
Menjaga kecantikan bukan sahaja wanita zaman kini sahaja yang bersungguh-sungguh. Malah jika dibandingkan, wanita zaman dulu juga tidak kurang hebatnya.
Rajin mengamalkan pelbagai cara dan kaedah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.
Terbukti kesan amalan tersebut menjadikan wajah wanita dulu-dulu mulus dan berseri.
Antara yang digunakan oleh mereka adalah dengan menggunakan pisang dan susu. Nak tahu bagaimana caranya, jom semak.
•PISANG
Pisang mempunyai kelebihan sebagai pelembap semula jadi untuk kulit muka anda. Hancurkan sebiji pisang dan jadikan masker wajah dan leher.
Biarkan selama 10 hingga 20 minit dan bersihkan dengan air sejuk.
Anda juga boleh campurkan pisang lenyek dengan suku cawan yogurt asli dan dua sudu makan madu untuk hasil yang lebih maksimum.
•SUSU
Manjakan wajah anda dengan susu. Buatlah masker menggunakan suku gelas susu tepung dengan sedikit air hingga campuran menggumpal dan berbentuk pes. Gunakan pada wajah bersih dan biarkan hingga kering. Bersihkan dengan menggunakan air suam. Wajah anda akan kelihatan segar dan muda.
sumber : Hafizah Harun
“Belah Kanan Semua Muka Dr S, Belah Kiri Team Dr H.” Foto Dr Sheikh Muszaphar Bersama Enam Anak Buat Netizen Kagum!

Sebuah keluarga idola yang sentiasa mendapat perhatian warganet Malaysia, sudah tentunya keluarga milik Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 50 dan isteri tercinta, Dr Harlina Mohd Yunos, 41.
Pasangan ini yang berkahwin kira-kira 12 tahun lalu pada 10 Oktober 2010, kini dikurniakan cahayamata seramai 6 orang buat penyeri rumahtangga.
Muat naik gambar terbaru di Instagram miliknya membuatkan ramai pengikutnya kagum melihat keluarga ini.
Gambar angkawasan pertama negara ini bersama enam orang anaknya, 4 lelaki dan dua perempuan berserta kapsyen ringkas penuh makna.
Pantasnya anak membesar!
Doktor bedah ortopedik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menyatakan umur anak-anaknya dan rasa kasih sayang terhadap mereka.
The kids are a handful.
Bella – 11
Tasha – 9
Adam & Noah – 5
Eusoff & Emelia – 15 months
No One is smiling except for Noah . Semua dah kepenatan . Haha …
Good Morning Everyone. Love As Always. PS – Don’t grow too fast kids .
Warganet kagum keluarga idola ini.
Melihat foto keluarga bahagia ini, ramai warganet memuji anak pasangan ini. Bukan calang-calang untuk membesarkan anak-anak yang ramai dengan komitment kerjaya.
Dalam pada itu, ada yang menyatakan wajah anak-anak ada menyerupai pasangan bahagia ini.
Sumber: drsheikhmuszaphar
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Buat Sendiri Perencah Homemade Jika Mahu Nasi Goreng Lebih Sedap & Cepat. 3 Minit Siap, Simple Tapi Wow!

Selain nasi lemak, roti canai dan kuih muih, nasi goreng antara menu sarapan pagi yang cukup digemari. Namun, kadang-kadang agak leceh untuk menyediakannya kerana terpaksa potong lada, bawang dan sebagainya.
Jangan risau, anda dah boleh sediakan nasi goreng dalam masa yang singkat menerusi perkongsian dari puan Pnut Syafinaz di laman facebooknya. Lebih menarik lagi, ibu-ibu hanya mengambil masa lebih kurang 3 minit sahaja untuk masak nasi goreng jika dah siapkan perencah ini.
Selain nasi goreng, perencah atau paste ini juga boleh digunakan untuk menggoreng sayur-sayuran. Nak cuba, jom baca ni!
Paste Nasi Goreng Serbaguna Mak Long
Ni selalu saya buat dua bulan sekali, buat banyak-banyak dan ‘frozenkan’, bila nak goreng nasi, cedok dua atau tiga sudu, bergantung pada kuantiti nasi yang hendak di goreng. Kenapa serbaguna? Sebab perencah ni boleh guna bila-bila masa sahaja untuk goreng sayur ala kampung. Kangkung goreng belacan, kacang panjang, kacang buncis, terung, tapi paling sedap dan ‘win’ kacang botor/botol dan bendi. Tumis balik ni, masukkan sayur kekacang tu je. Tiga minit dah siap.
BAHAN-BAHAN
- 7-8 biji cili merah (buang bijinya)
- 10 15 biji cili padi (ikutlah tahap kepedasan yang disukai)
- 1@2 labu bawang besar
- 10 bjji bawang putih
- Segenggam ikan bilis (rendam kasi lembut, kemudian toskan air)
- Sedikit belacan
Cara Membuatnya:
1. ‘Blend’ semua bahan jangan terlalu lumat sangat dan jangan terlalu banyak air.
