”Bermula Dari Bawah, Pengorbanan Berbaloi. Part Doa Tu Touching.” Shukri Yahya Pindah Rumah Baru, Luahan Isteri Undang Sebak!

Share

Pelakon Shukri Yahaya dan isterinya Tya Adnan menerusi laman Instagramnya berkongsi berpindah kediaman baru mereka mengundang perhatian ramai.

Memandangkan pelakon Shakira ini sibuk dengan penggambaran, membuatkan Tya mengambil keputusan untuk mengemas rumah baru tanpa bantuan suami tersayang.

Perkongsian tersebut meraih perhatian Dan menerima pujian warganet. Ramai yang menyifatkan isteri kesayangan  Shukri seorang yang berdikari dan ringan tulang.

Menjengah ke Instagramnya, terlihat perkongsian terbaru Tya yang memuatnaik video menunjukkan Shukri sedang unboxing sofa baru yang baru sampai.

Namun di sebalik video itu, Tya juga berkongsi luahan yang menceritakan perjalanan mereka sebelum memiliki rumah sendiri.

“Sebenarnya.. perasaan masuk rumah baru masih tak percaya. Tengok video unboxing sofa pun boleh jadi sebak.

Sebab apa? Sebab tak pernah sangka akan dapat rezeki duduk rumah baru, duduk rumah sendiri. Sebelum ni selalu tengok orang pindah rumah, renovate rumah cantik-cantik. Ya Allah. Sukaa sangat-sangat tengok!

‘Dalam hati selalu cakap
“Bestnyaaa!!”, “Teringinnyaaa..”

“Sambil doa dalam hati
“Ya Allah permudahkanlah urusan rezeki kami sekeluarga Ya Allah. Rezekikan kami rezeki yang mencukupi, rezeki yang tak putus-putus, rezeki yang membahagiakan orang sekeliling kami”

“Hari-hari doa. Hari-hari minta dengan Allah. Kadang-kadang doa sambil bawak kereta, pegang stereng kereta tu pun doa. Tengah makan tetiba teringat, doa. Tengah basuh baju tiba-tiba teringat doa. “Bukan nak kaya raya. Tapi cukuplah sekadar rezeki yang mencukupi, rezeki yang membahagiakan.

“Tup tup Allah bagi rezeki duduk rumah baru. Kalau nak tahu, Tya & Shuk masa mula-mula masuk rumah dalam first week tu, kitorang langsung tak rasa macam duduk rumah sendiri. Rasa macam duduk tah mana-mana. Rasa macam dekat tempat orang. Sampai macamtu perasaan kami 😢
Jelas Tya, setiap hari dia tak putus  berdoa agar dimurahkan rezeki dan sehingga ke hari ini, masih tidak percaya bahawa apa yang sudah dimiliki oleh mereka.

Sumber: tyaadnan


ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri

BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara