Semakin hari umur kita semakin bertambah, dan bila semakin berusia itu bermakna tahap kesihatan juga selalunya akan menurun.
Jika dilihat statistik, dianggarkan 1.4 juta rakyat Malaysia mengalami masalah inkontinenss atau lemah kawalan kencing termasuklah 1 daripada 3 wanita berusia 40 tahun ke atas akan mengalaminya.
Tetapi hanya 31% sahaja yang ingin mendapatkan rawatan berbanding lebih ramai seboleh-bolehnya menyembunyikannya daripada pengetahuan orang lain hatta anak sendiri sekali pun tidak tahu keadaan tersebut.
Hal yang sama juga telah dilalui oleh Puan Juriah Jalalus Shuti apabila ibunya Puan Aminah Mohd Munir mengalami masalah tersebut sejak 4 tahun yang lalu.
Ini perkongsiannya
Setiap kali singgah ke rumah mak, saya sekadar nampak emak kerap masuk toilet dan saya sendiri tidak merasakan ada masalah tentang itu. Hinggalah suatu hari sedang berborak dengan mak, tiba-tiba mak bergegas ke bilik air dan belum pun sempat ke bilik air tiba-tiba ibu terkencing di situ.
Ketika itu air muka mak jatuh dan saya masih tidak menggangap ada sesuatu yang serius. Emak bersihkan kawasan tersebut dan saya buat-buat tidak tahu untuk elakkan mak terasa malu.
Ads
Apa yang saya perasan, mak selalu mengadu katanya kainnya semua sudah reput, kain dia dah rosak, cepat koyak dan hancur. Jadi setiap kali dia mengadu, saya belikan kain batik yang baru. Dan rungutan ini berkali-kali saya dengar hinggakan saya ambil keputusan untuk terus beli kain batik berkodi-kodi demi untuk mak.
Ini sebabnya
Kain itu rosak bukan sebab tidak berkualiti atau sebagainya TETAPI disebab direndam dengan air kencing setiap hari, itu penyebab utama kain batik yang dibeli mereput dengan cepatnya.
Ads
Selapas 6 bulan melihat keadaan mak dan keadaan rumah yang berbau, barulah saya dan kakak berbincang dan barulah kami sedar bahawa mak sebenarnya ada masalah mengawal kencing.
Kemudian saya ambil maid untuk cuci rumah mak setiap hari, tapi still bila pagi cuci dan petang sayang datang masalah bau masih ada. Saya rayu mak tinggal dengan saya, tapi mak tetap bertegas boleh jaga diri sendiri dan tidak mahu kehadirannya mengganggu kehidupan anak-anak bila duduk sebumbung.
Bila mak dah buat keputusan begitu, jadi saya datang ke rumah mak setiap hari untuk mop lantai dan salinkan kain. Hari-hari berulang alik memang penat dan saya terus merayu mak untuk tinggal sekali hinggalah setahun usaha memujuk ini saya lakukan.
Ads
Bila mak berpindah
Alhamdulillah, mak akhirnya mahu duduk sekali dengan saya. Bila saya berjaya pujuk itu bermakna semua masalah-masalah sebelum ini di rumah mak kini dibawa ke rumah saya pula.
Jadi untuk pastikan rumah tidak berbau dan suami serta anak-anak selesa, saya pastikan akan mop rumah berkali-kali. Kebetulan, pejabat dekat dengan rumah, jadi pagi sebelum kerja saya mop, tengah hari time lunch saya balik untuk mop dan balik kerja sebelum buat benda lain saya mop lagi sekali lantai.
Pun masalah ini tidak selesai sehinggalah saya dan kakak perasan, cara terbaik atasi semua ini adalah dengan memakaikan emak drypers dan bukannya perlu mop lantai sentiasa dan menukar lebih kerap kain batik dan pakaian yang dipakainya. Dan sekarang bila mak dah pakai dryper Tena, masalah semua itu hilang. Bau tak ada dan saya tidak perlu lagi mop lantai setiap hari. Bahkan mak lebih selesa dan kini hidupnya lebih nampak positif bila sudah mahu keluar berjalan-jalan bersama anak dan cucunya.
