Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapa yang tahu. Rezeki remaja lelaki 17 tahun ini telah membuatkan ramai teruja untuk menabung. Remaja berkenaan adalah pemenang untuk cabutan bertuah utama bagi bulan April.
Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil, berkata remaja berasal dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang itu mula menyimpan dalam BSN SSP dengan bantuan ibu bapanya yang memulakan simpanan itu sebagai saluran untuk beliau menyimpan wang.
“BSN sentiasa komited untuk menggalakkan tabiat menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia terutama golongan muda. Usaha berterusan telah kami laksanakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa seperti produk terunggul kami iaitu BSN SSP,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ads
Dalam pada itu untuk cabutan BSN SSP Istimewa bagi bulan Mei dimenangi oleh Dzulkfley bin Zanudin dari Selangor.
Tahun ini BSN menawarkan hadiah bernilai lebih RM30 juta untuk lebih 19,000 pemenang dengan majlis cabutan yang diadakan mematuhi SOP ketat serta disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial rasmi Facebook BSN Malaysia.
Ads
Khas untuk Jun dan Disember sahaja, dua pemenang bakal diumumkan sebagai jutawan berbanding hanya seorang pemenang pada bulan lain.
Menurut kenyataan itu, pelanggan sedia ada yang ingin menambah simpanan BSN SSP boleh berbuat demikian di kaunter Cawangan BSN, Mesin Teler Automatik (ATM), Mesin Deposit Tunai (CDM), perbankan Internet myBSN atau menerusi saluran Ejen Bank BSN (EB BSN) manakala pelanggan baharu boleh membeli SSP di kaunter Cawangan BSN di seluruh negara.
Ads
Meninjau FB BSN Malaysia ramai yang bertanya bagaimana syarat untuk mendapat cabutan istimewa berkenaan. BSN Malaysia menjelaskan bahawa pembelian minimum SSP adalah RM 10 bagi 1 unit dan layak untuk cabutan yang diadakan pada setiap bulan.
Manakala untuk layak cabutan istimewa RM 1 Juta, simpanan minimum diperlukan adalah RM 3,000 dan tempoh simpanan minimum 90 hari sebelum tarikh cabutan.
Pembelian SSP boleh dilakukan melalui kaunter BSN, ATM/CDM BSN, Perbankan Internet myBSN atau melalui Ejen Bank Berdaftar BSN (EBB).
Apa lagi, buatlah tabungan untuk anak anda!
Sumber: BSN Malaysia dan Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengalaman adalah guru sejati dalam hidup. Bukan cuma dari pengalaman sendiri malah pengalaman orang lain juga sangat berguna. Bahkan sebenarnya bila kita belajar dari perkongsian pengalaman orang lain, itu adalah cara mudah untuk kita mengutip pelbagai pengalaman baru.
Setiap perkongsian pengalaman hidup dengan orang yang mempunyai latar belakang yang berbeza, secara tidak langsing kita akan dapat menimba pengalaman tersebut dan bolehlah dijadikan iktibar atau sebagai nilai tambah kepada kehidupan kita.
Umpamanya dengan memahami pengalaman daripada seorang doktor ini yang dikenali sebagai Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di akaun facebooknya. Berkongsi kisah bagaimana dia membelanjakan dan mengurus wang gajinya berkaitan membeli kereta idaman hingga terpaksa melalui fasa yang sukar dalam hidupnya.
Semoga kisah ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita dan sebaiknya mendalami maksud ‘ukur baju di badan sendiri’ dalam konteks pengurusan kewangan dalam berbelanja.
Ini perkongsiannya, semoga beranfaat.
Beli Kereta Bebankan Poket, Bukan Keperluan
“Eleh, dia kata jangan beli kereta mahal, tapi dia sendiri pakai Mustang! Pakai Alphard!”
Bila ada orang yang pesan agar beli kereta biarlah yang tak mahal, mesti ada yang akan akan pertikai orang yang berpesan tu kerana orang itu sendiri guna kereta mewah.
