif lain dengan ke pusat rawatan swasta bagi membolehkan Nur Zetty menjalani terapi.
“Tahun lalu, doktor pakar sahkan tulang belakang Nur Zetty bengkok 60 darjah dan anak kami disyorkan untuk menjalani pembedahan pada bahagian itu (tulang belakang).”
“Bagaimanapun, saya dan suami tidak berani ambil risiko kerana ia membabitkan nyawa. Kerana itu kami bawanya menjalani terapi,” katanya.
Perlu Belanja Yang Besar
Menurutnya, mereka juga memerlukan belanja besar untuk Nur Zetty menjalani sesi terapi itu dan kerana itu, mereka terus berusaha mencari dana demi rawatan anak tersayang.
“Doktor memaklumkan mustahil untuk sembuh namun pakar dalam bidang terapi mengatakan masih ada peluang. “Saya pula tidak minta lebih, memadai jika Nur Zetty dapat duduk dan sihat,” katanya.
Ads
Zahrah berkata, buat masa ini, dia hanya mampu mencari dana dengan mengambil tempahan membuat kek dan menjualnya di kaki lima.
Selain menampung kos rawatan Nur Zetty, wang hasil jualan itu juga disimpan untuk kegunaan lima anak yang masih bersekolah.
“Saya berniaga setiap hari di kaki lima premis sekitar Petaling Jaya daripada jam 6 petang hingga 10 malam dengan ditemani anak.”
“Saya tidak berniaga di tempat sama kerana bukan semua kawasan sesuai malah barangan jualan pernah dirampas pihak berkuasa berikutan aduan orang ramai.
“Itu antara cabarannya malah pernah juga tiada kek terjual dan saya sedekahkan ia kepada gelandangan,” katanya yang menghasilkan kek selepas pulang berniaga.
Orang ramai yang mahu membantu boleh menghubungi Zahrah atau Muhammad Zakri di talian 011-19526330.
Sementara itu, Muhammad Zakri berkata, selagi bernyawa, dia dan isteri akan menjaga serta mendapatkan rawatan buat Nur Zetty.
“Mulanya memang susah untuk menerima ujian ini memandangkan ia menimpa anak sulung.
Ads
“Itu belum lagi cemuhan orang lain kerana Nur Zetty OKU. Bagaimanapun, pengalaman mendewasakan dan mengajar saya untuk terima ketentuan Allah SWT dengan lapang dada,” katanya yang memperoleh pendapatan bulanan RM2,500
Melihat biji benih yang disemai beberapa hari sudah menampakkan bercambah dan dari sehari ke sehari menjadi anak pokok yang menghijau, hati pasti berbunga-bunga dirasakan.
Setiap hari disiram dan dibelai hinggalah semakin membesar dan perlu diubah ke dalam pasu atau ke tanah.
Selalunya melakukan tugas memindahkan tanaman, timbul rasa gusar dan bimbang. Lebih-lebih lagi buat beginner dalam bercucuk tanam, maklumlah takut andai tersalah cara boleh menyebabkan pokok semaian layu atau mati.
Jadi sebaiknya kita baca perkongsian daripada wanita ini tentang langkah demi langkah memindahkan tanaman berserta tipsnya sekali.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Cara Untuk Pindahkan Anak Pokok.
Saya share utk beginner yang masih belum berjaya memindahkn anak anak pokok.
Post kali ini terpakai untuk semua jenis anak pokok sama ada anak pokok cili, bendi, terung, bayam, sawi dan lain-lain.
Saya share cara pemindahan anak pokok baby pakchoy supaya lebih jelas. Ramai yang suka tanam pakchoy kan dalam group ni.
*Pemindahan anak pokok perlu dilakukan pada waktu petang ye.
Follow step by step.
Step 1 : Ini anak pokok baby pakchoy yang saya ambil dari tapak semaian. Saya ambil 2 anak pokok yang mempunyai lebih kurang 5 helai daun. Usia anak pokok ini ialah 15 hari dari tarikh disemai. Medium semaian tanah hitam 6 in 1 + sekam bakar
Step 2 : Ada 5 helain daun akar sudah cukup kuat untuk dipindahkan. Anak pokok juga sangat sihat.
