Umumnya bila menyentuh tentang solat jamak, sering kali juga kita terlupa cara-cara untuk melakukannya. Maklumlah solat jamak dan qasar ini jarang-jarang dilakukan melainkan jika kita sekeluarga bermusafir menempuh perjalanan yang jauh. Contohnya pergi bercuti ke luar negara atau paling tidak pun balik kampung di musim cuti sekolah umpamanya.
Sama ada perasan atau tidak, selalunya di hentian R&R Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), kita akan ternampak tatacara, panduan dan cara solat jamak dan qasar di dinding surau yang sengaja dilekatkan untuk dijadikan panduan. Jadi mudahlah kepada kita pengguna lebuh raya untuk mendirikan solat secara jamak dan qasar dengan membacanya terlebih dahulu.
Manakala untuk lebih jelas, dikongsikan cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar yang dipetik daripada perkongsian di laman web Masjid Wilayah Persekutuan
Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar
Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan
Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:-
“Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah”.
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.
Jamak Takdim dan diQasarkan (dipendekkan)
Ads
1. Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu diikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah “Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala”.
Niat untuk sembahyang asar pula ialah “Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah”.
Jamak Takhir dan diQasarkan (dipendekkan)
1. Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:-
“Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar”
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
Ads
Niat untuk sembahyang asar ialah “Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala”.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah “Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla”.
Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-
Jamak takdim dan diqasarkan (dipendekkan)
1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat untuk sembahyang magrib ialah
“Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla”.
Ads
Niat untuk sembahyang isyak ialah
“Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah”.
Jamak takhir dan diqasarkan (dipendekkan)
1. Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir
“Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak”
Niat untuk sembahyang isyak ialah
“Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla”.
Niat untuk sembahyang magrib ialah
“Sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah”.
Untuk akhirnya, semoga dengan perkongsian kali ini dapat memberi info bermanfaat dan semoga perjalanan kita seisi keluarga mendapat keredhaan Allah. Amin…
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Khabar duka dari Kandang Pak Khamis di Kg Banggol Katong, Serada. Semalam dikhabarkan lebih 25 ekor kerbaunya mati secara mengejut.
Tiada bahasa dapat Syukor dan ayahnya Pak Khamis luahkan, cuma linangan air mata dan harapan doa dari orang ramai sahaja yg diharapkan.
Selebihnya berserah kepada Allah SWT, semoga ada sinar baik untuk keluarga ini dalam menghadapi dugaan ini. Demikian yang dikongsikan oleh Dallah Deen Photographymenerusi laman facebooknya semalam. Malah kematian semakin meningkat dan menurut pihak Bernama semalam, sebanyak 36 ekor mati manakala 10 ekor lagi sedang nazak.
“Seekor demi seekor kerbau tumbang. Kini telah 36 ekor mati dan masih ada 10 ekor lagi sedang nazak.” Demikian luahan Khamis Jusoh, 64, iaitu bapa kepada Muhammad Syukur yang terkenal dengan jolokan ‘Kampong Boy’ atau ‘Mowgli Malaysia’ berikutan tular kejadian sejumlah kerbau peliharaan mereka didapati mati sejak Rabu lepas dipercayai akibat hawar berdarah.
Khamis berkata sehingga kini kerugian yang dialami melebihi RM200,000 dan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telahpun mengambil sampel untuk mendapatkan pengesahan punca kematian.
“Punca sebenar kematian hanya akan diketahui selepas dua minggu setelah sampel yang diambil dihantar untuk ujian makmal. JPV nasihatkan kami untuk mengasingkan kerbau yang sihat agar tidak terjangkit,” katanya ketika ditemui pemberita di kandang kerbau Kampung Kubang Bujuk, di sini, hari ini.
Ketika ditanya sama ada terdapat kemungkinan perbuatan khianat dari mana-mana pihak, Khamis berkata beliau menyerahkan perkara itu untuk siasatan polis. Sementara itu, Muhammad Syukur, 15, berkata beliau dan keluarga tetap reda dengan ujian tersebut, malah mereka akan lebih berwaspada bagi memastikan kesihatan haiwan ternakan.
Dugaan besar buat kami sekeluarga… mungkin sekarang musim wabak…kami sekeluarga mengharapkan doa dari semua agar musibah ini segera berakhir… demikian perkongsian Syukor Khamis – Kampong Boymenerusi facebooknya semalam.
