Azreen Nabila Yang merupakan pelari pecut negara menamatkan perlumbaan pusingan pertama 100m wanita pada Sukan Olimpik Tokyo di tempat ke-7.
Meskipun tidak berpeluang menjulang medal, namun kelibatnya mencuri tumpuan ramai.
Dalam satu perkongsian, penyanyi terkenal Yuna atau Yunali Zarai menzahirkan rasa bangga dan memuji kemampuan atlet ini untuk meletakkan namanya sebaris dengan atlet terbaik dunia. Justeru, dia tidak sabar untuk melihat atlet berumur 21 tahun itu mencipta kejayaan suatu hari kelak.
Dalam pada itu, seorang warga maya berkongsi mengenai pencapaian Azreen yang mungkin ramai tidak tahu.
Semalam aku dapat poster pasal athlete kita yang akan bersidang hari ni. Ternampak nama Azreen Nabila Alias untuk acara 100m perempuan.
Jujur aku tak berapa kenal dan follow. So aku buat research sikit.
1. Dia dari Trengganu dan ditemui masa SUKMA.
2. Masih belajar di UPM sekarang dan tengah final exam.
3. Pelari berhijab yang simple, low profile dan cool.
4. Dia ke Olympic dengan wild card. Aku yakin antara program pembangunan KOM atas bakat beliau.
5. Dia buat kejutan dengan kalahkan beberapa nama besar dalam kategori ini di Grand Prix Malaysia sebelum ini.
6. Budak lagi dan kurang pendedahan antarabangsa.
7. Dia adalah Olahragawati Sukma 2018 dan pernah bersama quartet 4×100 di SEA Games baru ni.
8. Timing terbaek dia 11.81s dan rekod 28 tahun kebangsaan adalah dari G.Shanti 11.50s yang di buat di SEA Games KL.
9. Dia di Jepun tanpa coach (M.Balamurugan) dan bersendirian. Pagi ni dalam qualifications round di Japan dia no 2 dengan timing 11.77s, PB.
Adakah Azreen mampu membuat lebih banyak kejutan?
Sekarang pon dia dah buat ramai terkejut.
Jalan terus Azreen!!!!
Sumber: FB Arman Arshad
“Ada Yang Ingat Sudah Gulung Tikar.” Ezuwan Ismail Jual Makanan Viral Demi Survival, Tak Tinggalkan Kerjaya & Butik
Selepas lapan tahun membina nama dan populariti, pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail turut menerima tempias wabak Covid-19. Bisnes fesyennya sejak dua tahun lalu terpaksa bergelut dek pandemik tersebut.
Terkenal dengan tagline atau tanda pagar tukang jahit termahir Malaysia, dia mengakui pernah ‘terduduk’ seketika dek penangan pandemik.“Pandemik yang muncul tiba tiba tanpa diduga pernah hampir buat saya terduduk dan stres. Bayangkan operasi butik di Taman Dagang, Ampang tak boleh dibuka.
“Jualan baju di atas talian pun tak jalan ketika era pandemik. Tahun lalu masih ada yang nak membeli. Tahun ini lagi ‘sakit’ sebab kuasa membeli tiada walaupun diberi harga promosi.
“Jelas orang tak sanggup habiskan duit untuk tempah baju ‘custom made’ atau beli yang sedia pakai. Majlis kahwin pun tak boleh dibuat. Jadi baju kahwin pun pernah sampai tak ada permintaan langsung,” katanya yang pernah menjadi eksekutif jualan senior di beberapa buah butik jenama mewah sekitar 2010 sebelum bergelar pereka fesyen.
Dek kerana itu, suami kepada Zahie Omar ini ‘terpaksa’ berjinak jinak dengan dunia perniagaan makanan menjual juadah viral di bawah jenama Mok Neko termasuk karipap mini, ketupat, murtabak dan kek coklat.“Mahu atau tak, saya juga seperti pereka fesyen lain dan juga semua orang terpaksa cari alternatif lain untuk survival. Staf seramai sembilan orang di butik, saya tak buang. Tapi mereka dibayar gaji pokok saja.
“Realitinya, kuasa membeli makanan ada. Jualan aneka makanan dijual menjadi dan berterusan hingga sekarang. Yang paling laku keras ialah karipap mini.
“Lucunya apabila saya berniaga makanan ada yang sampai tahap anggap saya sudah gulung tikar sebagai pereka fesyen,” katanya.
