Keterujaan untuk bercucuk tanam tidak membataskan saudara Azizul untuk memiliki kebun sayurnya sendiri walaupun tinggal di rumah kondo.
Bukan sepasu dua pokok ditanam olehnya malah banyak dan pelbagai, bahkan tanamannya hidup begitu subur.
Berkongsi info cara dan teknik yang dilakukan olehnya di sini, semoga dapat memberi inspirasi kepada anda.
Ini perkongsiannya.
Alhamdulillah.
Salam semua. Saya kongsikan kisah kebun langit aras 34 ini. Mula-mula pindah kesini hanya ingin tanam pokok Alor Vera, kari dan pandan sahaja. Tapi apabila tragedi PKP/MCO tu projek merebak sampai jadi kebun langit terus.
Ads
Saya cuma tanam sayur yang senang untuk di jaga dan sedap untuk di makan. Contohnya Kailan jenis broccoli, pakchoi, bayam Brazil, daun sup da ketumbar. Kangkung, sawi dan bayam merah susah sikit, ia memerlukan ruang besar. Kalau tak sayur jadi kecil dan halus.
Pokok cili ada beberapa pokok dan jenis. Bug putih tu memang selalu menyerang juga walaupun duduk di aras tinggi ni. Tapi saya dah jumpa satu teknik. Saya sembur serai wangi bercampur sedikit cuka kayu.
Kaedah siraman, saya guna air recycle dari penyaman udara. Saya akan bancuh baja hidroponik A+B terus ke dalam tong air tu. Itu yang subur menghijau lain macam.Tak perlu angkut air dari bilik air.
Ads
Rack putih saya beli di Aeon. Rack grey saya beli di shoppe. Ia tahan karat dan untuk outdoor. Ada beberapa jenis sayuran yang memerlukan cahaya direct. Jadi ruang bawah tak berguna sangat kecuali pokok pudina yang santai tak perlu cahaya terang.
Tanaman saya juga ada beberapa yang kurang menjadi contohnya kunyit dan daun kesum. Susah betul nak kembang subur kat atas ni. Begitu juga pokok keladi. Saya akan tetap berusaha.
Ads
Saya akan elak menanam pokok yang akan menghasilkan daun kering. Nanti jiran bawah marah. Biasanya sayur sahaja akan diletakkan ditepi balkoni. Pokok cili, daun kaduk dan kunyit disusun disebelah dalam. Senang nak uruskan daun-daun yang kering. Biasanya sebelum daun kuning saya dah cantas.
Untuk masa akan datang, saya ingin mencuba tanam cekur manis dalam pasu panjang. Hehehe.
Di dalam sesebuah rumah tangga kena ada ‘give and take’. Tidak boleh hanya sebelah pihak melakukannya. Demikian juga dalam bab menguruskan rumah tangga. Banyak hal yang berkaitan keperluan keluarga yang perlu mendapat kerjasama dari kedua belah pihak. Tidak hanya boleh mengharapkan si isteri atau suami sahaja melakukannya.
Mungkin ada yang menganggap perkara sebegini remeh dan boleh dilakukan sendiri. Tetapi percayalah, andai suami isteri bekerjasama dan saling tolong-menolong itu menambahkan lagi keharmonian dalam rumah tangga.
Jangan sampai pasangan menjeruk rasa dek kerana sikap anda begini. Waima hal kecil pun, lama-kelamaan hati yang terguris akan menimbulkan impak yang besar pada hubungan anda. Lagi-lagi bagi isteri yang memendam rasa.
Berbeza dengan lelaki yang sememangnya diketahui tak banyak cakap, tetapi lain pula dengan situasi si isteri. Jika kurang bercakap maka adalah yang tak kena dan suami harus cepat-cepat menyelesaikannya. Kerana diam si isteri bukan saja-saja, pasti ada yang tak kena.
Satu hari isteri minta tolong belikan pampers anak. Sebabnya pampers anak memang dah nazak sangat, tinggal sekeping je tak boleh survive sampai ke malam.
Kisahnya kami biasa beli pampers dengan seorang seller ni, jarang jarang beli di kedai atau shopee. Sekali beli 1-2 kotak terus, tahan lama sikit.
Kebetulan waktu nak beli tu seller tersebut pergi bercuti. Outstation seminggu lebih juga. Nak tak nak terpaksa beli di kedai.