Semoga perkongsian ini dapat memberi pengetahuan kepada kita untuk melakukan yang terbaik kepada orang tua bila tiba waktunya nanti.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut untuk hidang seisi keluarga mahupun ketika menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah.
Rasa pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak di samping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja, terutamanya anak-anak. Apa kata sesekali cuba buat puding istimewa ini.
Cara-cara membuatnya tidaklah sesukar mana, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Bahan-Bahan (Puding):
1 tin susu cair jenama IDEAL
1 tin tepung kastard Bird Custard (ikut sukatan tin susu)
4 tin air
Setengah tin gula pasir
Cara Membuat:
1.Larutkan semua bahan didalam kuali.
2.Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.
3.Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.
4.Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.
5.Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.
Bahan-Bahan (Kuah Susu):
2 tin susu cair jenama (IDEAL)
1 tin susu pekat
1tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan)
1/2 tin air
1 tin buah-buahan koktail
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.
2.Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.
3.Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.
Tip ekstra:
Simpan semalam didalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.
Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa yang tidak mengenai Tan Sri Vincent Tan yang merupakan pemilik nama jutawan yang tidak asing lagi pada pendengaran kita.
Beliau merupakan pemilik Thera Sdn Bhd dan Pengerusi Berjaya Group. Majalah Forbes telah menyenaraikan beliau dalam kelab bilionair Malaysia ke-9 dengan aset sebanyak RM4.2 bilion.
Muat naik terkini Chryseis Tan yang merupakan anak sulung kepada Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun menarik perhatian ramai di media sosialnya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
SYUKUR DAH SEPASANGAN
Chryseis memuatnaik video mengumumkan bahawa jantina anak keduanya adalah bayi lelaki. Di samping suami, SM Faliq Nasimuddin, pada usia kandungan 26 minggu Chryseis kelihatan berseri di majls berkenaan.
Bapanya, Tan Sri Vincent Tan dan ibunya serta ibu mertua dan ahli keluarga lain hadir meraikan majlis itu.
Untuk rekod, Chryseis berkahwin dengan pewaris Naza Group Faliq Nasimuddin pada 4 Februari 2018 di The Chetateau Bukit Tinggi Pahang. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arianna Kyla Tan pada 16 Julai 2020.
WARGAMAYA UCAP TAHNIAH
Melihat video dan kapsyen itu, wargamaya menitipkan ucapan bagi pasangan bahagia tersebut.
Sardin antara makanan dalam tin yang menjadi kegemaran ramai.Ia enak dimasak sambal, dijadikan inti sandwich mahupun dimakan begitu sahaja.
Buat penggemar sardin yang sering membelinya memang akan mengeluh ketika ini kerana harga satu tin sardin kian mahal dan tidak berbaloi dengan kuantitinya yang sedikit.
Kalau dah begitu apakata cuba buat sendiri sardin di rumah. Cara ini lebih menjimatkan dan yang penting hidangan sardin bebas daripada bahan pengawet. Memang berbaloi.
Bahan-bahan:
1 kg Ikan Sardin
2-3 labu bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1 inci halia (dihiris)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili kisar
2 keping asam keping
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan Air
Sedikit garam dan perasa
Cara membuat:
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia seketika di dalam periuk tekanan tinggi (presurre cooker)
Masukkan tomato diikuti bahan-bahan sos cili, sos tomato, cili kisar dan tomato puri, kacau sebati.
Masukkan air setengah cawan dan gaul rata.
Tambahkan garam dan perasa.
Masukkan ikan dan tutup periuk. Set high pressure selama 60-90 minit. Masak sardin hingga betul-betul lembut (sampai tulang ikan rapuh).
Info Ekstra:
1. Lepaskan ‘pressure’ perlahan-lahan dan buka penutup.
2. Sekiranya terlalu berkuah, reneh sebentar (tanpa bertutup) untuk memekatkan kuah.
3. Boleh dimakan terus atau dimasak semula mengikut kegemaran.
4. Letakkan dalam bekas kering dan simpan di dalam peti sejuk selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet.
5. Boleh juga mengguna periuk biasa cuma perlu menjaga api (api tidak terlalu besar) dan selalu dikacau supaya ikan tak melekat. Masa memasaknya pun lebih kurang sejam lebih bergantung kepada kuantiti ikan.
Sumber Resipi: Junaidah Bujang
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...