Bila anak ada ekzema tentunya membuatkan hati ibu dan ayah tidak tenang apatah lagi bila melihat semakin hari semakin melarat penyakitnya itu. Pelbagai kaedah rawatan dan usaha akan dilakukan untuk memastikan anak kembali sembuh.

Begitu juga halnya yang terjadi pada keluarga ini, terus ikhtiar mengubati penyakit anaknya dan alhamdulillah selelah setahun berusaha, akhirnya sembuh.

Nak tahu apa yang dilakukan, jom semak perkongsian daripada Encik Mohd Yazid Ismail.


Alhamdulillah eczema Saeed dah sembuh selepas lebih setahun menderita. Mula naik eczema masa umur 2 bulan.

Bermacam Cara Dah Buat Untuk Rawat Ekzema Anak, Tapi Gagal. Akhirnya Tekad Guna Kaedah Kawal Pemakanan!

Kami jumpa ramai doktor pakar kulit. Macam-macam ubat dah cuba. Sanggup habis banyak duit untuk Saeed.

Bermacam Cara Dah Buat Untuk Rawat Ekzema Anak, Tapi Gagal. Akhirnya Tekad Guna Kaedah Kawal Pemakanan!

Ads

Gambar ke2 dan ke3 tu masa eczema paling teruk. Berlaku selepas kami ambil keputusan untuk hentikan ubat steroid secara beransur-ansur.

Ubat steroid yang kami dapat dari doktor pakar, mula-mula berkesan untuk buatkan kulit Saeed halus mulus, tapi lama-lama makin kurang effect. Kena tambah kekuatan steroid tu baru berkesan balik. Ubat steroid memang ada banyak level.

Isteri saya Widyana Ali  ada terbaca kisah pengidap eczema dewasa yang dah guna ubat steroid dalam tempoh masa yang lama, hingga steroid paling tinggi. Kemudian doktor cakap eczemanya dah tak boleh sembuh. Tapi dia tak putus asa, dia berhenti steroid dan guna kaedah pemakanan. Alhamdulillah sembuh.

Bermacam Cara Dah Buat Untuk Rawat Ekzema Anak, Tapi Gagal. Akhirnya Tekad Guna Kaedah Kawal Pemakanan!

Bila baca kisah orang sembuh eczema dengan jaga pemakanan, widyana bertekad untuk guna kaedah yang sama. Banyak artikel-artikel pemakanan yang dia baca, sangat banyak.

Ads

Walaupun dia jumpa banyak “mazhab” pemakanan tapi dia fokus dengan satu mazhab. Bacalah sendiri ye di fb dia pasal cara pemakanan yang diamalkan. Widyana banyak share, hampir setiap hari.

Saya tak pandai nak explain detail pasal mazhab pemakanan dia. Tapi yang utama dia dan Saeed jauhi makanan dan minuman bergula, dan banyakkan makan ubi keledek dan pisang.

Ubi keledek kalau nak yang sedap kena beli kat kiosk ubi keledek bakar di AEON. Manis dan juicy. Honey sweet potato, kena cari yang ada perkataan honey, bukan “sweet potato” je.

Pasal pisang pula, walaupun ramai bagitau tak elok untuk penghidap eczema sebab histamin tinggi dan boleh menyebabkan eczema makin teruk, tapi dia kata pisang bagus untuk kuatkan struktur kulit saeed, ni saya tak faham. Memang saya nampak setiap kali bagi pisang, Saeed akan menggaru. Tapi alhamdulillah makin lama makin ok.

Ads

Walaupun sangat mencabar untuk sentiasa jaga pemakanan, tapi dia istiqamah. Berat turun dari 63kg ke 52kg. Hehe.. tiba-tiba dapat capai impian yang dah lama terkubur iaitu nak turun berat jadi macam berat dia masa mula-mula kawin dulu, 52kg. Alhamdulillah berjaya, saya suka.

Sampai sekarang Saeed masih full breastfeed. Jadi apa yang maknya makan, Saeed terima masuk dalam perut.

Bermacam Cara Dah Buat Untuk Rawat Ekzema Anak, Tapi Gagal. Akhirnya Tekad Guna Kaedah Kawal Pemakanan!

Banyak hikmah yang kami dapat dari ujian eczema Saeed. Dapat banyak ilmu dan network. Dulu masa mengandung Saeed, tak begitu jaga pemakanan. Selalu makan ikan keli sangkar, sup yang banyak msg dan chocolate bar. Alasan mengidam. Sekarang dah insaf.

Alhamdulillah ‘alaa kulli haal. Terima kasih Dyana sebab sanggup bersusah payah untuk kebaikan kita sekeluarga

sumber : Mohd Yazid Ismail 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI