Berkerja Sendiri Pun Masih Mampu Beli Rumah Seawal Usia. Triknya Buat Begini Dengan Guna Akaun Bisnes!

Share

Biasanya perkara pertama yang bank perlukan untuk apa-apa urusan pinjaman mesti antaranya pihak bank mahukan adalah tiga bulan penyata gaji. Tapi, kalau anda bekerja sendiri, bagaimana?

Sebenarnya tiada penyata gaji pun tidak mengapa. Apa yang penting, berapa jumlah wang yang disimpan dan dimana anda simpan wang itu?

Untuk lebih jelas, bolehlah baca perkongsian daripada saudara Saharuddin Yusoff yang berniaga sendiri dan masih mampu untuk membuat loan rumah diusia muda walau tanpa penyata gaji.

Ini perkongsiannya.

Jika saya seorang penjual pisang goreng, apa saya akan buat? 

1.Daftar syarikat enterprise RM70

2.Buka akaun atas nama syarikat yang didaftarkan tadi.

Jika buka di Bank Islam, tak perlu referral standby deposit RM1000, dokumen pendaftaran syarikat dan buat satu cop rasmi syarikat. Lepas akaun berjaya dibuka, RM1000 boleh bawa keluar 100%.

Akaun semasa ni, tak sama dengan akaun simpanan kena tinggal RM1 lah, RM20 lah ada yang RM50 pun ada. Akaun semasa boleh guna hingga baki tinggal RM0.00

3.Masukkan modal bisnes dalam akaun semasa tersebut katakan RM5000

4.Setiap kali nak beli barang keperluan bisnes, pastikan resit simpan dan claim dari akaun bisnes ni.
Contoh modal untuk buka kedai harian RM200, pastikan resit pembelian disimpan dan ada rekod RM200 dikeluarkan dalam akaun bisnes tersebut.

Photo by Dan Burton on Unsplash

5.Hasil jualan harian, masukkan dulu ke dalam akaun bisnes tersebut.
Setkan masa tutup akaun pukul 3petang contohnya supaya sempat pergi ke bank untuk depositkan hasil jualan harian. Untuk hasil jualan selepas pukul 3 petang masuk dalam hasil jualan esok pula.

6.Jika ada pekerja harian, lagi cantik setkan masa pukul berapa untuk bayar gaji secara online ke akaun pekerja tersebut.


Kenapa online transfer? Sebab mudah nak trace transaksi masa nak buat penyata untung rugi bila hujung tahun. Jika pembelian barang keperluan untuk jualan harian boleh bayar secara online lebih mudah kerana boleh rekodkan terus di reference semasa nak lakukan transaksi secara online.

7.Untuk kegunaan tuan punya kedai samada nak guna buat bayar yuran sekolah anak-anak, transfer sahaja dari akaun bisnes dan letakkan reference sebagai “ambilan”.

8.Untuk sebarang kos untuk perniagaan seperti kos isi minyak pergi dan balik semasa buka dan tutup kedai atau membeli barang boleh claim dari akaun bisnes juga.


Kos ini akan dimasukkan ke dalam kos operasi di mana ditolak dari total pendapatan dan keuntungan bersih akan berkurangan.

Senang cerita jika kos operasi masa mula-mula berniaga tinggi, kemungkinan tahun pertama tak dikenakan cukai kerana keuntungan bersihnya yang tidak capai minimum yang dikenakan cukai.

9.Cukup setahun, bank statement download sahaja secara online untuk 12 bulan dan beri pada syarikat akauntan untuk buatkan penyata untung rugi.

10.Declare income tax, kalau tak pandai minta jer akauntan tu buatkan terus lepas siap penyata untung rugi tu. Nanti akauntan akan interview lah berkenaan dengan perkara yang membolehkan dapat pelepasan dan rebate tahun itu.

11.Jika ada dikenakan cukai, bayar terus dan fokus pula untuk akaun bagi tahun berikutnya.
*Resit isi minyak,beli pisang,tepung dan lain-lain simpan dalam satu file. Jika advance siket scan terus upload dalam google drive jika risau hilang entah ke mana nanti.

Ni apa yang akan saya buat, mungkin yang lebih pro lebih details step dan rekodnya.
Jika dah niaga 10 tahun tak pernah buat, mulakan sahaja sekarang.

Mungkin step di atas tu tak berapa tepat, nanti tahun pertama pasti akauntan yang buat penyata untung rugi kita akan nasihat untuk penambahbaikan kewangan bisnes kita.

Untung ke rugi kalau ikut step di atas?

Jika kita mampu beli rumah seawal usia menggunakan akaun bisnes secara loan kenapa nak tunggu dah berumur baru nak beli rumah secara tunai?
Silap-silap masa tu harga rumah pun dah double dari hasil simpanan bisnes kita.
Dah dapat loan awal, jika bisnes untung besar, setel awal loan siap dapat rebate lagi.

Sumber : Saharuddin Yusoff

 

ARTIKEL MENARIK: Susah Sangat Nak Simpan Duit? Wanita Ni Kongsi Cara Menarik Menabung 52 Minggu!

LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club