“Berlari Dengan Atlet Terbaik Dunia, You’re World Class”. Pecah Rekod Peribadi, Azreen Nabila, Pelari Berhijab Yang Simple, Low Profile & Cool!

Share

Azreen Nabila Yang merupakan pelari pecut negara menamatkan perlumbaan pusingan pertama 100m wanita pada Sukan Olimpik Tokyo di tempat ke-7.

Meskipun tidak berpeluang menjulang medal, namun kelibatnya mencuri tumpuan ramai.

Dalam satu perkongsian, penyanyi terkenal Yuna atau Yunali Zarai menzahirkan rasa bangga dan memuji kemampuan atlet ini untuk meletakkan namanya sebaris dengan atlet terbaik dunia.  Justeru, dia tidak sabar untuk melihat atlet berumur 21 tahun itu mencipta kejayaan suatu hari kelak.

Dalam pada itu, seorang warga maya berkongsi mengenai pencapaian Azreen yang mungkin ramai tidak tahu.

Semalam aku dapat poster pasal athlete kita yang akan bersidang hari ni. Ternampak nama Azreen Nabila Alias untuk acara 100m perempuan.

Jujur aku tak berapa kenal dan follow. So aku buat research sikit.

1. Dia dari Trengganu dan ditemui masa SUKMA.

2. Masih belajar di UPM sekarang dan tengah final exam.

3. Pelari berhijab yang simple, low profile dan cool.

4. Dia ke Olympic dengan wild card. Aku yakin antara program pembangunan KOM atas bakat beliau.

5. Dia buat kejutan dengan kalahkan beberapa nama besar dalam kategori ini di Grand Prix Malaysia sebelum ini.

6. Budak lagi dan kurang pendedahan antarabangsa.

7. Dia adalah Olahragawati Sukma 2018 dan pernah bersama quartet 4×100 di SEA Games baru ni.

8. Timing terbaek dia 11.81s dan rekod 28 tahun kebangsaan adalah dari G.Shanti 11.50s yang di buat di SEA Games KL.

9. Dia di Jepun tanpa coach (M.Balamurugan) dan bersendirian. Pagi ni dalam qualifications round di Japan dia no 2 dengan timing 11.77s, PB.

Adakah Azreen mampu membuat lebih banyak kejutan?
Sekarang pon dia dah buat ramai terkejut.
Jalan terus Azreen!!!!

Sumber: FB Arman Arshad