Pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak sebagaimana semua ketahui telah mengusahakan perniagaan air minuman dengan berniaga di tepi jalan untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup.
Baru-baru ini melalui perkongsian di media sosial, Amir, 33 tahun atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi memuat naik gambarnya sedang berurusan di kaunter PPZ. Wajahnya tersenyum gembira sebagai tanda syukur atas rezeki yang diperolehinya sepanjang tahun ini melalui perniagaan yang diusahakannya.
Menurutnya, dia bersyukur diatas rezeki yang dikurniakan sepanjang tahun 2022 ini dan berterima kasih kepada mereka yang telah menyokong perniagaan air jagungnya Amirreka HQ dan perniagaan bundle Amirreka Garment – Bundle Diver.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ads
“Tahun 2023 saya doakan agar saya dapat berkongsi rezeki lebih lagi supaya lebih ramai yang dapat manfaat, aamiin in shaa Allah.
“Air jagung in shaa Allah saya akan ‘start’ niaga balik awal 2023 sebab nak selesaikan beberapa hal dan nanti saya akan buka untuk ejen juga, apa-apa saya ‘update’ nanti. “Terima kasih semua,” tulisnya.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata memberikan pujian dan turut meluahkan rasa bangga dengan Amir. Bahkan ramai juga yang terus mendoakan agar Amir berjaya di dalam perniagaan yang diusahakan dan sekali gus dimurahkan rezeki.
Sakit mata kan bila tengok kesan kotoran pada sofa di dalam rumah. Nak-nak lagi kotoran akibat sisa makanan yang ditinggalkan anak-anak. Ada yang minum air, pasti akan tumpah juga walaupun setitis. Betul tak? Tiba-tiba kita perasan, ada kesan tompokan pada sofa.
Dah tak cantik ada tompokan kan? Jadi, anda boleh menghilangkannya dengan cara yang dikongsikan oleh Nurul Wahyu ini. Nak share haritu ada ahli tya mcm mana ye nak hilangkan kesan tompok pada sofa yg color light2. ada ahli kelab ni share kata pakai air panas. so saya dah buat. mmg berkesa. terima kasihh pada yg share Caranya:
Letak air panas dalam mangkuk, kemudian rendam dengan kain bersih. Lap semua permukaan sofa bagi balance. Selepas itu lap dengan kain kering. Akhir sekali, biarkan kering menggunakan hydryer atau bawah kipas. saya pakai kipas jek. mmg berkesan. hilang tompok semua.
Dua buah keluarga ini sememangnya cukup dikagumi akan hubungan baik antara mereka. Biarpun Norman dan Abby Abadi suatu ketika dahulu bergelar suami isteri dan kemudiannya berpisah. Lalu masing-masing bertemu dengan pasangan baru, namun hubungan mereka masih baik.
Bahagianya melihat kemesraan dan kasih sayang antara dua keluarga besar ini. Ke mana sahaja pasti seiringan termasuklah dalam soal anak-anak. Tidak hairanlah ada yang melabelkan mereka sebagai keluarga contoh. Apa tidaknya, banyak aktiviti dan program yang mereka lakukan bersama baik menonton wayang, menyambut kelahiran anak dan keluarga besar ini juga sering bercuti bersama. Gemar aktiviti bersama keluarga
Berpeluang menemubual Memey, isteri kesayangan Norman Hakim ini, akuinya mereka sekeluarga memang gemar mengadakan aktiviti bersama.
“Kami memang kerap buat aktiviti bersama yang melibatkan keluarga besar. Memandangkan anak-anak suka dan gembira apabila ada aktiviti beramai-ramai. Sebab itu, kalau ada peluang, ruang dan masa memang kami akan buat penuhi segala jadual aktiviti, yang biasanya memang akan bersama-sama dan melibatkan famili besar. Bercuti memang wajib dan aktiviti paling disukai semua orang. Kami akan sentiasa plan kerana ini juga pengalaman baru untuk anak-anak. Tetapi untuk lokasi kmi akan pilih yang banyak aktiviti dan mesara untuk anak-anak.
“Waktu PKP memang banyak masa di rumah kerana waktu itu aktiviti diperketatkan. Sekarang sudah longgar barulah kami berani bawa anak-anak pergi bercuti, makan-makan, bawa anak-anak lakukan aktiviti outdoor, lasak. Tetapi kami masih tetap kawal dan #kitajagakita tetap dipraktikkan,” ujar Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi. Hubungan baik bersama Abby
Menyentuh mengenai hubungan baiknya dengan bekas isteri suami, akui Memey dia dan Abby Abadi miliki banyak persamaan. Dek kerana itu mereka boleh duduk bersama dan berbincang banyak perkara termasuk hal anak-anak.
