Nak tahu tak jika berkepit dengan isteri, barulah rezeki sentiasa berkepit dengan kita. Hakikatnya inilah yang harus dicakna dalam sebuah rumahtangga. Aura kasih sayang akan itu akan menjadikan perkahwinan itu berkat, sekali jus mengundang rezeki yang melimpah ruah.
Perkongsian yang sekian lama, namun masih boleh jadikan panduan begitu buat kita. Jom semak catatan suami ini Mohd Fhais yang sungguh inspirasi.
Perkahwinan sepatutnya membuka pintu rezeki seluas-luasnya tapi kerana hubungan suami isteri renggang pintu rezeki menjadi sempit. Mulalah jadi bibit bibit perpisahan apabila banyak musibah berlaku.
Ramai suami isteri berpecah belah kerana dah tak mahu berkepit macam masa mula-mula kahwin dulu. Anak ramai atau tak ramai bukan alasan malu nak berkepit nanti anak-anak pandang.
Menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada banyak kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami.
6 Amalan suami isteri yang ada kebaikan dari segi psikologi dan saintifik :
Ads
?. ?????? ????? ??? ???? ?????? ????? Isteri yang salam, cium dan peluk suami selama 10 saat setiap pagi menghasilkan banyak “hormon endorfin”. Hormon endorfin ini dapat membantu isteri turun berat badan dan mengurangkan keresahan.
Tak perlu ubat atau tahan lapar kalau nak kurus, beri suami sentuh anda dah cukup. Lebih kerap lebih baik, kurus dapat pahala pun dapat..
?. ????? ????? ?????? ????? Isteri yang ada masalah tidur boleh cuba cara ini, kerana tidur di bawah ketiak suami boleh beri anda tidur yang lena dan tenang kerana adanya “Hormon Bau Phero”.
Bukan itu sahaja bau phero suami dapat meredakan stress ada sepanjang hari buat kerja rumah. Cubalah, dapat pahala lagi..!
Ads
?. ?????? ???? ????? ??????? Mandi bersama suami isteri yang sah adalah sunnah dan dapat pahala. Selain dari itu proses mandi yang mesra dan intim dapat mengurangkan stress isteri dan suami.
Bukan sahaja dapat dibersihkan bahagian belakang badan malah dari segi saintifik proses mandi bersama akan membuat jantung lebih sihat.
?. ?????? ????? ?????? ????? ???????? Suami jadi yakin setia bersama isteri apabila pertama kali nampak dia kentut. Suami yakin berkompromi dengan “bencana” apa pun bersama isterinya selepas ini.
Suami isteri merasa lebih bebas melakukan apapun. Kerana hubungan yang sihat dalam keluarga asasnya adalah ketulusan dan kepercayaan.
Ads
Wanita selalu ingin tampil cantik. Lelaki selalu ingin tampil gagah. Satu kentut tidak akan mengubah keadaan itu menjadi sebaliknya.
?. ????? ????? ??? ???? ???? ?????? Ramai suami yang tidak tahu tapi setiap pelukan mesra suami dapat mengeluarkan “hormone oxytocin” ia mampu membuatkan isteri rasa bersemangat dan bertenaga.
Setiap sentuhan suami di pipi, pinggang, peha dan punggung dapat buat isteri kembali bertenaga walaupun setelah seharian bekerja.
?. ????? ????????? ?????? Lalukan solat berjemaah bersama sekerap yang boleh. Kerana satu jaminan yang kita boleh beri pada isteri iaitu kita mahu bawa mereka ke syurga bersama.
Solat berjemaah juga mengeratkan silaturrahim dan buat isteri lebih taat dan setia pada suami yang memimpin mereka ke jalan Allah.
Suami layanlah isteri macam RATU, barulah rezeki yang datang macam RAJA.
Setiap pagi bagi isteri anda ketenangan, kekuatan dan semangat dengan pelukan dan ciuman di pipi mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Solat tahajud adalah solat sunat yang ditunaikan pada malam hari iaitu waktu yang utama sepertiga malam dan waktu yang sangat mustajab untuk berdoa.
Sudah tentu ramai yang ‘berhajat’ untuk bangun malam melakukan solat Tahajud. Namun, sikap fikirkan mengenai bacaan dan cara solat membuatkan hasrat itu tidak menjadi.
Namun, usah jadikan ia alasan menebal dalam diri, ikuti perkongsian ustaz ini mengenai cara solat tahajud yang mudah.
Moga muhasabah diri.
MACAM MANA NAK BUAT SOLAT TAHAJUD
Waktu yang the best sekitar 4.30pagi hinggalah sebelom subuh. Niat di dalam hati “aku melakukan solat sunat tahjud kerana ALLAH” , tak perlu lafadz niat.
Caranya, buat 2 rakaat salam, 2 rakaat salam…berterusan semampunya. Tidak ada limit rakaat , terpulang kpd kemampuan masing2 samada nak buat 2 atau 4, atau 6 atau 8 atau lebih ikut semampunya.
Tidak terkhusus dgn mana2 surah, ikut kemampuan hafalan masing2 dan tidak menjadi masalah jika solat tahjud itu sambil pegang quran kecil atau phone dan membacanya.
Kalau tak mampu baca quran dan surah yg hanya mampu di hafal itu cuma surah Al-Ikhlas , “Qulhuallah hu ahad…” maka silakan baca surah yg sama pada setiap rakaat. Solat tetap sah dan terbaik.