Remaja yang sering menjadi pilihan lensa kamera kerana mampu beraksi dengan haiwan itu berkata ia adalah kejadian pertama yang dialami mereka sekeluarga sejak mula menternak kerbau, 50 tahun lalu.
Muhammad Syukur berkata fokus mereka ketika ini ialah mahu menyelamatkan nyawa kerbau yang masih ada dan sekurang-kurangnya beliau masih mampu tersenyum kerana kerbau kesayangan yang diberi nama ‘Semek’ tidak dijangkiti sepertimana yang lain.
“Semuanya Allah punya, kami reda dengan ujian kematian 36 kerbau ini. Namun memang sedih kerana biasanya jumlah yang mati tidak begitu banyak secara serentak.
Antara simptom yang disedari berlaku pada kerbau yang sakit ialah hidung berair, tidak aktif dan najis berdarah.
“Sekarang pun ada beberapa ekor yang kita syaki sedang sakit, minta doa semua agar urusan keluarga kami dipermudahkan Allah.” katanya. Muhammad Syukur mula terkenal apabila gambarnya bersama lebih 100 ekor kerbau menjadi tular di media sosial hingga menjadi juara peringkat Asia selain turut tersenarai 20 gambar terbaik dunia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah, selamat bergelar suami dan isteri selepas dinikahkan semalam.
Pasangan diraja itu dinikah dalam satu istiadat pernikahan yang berlangsung di Masjid Omar Ali Saifuddien.
Radio Televisyen Brunei (RTB) sebelum ini melaporkan istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dan dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, pada 7 Januari lalu.
Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja yang berlangsung semalam (11 Januari), manakala acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja dijadualkan berlangsung di Istana Nurul Iman, pada 14 Januari ini.
Kredit foto: Radio Televisyen Brunei (RTB)Radio Televisyen Brunei (RTB)
Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada 15 Januari diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.
Terdahulu, Mateen ialah anak ke-10 kepada Sultan Hassanal Bolkiah manakala Dayang Anisha Rosnah pula merupakan cucu kepada penasihat khas kepada Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Perkongsian pengalaman dari seorang wanita ini yang telah amalkan masker yang dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan sedia ada di dapur, siapa sangka cukup mengujakan kesan yang dilihat pada kulit wajahnya.
Tak sabar nak tahu rahsianya, jom baca perkongsian tersebut.
Kenapa baru sekarang aku jumpa masker ni..sumpah best gila weh.
Mana tidaknya,lepas pakai masker ni,parut jerawat pudar,jerawat kecut,muka cerah,putih la senang cakap.Bila sentuh pipi,ya allah lembutnya,macam sentuh pipi baby.
Sebelum ni,aku ada terlihat ,sorang budak perempuan berkongsi petua untuk pudarkan parut jerawat dia,aku lihat hasil dari petua dia kongsi tu,boleh tahan juga la,dari muka berparut sampai hilang terus parut dia,licin weh…..
Dalam hati aku cakap,boleh cuba ni,sebab muka aku pun,ada la sikit parut jerawat,mana lah tahu boleh hilangkan jeragat keturunan aku ni sekali.
Dalam post budak tu,dia guna bedak sejuk,tapi kat rumah aku ni ,mana da bedak sejuk,lain la masa aku tinggal dengan mak aku dulu,boleh la ambik yg dia.
Disebabkan perasaan tidak sabar hendak cantik,sapa tak nak cantik,nak raya ni weh,aku hentam tepung pulut je,bedak sejuk pun dari beras juga,cuma cara penghasilan tu lain dari bedak sejuk..
Bahan-bahan
1sudu makan asam jawa.
1 sudu makan tepung pulut/tepung beras
Cara-caranya
1.Bancuh dahulu asam jawa dengan sedikit air,buang biji dia tu,kemudian masukkan tepung pulut,kacau,kalau nampak cair sangat tambah tepung pulut
2.Kalau pekat sangat tambah air.
3. Lepas tu,boleh la sapu dekat muka,sebelum pakai baca bismillah dulu,ketika sapu tu,selawatlah ke atas nabi muhammad s.a.w tiga kali,pahala pun dapat,cantik pun dapat.
4.Bila dah kering,boleh cuci muka,boleh lah anda rasa kelembutan bak kulit bayi tu.
Selamat mencuba.
Sumber :Rubiey Redzuan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.