Step 3 : Ini media tanah yang saya gunakan, yanag 6 in 1+ sekam + sesudu tinja ayam proses. Gaul rata tinja, tanah dan sekam. Korek lubang 2/4 dari pasu.
Step 4 : Tanam anak pokok ke dalam lubang. Jarakkan dalam 3-5cm.
Step 5 : Siap ditanam letakkan ditempat yang teduh lebih kurang 3-5 hari sebelum diletakkan ditempat panas. Walau pun teduh, cahaya pagi masih boleh tembus. Siram dua kali sehari.
Step 6 : Anak pokok yang siap ditanam. Tanah penuhkan sampai ke atas.Akar biar betul-betul tenggelam.
Step 7 : Selepas seminggu ke sepuluh hari
ditanam, pokok perlu diletakkan di tempat
panas sepenuhnya. Simptom layu hanya
beberapa hari, Iepas tu akan ok semula. Taburkan sedikit baja. Saya syorkan tinja kambing. Selepas dua minggu, boleh tabur baja kopi sesudu. Boleh juga siram tanah dengan mol roti kalau ada.
Cantik, terkenal, punya keluarga bahagia dan suami yang penyayang antara bonus pada pelakon bermata galak ini. Tidak keterlaluan jika ada yang menjadikan Che Ta sebagai sumber inspirasi. Namun bagi empunya diri, segalanya adalah atas ketentuan Yang Maha Pencipta.
“Soal ada yang menjadikan diri saya idola, jujurnya saya terharu namun semua itu berlaku secara kebetulan dan bukan saya rancang. Ia anugerah terindah yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Berbanding orang lain, mungkin rezeki saya lebih ke arah itu dan saya sangat bersyukur.
“Cuma saya bimbang juga kerana bila sudah menjadi idola maka apa jua yang kita lakukan diperhatikan. Tetapi jujurnya saya lebih suka menjadi diri sendiri dan bukan seperti yang orang lain mahukan.
Saya tidak suka berpura-pura. Seperti yang orang lihat saya pada hari ini, itulah diri saya yang sebenar. Sebelum ini saya ibu tunggal dan besarkan anak-anak sendiri dan alhamdulillah kini saya sudah punya keluarga bahagia.
Zain ‘Right Person’ Untuk Saya
Mengakui Zain bukan jenis suami yang romantik sepanjang masa. Tetapi menurut Che Ta, suami kesayangannya itu banyak menunjukkan sifat romantik dengan pada perbuatan dan diselang seli dengan kata-kata.
“Pada saya, Zain adalah ‘Right person’ untuk saya. Soal perbezaan usia tidak menjadi hal kerana walaupun Zain lebih muda tetapi dia jenis ‘family man’ dan tidak suka keluar suka-suka kerana kami berdua tahu tanggung jawab dan status masing-masing.
“Malah, Zain banyak masa di rumah kalau saya ada penggambaran di luar. Kebetulan pejabatnya dekat dengan rumah memudahkan dia menguruskan bab hantar dan ambil Aisyah dari sekolah kalau pemandu tak sempat ambil. Jika ada apa-apa hal di rumah waktu ketiadaan saya, Zain yang tolong ‘cover’ dulu . Aisyah pun dengan ayahnya cukup takut. Kalau diikutkan Zain lebih tegas dalam mendidik berbanding saya.
Berikut beberapa tip bahagia yang dikongsikan oleh Cha Ta:
Zain jenis yang tidak cerewet baik dari pemakanan dan sebagainya.
Kalau bergaduh atau berlaku perselisihan faham cepat-cepat selesaikan kerana tidak suka perbesarkan benda yang remeh.
Jika tidak puas hati tentang sesuatu perkara akan berterus terang kerana tak suka ia memberi kesan yang berpanjangan pada hubungan suami isteri.
Zain bukan jenis yang kuat merajuk. Dibandingkan Che Ta yang suka merajuk dan tukang pujuknya Zain.
Zain suka menghulurkan kata-kata maaf walaupun itu bukan salah dia.
Sumber foto: @blackpepperproduction
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tak ramai anak muda yang sanggup berkorban masa depan semata-mata untuk menjaga ahli keluarga yang ramai dan sakit.
Namun bagi gadis ini, dia lebih memantingkan keluarganya dari masa depan sendiri kerana rasa tanggungjawab yang menebal dalam hatinya.
