Berkebun Sayur Di Tingkat 3, Wanita Ni Kongsi Tip Dari Menyemai Hingga Tuai Hasil!

Share

Walaupun menyewa rumah tanpa laman, itu bukan penghalang kepada wanita berusia 22 tahun ini melakukan hobi  bercucuk tanam.

Bahkan setiap sayur yang ditanam hidup subur, walaupun berdepan dengan ruang tanaman yang terhad.  Dan di sini turut dikongsikan tip dan cara yang dipraktikan olehnya.

Ini perkongsiannya.

Tiada tips sangat , saya pun baru saja belajar menanam sayur , umur pun baru 22 tahun , masih kekurangan ilmu.

Tetapi minat yang mendalam dalam pertanian , saya turutkan minat. Mungkin juga mewarisi jejak mak dan bapa yang merupakan petani dan pekebun idola saya.

Jadi , benih ini saya beli di kedai RM2.60 , itu namanya kalau di Sarawak. Disebabkan semua barang – barang yang dijual berharga RM2.60 , terus melekat nama panggilan nya begitu.

Disebabkan tinggal berseorangam di bandar , namun sifat budak kampung tu kuat tertanam dalam diri , saya tunaikan juga minat tu di bandar , saya kumpul semua botol mineral , bekas – bekas makanan , ada juga pasu – pasu kecil berharga RM2.60 .

Kalau bertanya tentang tanah yang saya gunakan , saya korek di belakang bilik sewa saya , kemudian angkut naik tingkat 3 tempat saya menyewa sihat juga turun naik tangga. Tanah tu tanah semulajadi , bukan yang dibeli.

Hari pertama memang digunakan untuk memotong dan melubangkan bekas botol dan container. Tak cukup masa sebab saya bekerja. Lepas tu ambil setengah hari untuk pindahkan anak semaian. Yang ini memang pekerjaan yang berhati – hati , takut akarnya terputus memang tidak akan menjadi.

Selesai memindahkan anak semaian ke bekas baru , terus saya siram. Begitu mudahnya.

Tentang penjagaannya : siram awal pagi dan sebelah petang sewaktu mentari senja masih tersisa. Pencahayaan yang baik memang menggalakkan pertumbuhan daun sayur.

Penggunaan baja , saya baru sahaja tabur semalam untuk yang pertama kalinya. Guna baja organik humus dibeli di kedar MR. DIY je .

Apa yang penting , niat tu mesti ada , kena bagi kasih sayang juga dekat sayuran tu semoga bermanfaat ye..

Sumber : Ayaa Bajai 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club