“Persamaan saya dan kak Abby memiliki hobi dan minat yang sama iaitu bercuti. Idea bercuti memang kami kerap plan bersama. Asal anak-anak ada cuti laju je kami akan plan. Tetapi biasanya kami akan plan awal. Contoh 2-3 sebelum pergi bercuti kerana ini membabitkan perbelanjaan, pakaian dan juga lokasi.
“Semua itu melibatkan saya dan Abby untuk diskus bersama. Ini bagi memastikan semua teratur dan berjalan lancar memandangkan ada anak kecil dan membawa keluarga besar. Kami perlukan sistem yang teratur, semua selesa dan ada aktiviti bersama. Ukhuwah dua keluarga
Ditanya cabaran dalam menguruskan keluarga besar terutama untuk bercuti beramai, ramai, jelas Memey itu tidak menjadi masalah buat mereka.
“Soal cabaran tu memang kalau ke mana-mana sahaja pun pasti ada cabaran tak kira sama ada bercuti dan aktiviti lain kan. Apatah lagi kalau mempunyai anak kecil. Cuma dari sudut baiknya saya melihat aktiviti bercuti bersama ini adalah melibatkan ukhuwah dua keluarga. “Pada saya cabaran yang ada itu biasa-biasa sahaja. Saya sendiri jujurnya tidak melihat ia sebagai satu cabaran besar. Saya lebih suka melihat akan keseronokan pada wajah anak-anak. Apabila tengok mereka senyum dan gembira dapat berkumpul dan bersama beramai-ramai rasa puas. “Malah bila berkumpul beramai-ramai ini bukan sekadar berhibur semata-mata. sebaliknya kami dapat berjemaah bersama-sama, mendengar tazkirah. Dalam masa yang sama, kami selitkan aktiviti permainan. Seboleh mungkin aktiviti yang diadakan padat tetapi kami pastikan semuanya seimbang dunia dan akhirat,” ujarnya lagi.
Pengurusan dan sistem teratur
Dalam pada itu, Memey mengakui bila melibatkan anak kecil, mereka memerlukan sistem yang teratur. Kerana itulah pentingnya pengurusan.
“Sebab itu dari awal kena plan. Saya dan kak Abby memang selalu sepakat terutama pengurusan perbelanjaan, tempat semuanya dah buat check list. Supaya nanti tidak kelam kabut dan last minute. Kalau kita back pakers tak kisah last minute tapi bila melibatkan keluarga besar tak boleh. semua kena ada sistem dan pengurusan yang baik.
“Kami jarang mengambil agensi kerana ia melibatkan kos yang besar. Tetapi kami akan ‘sit down’ dan cari alternatif sedaya mungkin apa yang boleh kurangkan perbelanjaan, kami akan buat.
“Apabila melibatkan keluarga besar memang tak boleh lari dari kos yang besar. Tetapi kalau melibatkan pengurusan yang baik akan memudahkan segala urusan, anak-anak pun dapat tempat yang selesa, aktiviti yang okey dan plan yang terbaik,”jelas Memey lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan, itulah pepatah yang boleh diungkapkan dalam kisah ini.
Wanita yang dijaga oleh ibu angkat yang berbangsa cina ‘Laoshi’ terpaksa berpisah. Momen ini bikin sebak.
Kisah Chee Hoi Lan, 84 & Rohana Abdullah, 22 mempunyai keunikan tersendiri. 22 tahun dahulu Rohana ditinggalkan oleh ibunya berusia 2 bulan kerana ibunya pulang ke Indonesia.
Kerana rasa ihsan, Chee Hoi Lan menjaga Rohana seperti anak sendiri. “Saya mengambil tanggungjawab sebagai ibu, saya didik, saya asuh dia seperti mana sepatutnya. Yang membezakan kami adalah budaya dan agama,” katanya.
Walaubagaimana sekali keadaan, Ibu angkatnya itu tetap menghormati budaya dan agama Rohana sekaligus masih mendorong Rohana memperlajari ilmu agama Islam
Mereka terpaksa berpisah pertama kali kerana tuntutan Rohana menimba ilmu di menara gading, ibu angkatnya itu telah banyak memberi pesanan.
“Sentiasalah berkelakuan baik, berakhlak mulia dan menjaga solat.”
Laoshi juga berpesan agar jangan lupa pada keluarga, selalu lah menelefon dia, belajar rajin-rajin dan jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan untuk sambung belajar
Laoshi perlu akur atas perpisahan demi melihat anak angkatnya itu terus berjaya dimasa akan datang.
Walaupun berbeza agama dan bangsa namun kasih sayang seorang ibu tiada penghujung
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...