Jadi lamakan sujud & mintak doa pada Allah apa saja yg kita hajatkan. Kata para ulamak kita boleh berdoa dgn bahasa apa yg kita faham. Sah tahajud walaupun kita baca doa dalam bahasa melayu. Berdoa dalam hati saja tau!.
Jangan solat laju2, slow and steady. Yang penting buat setenang2nya. Selangilah setiap 2 rakaat itu dgn istighfar dan mana2 zikir yg kita hafal.
Jika dah buat tahajud maka tutupilah tahajud itu dengan 1 rakaat witir sekiranya witir belom dibuat selepas isyak. Kalau dah witir selepas isyak maka tak perlu lagi buat witir selepas tahajud. SENANGKAN?
Lucu dan buat ramai terhibur, demikianlah yang boleh diungkapkan tatkala melihat video yang tular baru-baru ini
Video yang dikongsikan menerusi tiktok itu memaparkan seorang kanak-kanak perempuan ‘membebel’ di dalam voice note WhatsApp. Dengan loghatnya itu membuatkan ramai terhibur.
Antara lain bebelannya adalah meminta semua untuk tidur dan jangan asyik bermain telefon. Apa yang melucukan, dia sempat meninggalkan pesanan buat mak longnya supaya menyimpan duit beli mainan dan Susu untuknya.
Selain itu, dia menasihati agar tidak bermain TikTok, game PUBG, dan juga jangan asyik tengok emas saja.Cara bebelan tersebut tak ubah seperti mak-mak memarahi anak.
Video tersebut dimuat naik oleh @iliayuni_, kelihatan kanak-kanak itu menghantar beberapa voice note di dalam group WhatsApp keluarganya.
Rumah kemas, memang menjadi idaman semua orang. Apabila rumah dalam tersusun, tentu kita akan berada tenang apabila berada di rumah. Namun nak pastikan rumah sentiasa bersih dan kemas, kita kena didik diri menjadi seorang yang displin termasuk anak-anak. Ia supaya memastikan rumah dalam keadaan kemas.
Untuk itu, nak pastikan rumah kemas ada caranya walaupun ada anak kecil. Sebagaimana perkongsian ini.
Sejujurnya rumah kita bukanlah sentiasa kemas dan teratur 100% perfect seperti dalam gambar yang kita tangkap. Betul tak? Tapi bukanlah disebaliknya rumah macam tongkang pecah lak apa yang saya nak sampaikan di sini ialah mesti ada sahaja aktiviti rutin harian kita bersama keluarga yang melibatkan anak2 kecik. Mustahil kita nak pastikan sentiasa kemas dan teratur kan?
Jadi di sini saya nak share sedikit apa yang saya buat di rumah bersama anak2 even saya masih lakukan homeschooling dengan mereka
1) 1st kita sendiri kena didik anak2 dari kecik(umur yang mereka dah boleh faham) supaya jangan conteng di dinding, tapi lukis atau tulislah di kertas. Bagi kertas pada mereka, belilah kertas atau buku kosong atau lg menarik belikan whiteboard besar. Baru anak2 rasa seronok nak lukis hasil kreativiti mereka. Pesan banyak kali, bila diorang terconteng jangan terus marah. Tapi puji cantiknya adik lukis, tapi kan best lukis kt kertas ni. Nanti mama boleh tampal kertas ni kt dinding banyak2
2) keluarkan mainan yang diperlukan sahaja(untuk ruang selain toys room) dan ajar mereka kemas balik mainan selepas main. Ini penting. Selalu pesan dan ajak mereka kemas sama2. Sebab nanti bila dibiarkan lama2, mereka dh terbiasa main sepah2 last2 dia tahu ada orang yang akan kemaskan. Jadi di sini kita kena didik mereka mainlah sepuasnya tapi yang penting kemas semula
3) ajar anak2 untuk makan duduk dan lapik. Tak kiralah nak makan di mana dan apa, yang penting jangan makan berjalan2 dan lapiklah elok2 sekurang2nya dengan pinggan. Kalau mereka dah terbiasa makan bersepah2 nanti kita juga yang penat kena sentiasa sapu. Jadi proses tarbiyah bermula dari sini, adab makan pun terjaga
4) selalu minta bantuan anak2 untuk sama2 kemas rumah dengan kita. Ini memang susah nak buat. Kadang2 lain disuruh lain dibuat kan tak apa, ajar mereka perlahan2. Nanti lama2 diorang sendiri akan pandai kemas rumah sendiri. Tapi janganlah bagi task yang berat2, cukup ajar mereka susun bantal, letak pinggan kotor dalam sink, lap meja, baju kotor letak dalam bakul dan lain2 *anak lelaki lagi kena ajar buat kerja rumah, nanti dah kahwin senang bini dia
5) Last but not least, tanggungjawab memastikan rumah kemas dan bersih itu adalah tugas penting kita sebagai ibu sebenarnya. Kalau kita pun jenis tak kisah mengemas, anak2 pun akan terikut dengan sikap kita. Macam saya kadang2 hampir setiap hari kena mop rumah. Lagi2 kalau faqih dah keluarkan playdoh dia, dia buat lak track car guna playdoh.. Memang menarik!
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...