Begitu pun, bekas graduan bidang Diploma Seni Fesyen dan Rekaan ini optimis setiap yang terjadi pasti ada penyelesaian.
“Sampai tahap sekarang walau apa terjadi, saya tak pernah terlintas nak tutup butik dan tinggalkan kerjaya pereka fesyen. Itu sudah jadi seperti darah daging dan nyawa saya. Sayang kalau saya mengalah kena fikir positif. Insya-Allah ada jalannya.
“Malah saya menambah cawangan butik yang kedua di negeri kelahiran sejak September tahun lalu. Alhamdulillah sudah setahun lebih beroperasi dan masih ‘survive’.
“Saya beruntung kerana golongan VIP termasuk kerabat Kelantan yang jadi pelanggan tetap. Antaranya isteri Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia (YTM) Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia (YAM) Che Puan Sofie Louise Johansson,” katanya.
Dalam pada itu, Ezuwan mengakui ada ketikanya dia pernah rasa mahu berhijrah dengan keluarga tersayang ke luar negara.
“Kadang kadang fikir kalau segala galanya menjadi semakin teruk termasuk perniagaan butik, saya mahu saja ‘migrate’ ke London dan tinggalkan semua yang ada di sini.
“Saya nak hidup normal di sana. Dapat kerja waktu pejabat pun cukup. Hujung bulan tunggu gaji masuk akaun bank.
“Pernah juga berseloroh dengan Che Ta apabila saya mesej ke telefonnya ajak buka restoran di sana dan jadi rakan kongsi. Kalau jadi, best juga,” katanya.
Mengulas mengenai kontroversi yang pernah melanda dirinya gara-gara mahu terjun ke bidang nyanyian, rupa-rupanya pada 2019, dia pernah muncul dengan projek khas nyanyian bersama E1 Band di samping Zulyasrani dan Ariff Imran.
Dua single, Semalam Sahaja dan Rindu Lebaran menjadi bukti bakat kelahiran Kelantan ini mahu berkongsi bakat yang ada biarpun dikecam hebat. Malah ia juga gagal meninggalkan impak.
Ibarat berlalu sepi, hingga dia kembali fokus sebagai pereka fesyen. Begitu pun, Ezuwan tetap berdegil mahu menyanyi.
“Ikutkan tahun ini saya muncul dengan single raya solo berjudul Lambaian Pagi Syawal ciptaan S Atan dan lirik Kopratasa. Sudah rekod pun 10 Mac lalu.
“Tapi saya rasa kena tunda ke tahun hadapan. Kalau tak dipromosikan di arus perdana dan hanya untuk projek koleksi pakaian rekaan sendiri pun okey saja,” katanya.
Ezuwan optimis dan tidak mahu terus terbeban dengan skeptikal dengan pandangan ramai termasuk ‘haters dan netizen.
“Saya jenis yang tidak cepat mengalah atau ‘tak makan saman’. Kalau nak buat sesuatu, saya akan pastikan bikin sampai jadi. Ada yang cakap saya tak perlulah menyanyi dan fokus saja kerja hakiki.
“Tapi saya peduli apa. Saya mungkin bukan penyanyi hebat yang ada vokal ‘power’.
“Saya tetap nak nyanyi. Cakap dan kecam apa saja, insya-Allah suara saya tidaklah seteruk pengasas jenama produk lain,” katanya lagi.
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Baju Penuh Almari! Yang Tak Pakai Tu Jangan Buang, Ikut Cara Ni. Siap Boleh Dapat Duit
Biasa lah manusia ni, bila dapat benda baru, yang lama takkan dipandang dah! Terutamanya baju la.. Bukan tak nak pakai, tapi baju tu makin lama makin ‘mengecut’. Jadinya tersadailah dalam almari tidak diusik.
Daripada biar je dalam almari tu, nak pakai pun tak tahu pula bila, baiknya lupuskan keluarkan dari bertimbun makin banyak. kalau ikutkan trend sekarang ni, ramai guna medium sosial media untuk jual preloved, tapi tak sempat lah pula! Nak buang, elok lagi bajunya… Rugi pula kan?
Haaa tak payah pening-pening. Ikut je dua cara mudah ni! Terpulanglah anda nak jual atau nak derma bajunya. Boleh ikuti lebih lanjut perkongsian oleh seorang gadis di laman Twitter.
