Berkodi Beli Kain Batik, Ingatkan Tak Berkualiti. Rupanya Mak Ada Masalah Lain!

Share

Semakin hari umur kita semakin bertambah, dan bila semakin berusia itu bermakna tahap kesihatan juga selalunya akan menurun.

Jika dilihat statistik, dianggarkan 1.4 juta rakyat Malaysia mengalami masalah inkontinenss atau lemah kawalan kencing termasuklah 1 daripada 3 wanita berusia 40 tahun ke atas akan mengalaminya.

Tetapi hanya 31% sahaja yang ingin mendapatkan rawatan berbanding lebih ramai seboleh-bolehnya menyembunyikannya daripada pengetahuan orang lain hatta anak sendiri sekali pun tidak tahu keadaan tersebut.

Hal yang sama juga telah dilalui oleh Puan Juriah Jalalus Shuti apabila ibunya Puan Aminah Mohd Munir mengalami masalah tersebut sejak 4 tahun yang lalu.

Ini perkongsiannya

Setiap kali singgah ke rumah mak, saya sekadar nampak emak kerap masuk toilet dan saya sendiri tidak merasakan ada masalah tentang itu. Hinggalah suatu hari sedang berborak dengan mak, tiba-tiba mak bergegas ke bilik air dan belum pun sempat ke bilik air tiba-tiba ibu terkencing di situ.

Ketika itu air muka mak jatuh dan saya masih tidak menggangap ada sesuatu yang serius. Emak bersihkan kawasan tersebut dan saya buat-buat tidak tahu untuk elakkan mak terasa malu.

Apa yang saya perasan, mak selalu mengadu katanya kainnya semua sudah reput, kain dia dah rosak, cepat koyak dan hancur. Jadi setiap kali dia mengadu, saya belikan kain batik yang baru. Dan rungutan ini berkali-kali saya dengar hinggakan saya ambil keputusan untuk terus beli kain batik berkodi-kodi demi untuk mak.

Ini sebabnya

Kain itu rosak bukan sebab tidak berkualiti atau sebagainya TETAPI  disebab direndam dengan air kencing setiap hari, itu penyebab utama kain batik yang dibeli mereput dengan cepatnya.

Selapas 6 bulan melihat keadaan mak dan keadaan rumah yang berbau, barulah saya dan kakak berbincang dan barulah kami sedar bahawa mak sebenarnya ada masalah mengawal kencing.

Kemudian saya ambil maid untuk cuci rumah mak setiap hari, tapi still bila pagi cuci dan petang sayang datang masalah bau masih ada. Saya rayu mak tinggal dengan saya, tapi mak tetap bertegas boleh jaga diri sendiri dan tidak mahu kehadirannya mengganggu kehidupan anak-anak bila duduk sebumbung.

Bila mak dah buat keputusan begitu, jadi  saya datang ke rumah mak setiap  hari untuk  mop lantai dan salinkan kain. Hari-hari berulang alik memang penat dan saya terus merayu mak untuk  tinggal sekali hinggalah setahun usaha memujuk ini saya lakukan.

Bila mak berpindah

Alhamdulillah, mak akhirnya mahu duduk sekali dengan saya. Bila saya berjaya pujuk itu bermakna semua masalah-masalah sebelum ini di rumah mak kini dibawa ke rumah saya pula.

Jadi untuk pastikan rumah tidak berbau dan suami serta anak-anak selesa, saya pastikan akan mop rumah berkali-kali. Kebetulan, pejabat dekat dengan rumah, jadi pagi sebelum kerja saya mop, tengah hari time lunch saya balik untuk mop dan balik kerja sebelum buat benda lain saya mop lagi sekali lantai.

Pun masalah ini tidak selesai sehinggalah saya dan kakak perasan, cara terbaik atasi semua ini adalah dengan memakaikan emak drypers dan bukannya perlu mop lantai sentiasa dan menukar lebih kerap kain batik dan pakaian yang dipakainya. Dan sekarang bila mak dah pakai dryper Tena, masalah semua itu hilang. Bau tak ada dan saya tidak perlu lagi mop lantai setiap hari. Bahkan mak lebih selesa dan kini hidupnya lebih nampak positif bila sudah mahu keluar berjalan-jalan bersama anak dan cucunya.

Semoga perkongsian ini dapat memberi pengetahuan kepada kita  untuk melakukan yang terbaik kepada orang tua bila tiba waktunya nanti.