Pada mulanya isteri cakap balik kerja nanti dia belikan. Saya pun ok la, keluar kerja macam biasa.
Tup tup, tepat jam 3 petang dapat meseg di whatsapp.
“Abg kat mana, nanti tolong belikan pampers terlupa, dah sampai rumah baru ingat”
Saya reply ok je.
Sepanjang laluan balik ada berpuluh kedai termasuk shopping mall untuk berhenti beli pampers tapi malas punya pasal saya cakap dalam hati,
“Kedai depan rumah pun ada pampers, beli dekat situ je la”
Terus menonong tekan pedal sampai kedai di rumah. Cari parking, tutup enjin kereta terus masuk kedai.
Tak buang masa dah, terus ke bahagian pampers. Cari punya cari pampers yang selalu beli tu tak ada. Tanya pekerja kat situ,
“Dik pampers macam ni tak ada ke?”,
“Semua pampers ada kat situ”, itu je jawapan dia.
Ah sudah. Tak kan nak pusing balik semata-mata nak cari pampers. Rumah dah dekat ni.
Sekali lagi malas punya pasal saya buat keputusan selamat beli je dulu pampers apa yang ada.
Terus buat screening dari satu rak ke satu rak pampers, akhirnya ambil keputusan pilih pampers yang sama nama.
Baik, masa ni hati rasa lega sebab dapat beli. Mesti semua akan ok.
Sampai je rumah, bawa pampers tu masuk terus letak atas lantai. Saya pun duduk menyandar kat sofa, penat screening tadi.
Isteri pun datang tengok pampers yang di beli. Dengan tidak semena-mena dia naik marah.
“Abg pampers ni aisy tak boleh pakai, kulit dia sensetif”, isteri
“Dah tak ada lain kat kedai, ini je yang ada”, saya
“Abg pergi la beli kedai lain, kesian aisy melecet nanti”, isteri
“Awak pergi la beli”, saya
Dengan tidak semena-mena suasana jadi sepi, bunyi angin kipas pun boleh kedengaran kuat bila tak ada orang bercakap.
Seharian muncung.. sampai ke malam bila tukar pampers aisy, boleh dengar bunyi suara mengeluh. Tapi saya ego, biarlah nanti lama-lama dia ok la tu.
Selang beberapa hari, baru saya dapat tahu kisah sebenar yang berlaku.
Rupa-rupanya isteri dah pergi cari pampers di kedai berhampiran rumah. 3 buah kedai dia pergi semuanya. Oleh sebab tak ada yang sesuai dia tak beli.
Pada asalnya memang dia nak beli di mall tapi dalam perjalanan balik dia terlibat dengan kemalangan kecil. Tak serius cuma calar sedikit kereta.
Disebabkan oleh kemalangan tu dia jadi terlupa langsung tentang pampers ni. Terus menonong balik ke rumah.
Sampai di rumah baru teringat pasal pampers. Teringat suami kat area bandar, terus minta tolong belikan pampers. Dia pun terlupa nak pesan, beli di mall. Mungkin masih terkejut sebab kemalangan tadi.
Balik tu ingat nak cerita la pada suami tentang kemalangan tadi tapi suami pula dah buat dia terasa. Terus potong niat nak berkongsi cerita.
Bila hati dah terguris jangan kata nak mengadu, nak bercakap pun mulut jadi berat.
Muncung sampai ke malam tu bukan sebab pampers salah beli, tapi muncung sebab suami salah adab bila berbicara.
Aduh, pengajaran sungguh!
Mulai dari saat itu saya dah tekad. Walau apa pun keadaan tak kira penat, marah, stress atau kelaparan sekalipun perkara pertama kena jaga ialah adab bicara.
Bukan dengan isteri sahaja, tapi dengan orang lain juga. Usah berbicara ikut sedap mulut tapi berbicara la untuk beri orang sedap mendengar.
Dari mulut bawa ke hati, mulut yang baik akan bina hati yang baik adabnya. Hati yang baik adabnya akan jauh dari rasa buruk sangka dan busuk hati.