2. Tumiskan bahan ‘blend’, sehingga air kering, biasa saya tumis sampai naik minyak, tapi ni mak long buat pukul 10.30 malam, malas nak tunggu dia pecah minyak, pukul berapa nak tidur pulak.
3. Dah kering sejukkan dulu sebelum dibekukan dalam peti ais.
Tip Susun Bahan Dalam Pengisar
Bawah sekali belacan, kemudian bawang-bawang, kemudian cili-cili, atas sekali ikan bilis. Jadi ikan bilis tu tak la dikisar terlalu lumat nanti.
Cara Guna Nak Masak Nanti
Tumis semula bahan ni dengan sedikit minyak, kasi garing sikit, kemudian masuklah ‘haiwan-haiwan’ yang diingini atau pecah telur je. Kemudian masuk nasi.. masaklah macam biasa. Ni kalau nak goreng nasi, bangun pukui 4.45 pagi pun sempat siap hidang sebelum pukul 5 pagi. Dengan syarat nasi dah masak la sebelum tidur.
*saya selalu kalau buat kari atau masak lemak ikan tenggiri, ikan tongkol ke ikan merah ke, ada baki ikan sekeping dua, saya basuh dan goreng balik ikan tu. Kemudian ambik isi ikan hancurkan sikit masukkan dalam nasi goreng. Maka jadilah nasi goreng paling sedap dalam dunia bak kata Alesya.
Tak payah letak sebarang msg, kiub ayam/ikan bilis dah bila goreng nanti, paste ni dah cukup rasa.
Selamat mencuba!
Sumber: Pnut Syafinaz
“Tak Sanggup Tengok Dia Sakit, Makin Lama Makin Teruk.” Luahan Sayu Ayah Pelajar Yang Dulu Aktif Sukan Kini Derita Kanser Tulang.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dahulu dia cukup aktif dalam sukan, namun kini diuji dengan penyakit yang menggerunkan.
Di dalam facebook ada memuat naik kisah perkongsian adik Shafuan.
Berat sungguh ujian untukmu adik. Ya Allah ringankanlah kesakitan yang ditanggungnya. Aamiin..
RAYUAN BANTUAN BUAT ADIK MOHD SHAFUAN NOR AZAHAR
Untuk pengetahuan semua, Shafuan adalah bekas pelajar SMK Undang Jelebu, batch SPM 2016. Beliau seorang pelajar yang baik, ringan tulang, suka membantu guru, aktif, bersahsiah tinggi dan sentiasa mendapat pujian para guru.
Antara pencapaian, jasa dan sumbangan Shafuan sepanjang berada di SMKUJ adalah seperti berikut:
1) Kadet Koreksional
– Johan Kebudayaan sempena Perkhemahan Kadet Koreksional peringkat Kebangsaan pada 2015
– Menyertai Perkhemahan Kadet Koreksional peringkat Negeri dan Kebangsaan pada 2012, 2013, 2014 dan 2015 (Sejak tingkatan 1)
2) Bola Sepak
– Mewakili Jelebu ke peringkat negeri
3) Sepak Takraw
– Mewakili sekolah ke peringkat daerah
4) Bicara berirama
– Mewakili sekolah ke peringkat daerah pada tahun 2013
5) Pengawas sekolah
Kini, dia sedang terlantar sakit dipercayai menghidap KANSER TULANG dan sedang menerima rawatan.
Dia terpaksa disuntik dengan MORFIN setiap 4 jam sekali untuk mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Kos rawatan dianggar mencecah sehingga RM 70 RIBU.
Menurut ayahnya, Shafuan terpaksa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur kerana tak sanggup melihat anaknya itu menderita kesakitan.
Nor Azhar Hussin ,48, berkata, masanya makin singkat dan dia tak boleh tunggu cukup wang untuk membawa anaknya ke hospital.
“Duit masih tak cukup, sepatutnya dia terima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, tapi saya tak sanggup tengok dia sakit.. makin lama makin teruk,” katanya hiba.
Lebih memilukan lagi, ibu Mohd Shafuan lumpuh dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.
“Isteri saya lumpuh di sana.. saya minta anak pertama yang bekerja di Johor cuti untuk menjaga ibunya. Adik ipar juga turut bantu tenggokkan isteri saya.
” Saya juga terpaksa mohon bantuan saudara terdekat untuk bergilir menjaga Mohd Shafuan di hospital.
Mohd Shafuan adalah anak kedua daripada tiga beradik. Adiknya masih bersekolah di tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Undang Jelebu.
Moga Allah memberikan kesembuhan kepadanya dan mengampunkan dosanya sebagai ganti atas segala kesakitan yang ditanggungnya.
Amin.
Selain berdoa, turut dialu-alukan sumbangan berbentuk KEWANGAN.
Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun milik ayahnya, iaitu:
Maybank
Nama: Nor Azhar bin Hussin
No. Akaun: 155069204567
No tel encik azhar: 0196100773
Sumber FB : Ainnorziah Zainudin& gpsbestari