Menerusi perkongsian video di TikTok yang dimuat naik oleh ibu gadis itu, anaknya yang akan memasuki tingkatan empat mendapat tawaran dari Kolej Vokasional Tanjung Puteri dalam kursus Teknologi Automotif.
“Bila keluar keputusan, barulah dia cakap ‘siapa nak bantu mama dan ayah uruskan Nenek Ani? Siapa nak uruskan adik-adik?’
“Patutlah beriya tak nak masuk kolej,” demikian antara kapsyen yang ditulis si ibu.
Wanita bernama Farisa Karmila itu berkata, dia sendiri terkesima bercampur sebak selepas anak sulungnya, Nur Faieza Farisa Mohd Fariduddin Fawwaz memilih untuk mengutamakan keluarga berbanding perkara yang melibatkan masa depannya.
“Sebenarnya sebelum Along mohon kolej, dia tanya dulu dan saya setuju saja. Selepas menjawab ujian kemasukan kolej, dia kata tak jadi nak masuk tapi tak cakap sebab.
“Kemudian selepas dapat panggilan interview, sekali lagi cakap tak jadi pergi kalau dapat. Saya tanya ‘Along nak kerja ke?’ tapi dia masih tak cakap sebabnya. Bila keluar keputusan pada 17 Mac baru-baru ini, saya tanya lagi sekali.
“Terus dia cakap siapa nak jaga adik-adik dan Nek Ani. Saya rasa sedih bila dengar kata-katanya. Dia pilih untuk utamakan keluarga ketika remaja lain teruja nak capai impian, tapi dia tolak,” ujar wanita berusia 34 tahun ini mengenai anak sulungnya yang digelar Along.
Menurut Farisa yang merupakan ibu kepada lapan cahaya mata, Along merupakan seorang anak yang sangat bertanggungjawab, ringan tulang dan tidak pernah merungut meskipun masa remajanya banyak dihabiskan untuk keluarga.
“Along ada tujuh adik dan sebagai kakak, dia banyak membantu jaga adik-adik. Selain itu, dia juga jaga nenek saudaranya, Nek Ani yang terlantar sakit. Kami menjaga Nek Ani sejak 10 tahun lalu.
“Sebab terbiasa tengok saya dan suami uruskan Nek Ani, dia tak kekok langsung mandikan, bersihkan, bagi makan untuk Nek Ani lebih-lebih lagi bila saya sibuk berniaga makanan.
“Kadang-kadang dia bantu kami berniaga juga. Ada masa dia keluar juga dengan kawan-kawan tapi lebih banyak masanya untuk keluarga,” ujar ibu kepada cahaya mata berusia antara enam bulan hingga 16 tahun ini.
Bagaimanapun ujar Farisa, dia dan suami memujuk anak sulung mereka agar menerima tawaran tersebut demi masa depannya.
“Bahkan Nek Ani pun pujuk dia. Kami kata, urusan di rumah, biarlah mama ayah dan adik-adik yang dah besar uruskan. Akhirnya selepas dipujuk, Along akur untuk terima tawaran itu,” ujarnya yang menetap di PPR Kempas, Johor Bahru.
Farisa menambah, Along akan mendaftar masuk ke kolej berkenaan pada 27 Mac ini.
Tidak menyangka perkongsian kisah Along meraih melebihi 1.2 juta jumlah tontonan, Farisa berkata dia terharu apabila mendapati rata-rata warga maya memberikan komen positif dan sokongan buat anak sulungnya itu.
“Alhamdulillah saya bersyukur dengan komen yang positif. Malah ramai yang mendoakan kejayaan Along. Semoga doa itu semua berbalik kepada mereka juga.
“Saya sekadar kongsi video itu untuk dijadikan kenangan. Dalam masa yang sama, mahu sampaikan mesej positif kepada orang lain. Tak ramai remaja yang sanggup nak jaga orang tua sebab sebenarnya ia tak mudah.
“Mudahan secara tak langsung, menerusi video ini, saya dapat berkongsi nilai-nilai murni dengan orang lain,” akhirinya.
Bulan Ramadan dan Syawal sememangnya membawa seribu satu makna, bukan sahaja sebagai masa untuk mempertingkatkan amalan ibadah, malah sebagai waktu terbaik untuk mempereratkan hubungan...