Berkat Tunggu Zuriat 6 Tahun, ‘Abang Axia’ Syukur Dapat Rezeki Berganda Dua Anak Sekali Gus!

Share

Dah lumrah, bila tular sesuatu isu di negara kita ni, ada juga lah berita seakan demikian sama naik tularnya tapi yang penting memberi imput yang positif bagi yang menontonnya.

Misalnya sekarang tengah hangat dibual isu poligami dan zuriat, sana sini tak habis-habis geram dengan abang Tesla kononnya. Nak-nak lagi si isteri, walaupun tak terbabit turut beri amaran kepada suami supaya tidak berperangai sebegitu.

Lain pula dengan perkongsian satu ini yang turut tular di sosial media tentang satu video dikongsi seorang pengguna Tiktok bernama Adam Harith yang memaparkan perjalanan hidup bersama isteri tercintanya.

Mereka berkawan begitu lama sejak di bangku sekolah lagi iaitu selama 17 tahun sehinggalah mereka bergelar suami isteri.

Namun, perjalanan kehidupan rumah tangga mereka bukan mudah kerana kedua-duanya perlu menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ) kerana tuntutan kerja.

Bercakap kepada mStar, Inspektor Mohd Ruzaimi Adam, 33, mengakui dia dan isteri lama hidup berdua selepas bernikah pada 2016.

Kenal Sejak Tahun 2006

Dia yang mengenali isterinya ketika sama-sama belajar di Sekolah Menengah Belara di Manir, Kuala Terengganu, Terengganu pada 2006 bagaimanapun menganggapnya sebagai cabaran rumah tangga mereka.

“Video yang saya kongsikan itu untuk menceritakan tentang perjalanan hidup kami suami isteri yang belum ada anak lagi masa tu. Masa mula-mula kahwin pun beli kereta Axia je.

“Walaupun belum dikurniakan zuriat, kita jangan putus asa. Jangan ambil jalan singkat untuk kahwin lain kerana anak adalah rezeki daripada Allah, Dia yang menentukan pada bila-bila masa,” katanya memetik laporan Mstar.

Ruzaimi tidak mahu mensia-siakan masanya lantas membuat keputusan untuk menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Penguatkuasaan Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor.

“Tentu sedih apabila kami masih belum dikurniakan zuriat selepas bertahun-tahun kahwin. Ada saudara-mara yang baru kahwin pun ada yang hamil dan dapat anak.

“Memang mencabar juga terutama setiap kali nak balik kampung beraya, saudara-mara tanya bila lagi, bila lagi. Tapi kami anggap masih belum ada rezeki.

“Saya pula menggembirakan diri dengan cara sambung Master, fokus pada belajar dan keluarga. Itu adalah keutamaan saya ketika itu,” ujarnya yang berasal dari Kuala Terengganu.

6 Tahun Menanti Zuriat, Diserikan Dengan Rezeki Anak Kembar

Mengulas lanjut, Ruzaimi dan isteri pergi berjumpa dengan pakar dan mendapati isterinya mengalami masalah cyst atau j4ngkitan pada ovari yang menyukarkan kehamilan.

Dia yang menetap di Kuala Lumpur berkata, isterinya yang bertugas sebagai guru kemudian menjalani rawatan dan pembedahan sekitar September 2021.

Walaupun belum dikurniakan zuriat, kita jangan putus asa. Jangan ambil jalan singkat untuk kahwin lain kerana anak adalah rezeki daripada Allah.

“Alhamdulillah selepas enam tahun menanti, isteri saya disahkan hamil pada Disember 2021 dan bersalin pada Julai 2022. Bulan keenam, scan kandungan tengok baby kembar.

“Syukur rezeki berganda, dapat dua anak sekali gus,” katanya yang turut mengusahakan homestay di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ruzaimi sekali lagi diuji apabila isterinya yang hamil sering keluar masuk hospital waktu itu dan dia pula sibuk untuk menduduki peperiksaan semester akhir.

“Isteri masuk hospital kerana alahan. Dan masa hari exam tu, isteri masuk hospital, saya hantarkan dan syukur pensyarah beri pelepasan dalam tempoh tiga hari exam secara online.

“Syukur Alhamdulillah juga saya dapat sokongan daripada rakan-rakan satu team yang juga buat PJJ (pengajian jarak jauh). Apa pun, saya utamakan keluarga,” katanya yang kini berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana.

Dalam pada itu, Ruzaimi turut menitipkan pesanan kepada kaum suami yang mengalami nasib sama dengannya menantikan zuriat agar tidak mudah berputus asa.

“Kepada suami-suami lain yang tak minat belajar, buatlah apa anda suka. Macam buat bisnes cari peluang ilmu bisnes. Saya pula mahu upgrade diri saya dengan sambung belajar.

“Fokus dengan apa yang kita minat dan utamakan isteri serta keluarga yang selama ini menyokong anda. Saya percaya anda tidak akan terfikir untuk berkahwin lain,” katanya sambil menambah kereta Axia yang dibelinya kini menjadi kegunaan harian ibu dan adiknya di kampung.

@adamharithdotcoALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu” (Surat Al-Baqarah Ayat: 216) Jangan hanya berterima kasih kepada Allah ketika semuanya berjalan baik, terima kasih kepada-Nya bahkan ketika segala sesuatunya terasa sulit. Katakan Alhamdulillah.

♬ original sound – adamharithxo

Sumber:mstar, Tiktok