Ada 2 benda korang boleh buat dengan baju baju tu
1. Jual!
Korang boleh pergi ke 2nd Street Bundle Bangsar/ TTDI KL untuk jual baju yang korang dah taknak tu.
Tudung, baju kurung, kids apparel dan baju company tidak diterima disini.
Harga bergantung dengan kondisi baju. Ni I punya hasil untuk 28 helai mix baju & seluar. @2ndStreetMY
2. Donate!
Sejak saya tinggal berdekatan kawasan sini, I decide untuk masukkan lebihan baju tadi dalam donation box di Pusat Inovasi Sepang/ Pusat Recycle Cyberjaya
Donation means korang tak dapat cash in return.
Make sure baju tu semua wearable. Selalunya di area Selangor/KL mudah untuk jumpa donation box ini tau!
Ringkasnya, sebelum membuang pakaian yang sudah tidak digunakan, kita boleh menyalurkan ke platform yang boleh memberikan manfaat dan kebaikan kepada diri sendiri malah untuk orang lain.
JANGAN BUANG BAJU YANG KORANG DAH TAKNAK PAKAI!
Ada 2 benda korang boleh buat dengan baju baju tu 🧵👇🏻 @Twt_Cyberjaya pic.twitter.com/bawY4bS5cb
— Ain 👩🏻💻 (@ainshares) September 19, 2022
Sumber: Twitter @ainshares
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
“Apalah Guna Rumah Bersih Tanpa Riuh Anak.” Deep Perkongsian Ni!
Ketika semua anak-anak masih kecil, memang benar diakui cabaran dan tugas kita sebagai ibu bapa bukan mudah.
Memandangkan setiap seorang anak itu ada ragam dan perangai mereka tersendiri yang perlu dilayan.
Itu belum lagi jika disentuh bab bergaduh berebut mainan, sepahkan rumah dan macam-macam lagi yang dibuat oleh anak-anak hingga membuatkan kita berasa penat berdepan dengan semua situasi tersebut.
Namun percaya atau tidak, yakinlah suatu hari nanti waktu-waktu itu jugalah yang membuatkan kita rindu.
Ini sebagaimana apa yang cuba dikongsikan oleh seorang ayah ini.
Jom baca apa pesanannya untuk kita lebih menghargai detik membesarkan anak-anak sementara mereka masih di depan mata.
Setiap hari, waktu begini hanya saya seorang sahaja yang ada di rumah. Kalau nak kemas rumah, atau nak lihat rumah bersih, inilah waktunya.
Tapi… Apalah gunanya rumah bersih kalau sunyi tanpa riuh rendah anak-anak yang seorang kuat mengusik dan seorang lagi kuat menangis.
Seorang kuat menyepah, seorang lagi kuat makan.
Rumah bersih, rapi dan teratur tapi hati kita sunyi.
Semalam, semasa ceramah keibubapaan, saya sebutkan kepada ibu bapa yang hadir.
Anak-anak menjadi milik kita sehingga usia mereka 12
Anak-anak akan menjadi milik kita sehingga usia mereka 12 tahun sahaja. Selepas itu, sedikit demi sedikit pegangan dan kebergantungan mereka kepada kita akan terlepas.
Masa itu, hanya kenangan masa lalu sahaja yang akan mengisi hari-hari kita.
Kena pula anak perempuan. Selepas terlafaznya sah pada akad nikah, maka hiraki ketaatan ibu bapa telah jatuh ke nombor dua dan tiga. Waktu itu, segala khidmat dan taat akan ditumpahkan kepada sang suami tercinta.
Tinggallah ibu bapa menanggung kesepian
Tinggallah lagi ibu bapa menanggung kesepian di rumah. Anak perempuan yang kita sayangi, yang kita cintai, yang menjadikan ayah sebagai kekasih pertama, perlahan-lahan dibawa pergi. Waktu itu, hanya iringan doa yang dapat dibekalkan. Agar suami yang menjadi khalifah akan mengetuai bahtera sebaiknya.
Waktu anak kecil ini, biarlah mereka lakukan apa sahaja. Conteng dinding, buat sepah, kumbah baju, biarkan. Semua itu boleh dibersihkan.
Kerana, satu hari nanti, hanya kenangan itu yang akan menjadi penghibur hati di saat kita merindui mereka.
Ahhhh. Menitik pula air mata ni. Spoil betullah.
sumber : Abdul Muiez Ruslee
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.