Isteri kalau jenis kuat berdikari dan jarang mengadu apa-apa dengan suami tu baik periksa adab berbicara korang ada kemungkinan isteri tu termakan hati. Diam bukan tanda setuju sahaja, tapi diam juga tanda sakit hati.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais Kita semua perlukan hati yang bersih untuk rasa gembira dan rasa di sayangi.
p/s : Jika korang nak banyak lagi tips dan info kekeluargan seperti ini, ada banyak dalam channel telegram saya. Percuma dan mudah hadam. Klik sini 👉 t.me/CoretanFhais
Rumah tangga mana yang tidak bergelora, pasti akan tercuit juga dan perselisihan faham antara suami isteri adalah perkara biasa. bak kata pepatah itulah asam garam dalam rumah tangga.
Baru-baru ini pelakon dan usahawan Ifa Raziah memuat naik satu gambar bersama suami sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-15. Perkongsian yang cukup menyentuh hati sambil mengungkapkan kata-kata yang cukup bermakna buat suami tersayang.
Syukur Alhamdulillah harini genap 15 tahun ANNIVERSARY Perkahwinan kami berdua 24hb April 2019 .. ❤️ Bermcm2 dugaan yg kami tempuhi sepanjang 15 tahun ini susah senang .. pahit manis .. Bergaduh dan Bermanja .. Menangis Ketawa .. Itulah Gelombang Rumah Tangga selama 15 tahun bersama.. Syukur Alhamdulillah menjadi Suamiku yg paling SETIA .. paling JUJUR dan AMANAH..tidak ada lagi manusia lain didunia ini sebaik Suamiku MOHD YANI BIN ABDUL RAHMAN.. ?
Lelaki yg membawaku ke Jalan yg di REDHAI ALLAH SWT.. ? Lelaki ini yg byk mengajarku erti KEBAIKAN dan KESABARAN .. ❤️ Lelaki ini yg sanggup menerimaku SEADANYA .. BAIK & BURUKku .. ❤️ Lelaki ini yg sentiasa menghargai & melayan diriku seperti PERMAISURI ❤️ Terima Kasih buat Ibu Mertuaku yg melahirkan suamiku utk menjaga diriku dan anak2 ku sehingga ke Jannah .. ❤️
Apa yg aku perlukan dr suamiku hanyalah KASIH SAYANG & CINTA ABADI sehingga ke JANNAH❤️ Aamin Ya Rabbal Alamin ?
Berpagi-pagi dengan menikmati secawan teh tarik sambil menghirup udara segar di laman rumah tentu sesuatu yang cukup indah untuk dilakukan di musim PKP ini.
Untuk memastikan teh tarik yang dihidangkan enak dan kaw rasanya, jom ketahui cara dan teknik penyediaanya sepertimana yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi ini.
Lihat sahaja gambar yang dikongsikan ini, nyata sudah cukup dapat dibayangkan betapa enak rasanya.
Teh Pakistan Mashyur tumpang lalu ni. Nampak sedap yakmat tak? Sesuai buat hidangan minum petang. Tengoklah gambar sampai habis. Ramai sungguh peminatnya sejak cikgu kongsi dekat laman sendiri.
Nama Pakistan tu cikgu letak sebab resepi ini dari tauke karpet Pakistan sendiri, tempat adik bekerja dulu.
Langsung tak sama dengan teh tarik biasa sebab ada teknik penyediaan tersendiri.
Ada cikgu pecahkan rahsianya.
Baca sampai habis tanpa tinggal satu pun langkah cikgu bagitahu.
Bahan-bahan :
Rahsia pertama teh ini sedap sebab cikgu
guna teh wangi.
7 uncang teh wangi ros : koyakkan
setiap uncang.kalau kat Kelantan cikgu akan guna teh timbang wangi je)
Air satu jug kecil (lebih kurang 1 liter)
50 ml susu segar (tiada dalam gambar)
*nak sedap guna susu full cream
goodday*
Susu 1/5 tin (tambah @kurangkan ikut
kuantiti air)
– Untuk melemakkan rasa teh & memberi kelainan rasa, tambah secubit dua garam
Rahsia seterusnya:
Teh tadi perlu dididihkan atas dapur. Ada
perbezaan ya kacau dengan air panas
biasa.
Masukkan kesemua bahan tadi dalam periuk. Panaskan dalam api perlahan. Masak sehingga teh bertukar warna dan kembang.
Kacau sesekali. *boleh adjust rasa susunya*
Turup api selepas teh betul-betul mendidih @ cikgu besarkan sekejap api lalu terus ditutup.
Cikgu suka guna tapis dengan penapis teh kain.
Rahsia penting seterusnya, tarik air teh yang ditapis tadi sampai berbuih.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...