Berkelah di Tengah-tengah Airport? – Kelakuan Keluarga ini Raih Perhatian Wargamaya!

Share

Apabila tiba di lapangan terbang, semestinya kita perlu menunggu lama sebelum berlepas bukan? Sudah menjadi perkara biasa untuk sebuah keluarga atau individu untuk menyelesaikan urusan yang perlu termasuklah makan di restoran yang disediakan.

Pun begitu baru-baru ini  tular satu video di Tiktok berkenaan kelakuan sebuah keluarga yang meraih perhatian wargamaya.

Video tersebut dimuat naik oleh pengguna Tiktok dan memaparkan sebuah keluarga sedang menikmati perkelahan di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ramai wargamaya persoalkan mengapa keluarga itu bukan sekadar makan makanan ringan malah siap membawa periuk nasi bersama lauk-pauk ke lapangan terbang tersebut.

Video tersebut mendapat pandangan dan reaksi yang berlainan, positif dan juga negatif.

“Makanan di lapangan terbang adalah mahal tetapi saya tidak akan menikmati masa saya duduk di atas lantai terminal itu. Saya lagi rela makan dari bekalan makanan saya dan duduk di kerusi yang disediakan kerana itu adalah perkara yang patut dilakukan” kata seorang wargamaya di Twitter.

“Rata-rata komen budak yang hidup environment yang selesa. Tak selesa bau makanan and etc. Hahahah. Its okay. Depa takkan faham. Selalu family besaq gini mesti ada elderly yang tak boleh jalan banyak. So susah nak gerak sana sini in the place yg besaq” komen positif dari seorang wargamaya di Twitter.

“Mereka datang bersedia dan dengan niat, berdasarkan bekas makanan yang besar dan tikar yang dibawa. Ia mungkin kelihatan lucu atau disokong oleh orang lain, tetapi ada masa dan tempat yang sesuai untuk melakukannya, ruang tunggu bukanlah tempat yang sesuai. Tidak kira bagaimana mereka mahu membenarkannya” luah seorang lagi wargamaya di Twitter.

Atas sebab apa pun, keluarga ini tidak mendapat sebarang amaran dari pihak KLIA sendiri dan pihak KLIA juga tidak memberi komen tentang hal ini.  Jadi, apakah pendapat para pembaca yang lain? Wajar atau tidak wajar untuk seseorang berkelah di ruangan menunggu terminal lapangan terbang?

Semoga artikel hari ini memberi manfaat dan berguna untuk semua.

Terima Kasih.

 

Sumber: Siti Kasim (@sitikasim di Twitter) 

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!