Kegembiraan bakal menimang cahaya mata lagi musnah apabila si isteri mengalami masalah dan dimasukkan ke hospital. Itu kisah terbaru jutawan produk, Dato Sri Aliff Syukri yang mengumumkan isterinya sedang hamil anak kelima mereka.
Menerusi akaun Instagramnya, dia memaklumkan bahawa Datin Shahida telah dikejarkan ke hospital kerana berlaku pendarahan.
“Tolong doakan kandungan isteri saya @shahidadherbs selamat..???Dugaan 2 ramadhan.” Demikian tulis Dato Sri Aliff Syukri di ruangan instagramnya semalam.
Menurut Pengasas produk Terlajak Laris ini, dia sengaja merahsiakan isterinya sedang hamil. Namun siapa sangka berlaku musibah apabila Datin Sri Shahida mengalami pendarahan dan dimasukkan ke hospital.
“Saya sengaja nak rahsiakan Isteri saya tengah pregnant nak buat suprise kat semua….. tapi dugaan mungkin stress dengan keadaan semasa baru2 ni dimana banyak pihak membesar2kan… dan mungkin sebab tu ..berlaku pendarahan yang agak banyak dan mungkin mengalami keguguran.
“Bila scan pula Doktor bagitau baby kembarr.. Ya Allah sayang yaaa .. ada caranya tak nak selamatkan baby dari gugur???..
“Mudahan kedua2 anak saya dalam kandungan selamat.. doakan ya semua sahabat ig dan fb…. mudahan dipermudahkan segala urusan. Doa kalian amat saya hargai,” ungkap Dato Sri Aliff lagi.
Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada Ogos 2007 telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 dan Yusuf Al-Qardawi, 11 bulan. Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.
Rata-rata yang memberi komen mendoakan kesihatan Datin Sri kembali pulih dan kedua-dua anak dalam kandungan selamat.
Tak kurang ada yang berkongsi pengalaman mereka
Sumber: IG aliffsyukriterlajaklaris