Pelakon Mona Allen tampil mendedahkan dirinya kini sudah berhijab sepenuhnya selepas bersalin anak pertama hasil perkongsian bersama suaminya, Pekin Ibrahim.
Terdahulu, Mona dan Pekin telah dikurniakan seorang anak lelaki, Petra Pekin pada 31 Ogos tahun lalu.
Menurut Mona, penghijrahan itu berlaku selepas dirinya bernazar sekiranya memiliki cahaya mata pertama tanpa pengetahuan Pekin.
“Saya bernazar nak pakai tudung jika diberikan cahaya mata pertama. Namun, perkara ini langsung tidak diberitahu dan diketahui oleh suami.
“Pekin tidak pernah memaksa saya untuk memakai tudung. Dia pun tak tahu saya bernazar. Dia hanya pesan agar saya tak buat sebarang pengumuman dalam media sosial sekiranya ingin bertudung.
“Bukan apa, dia bimbang sekiranya saya dikecam jika tiba-tiba berubah angin,” katanya.
Sebelum ini, Mona dan Pekin telah mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.
Sumber: Harian Metro