Saya rasa betul dah nasihat tu. Nak elak beli kereta, memang sukar. Kereta ni dah jadi semacam keperluan dah zaman sekarang ni. Tapi beli kereta yang bebankan poket, bukan keperluan.
Dulu, masa saya baru mula kerja, saya macam orang lain juga. Tak pandai urus duit. Setelah beberapa bulan dapat gaji, benda pertama saya beli adalah kereta. Kereta terpakai sahaja.
Namun bukan calang-calang punya kereta. Kereta mahal, spesifikasi penuh, enjin boleh tahan besar. Harga dia pun besar jugalah. Menjangkau 50% dari jumlah gaji saya. Separuh gaji!
Masa beli kereta, LKM(roadtax) dan insurans ada lagi baki 2 bulan. Jadi, selepas 2 bulan beli kereta, baru kena buat roadtax baharu. Saat tu saya mula menyesal dengan apa saya buat.
Bayangkan pada bulan saya kena perbaharui LKM tu, saya kena bayar ansuran kereta (50% gaji) + LKM/insurans (120% gaji). Bersamaan = 170% gaji. Garu kepala saya masa tu. Ketar lutut.
Saya kena keluarkan duit, lebih daripada gaji saya bulan itu. Bukan lebih sikit. Lebih banyak. Itu tak termasuk duit minyak kereta lagi. Lagi besar enjin, lagi makan minyak.
Nak hidup banyak lagi komitmen nak kena bayar. Rumah, makan minum, dan lain-lain. Bila dah 2 bulan bayar kereta, baru sedar sebenarnya saya tak mampu pun nak memiliki kereta ni.
Ego Punya Pasal
Termenung saya duduk lihat kereta saya. Kenapalah saya beli kereta ni? Kawan-kawan beli sederhana sahaja, saya pula beli kereta mewah. Lepas tu, bulan-bulan, kawan mewah, saya pokai.
Fikir punya fikir, akhirnya saya rasa saya hanya ada dua pilihan. Sama ada jual semula kereta, atau cari duit lebih. Ego punya pasal, saya buat pilihan yang kedua itu.
Sakit, bang! Perit! Kerja siang malam di tempat kerja. Balik kerja, cari duit tambahan lagi. Dalam masa sama, pi timba ilmu pengurusan kewangan. Rupanya banyak benda saya buat sebelum ni, salah!
Kena Belajar Ilmu Pengurusan Wang
Nak buat apa-apa kena buat belanjawan. Nak buat belanjawan ni kena buat jangkaan status kewangan 6 bulan hingga 5 tahun ke hadapan. Bergantung kepada apa kita nak beli.
Contohnya, nak beli kereta. Seeloknya bayaran ansuran bulanan, sekitar 10% dari jumlah gaji sahaja. Sebabnya, pemilikan kereta ada kos minyak dan penyelenggaraan. Itu pula akan ambil 5-10% dari gaji.
Saya beli kereta 50%(ansuran) + 10%(minyak). Mana tak maut dompet saya. Kena pula bulan nak kena bayar LKM/insurans. Terkubur terus segala simpanan yang ada.
Namun Alhamdulillah, saya sudah berjaya bayar penuh kereta berkenaan. Buat masa ni tak nak beli kereta mahal dah. Serik. Tak nak lagi tempuh fasa tu. Ni fasa nak kukuhkan semula status kewangan.
Bila lihat anak muda yang beli kereta hampir 30%-50% gaji, saya naik risau. Ngeri pun ada. Tambahan yang suka ubahsuai kereta macam-macam. Bukan sikit-sikit duit habis bikin kereta. Puluh ribu.
Kita semua kena belajar ilmu pengurusan wang pendapatan. Mesti ada lagi benda kita tak tahu. Belajar tentang simpanan, pelaburan, perkongsian risiko, pengurangan cukai dan sebagainya.
Kadang, orang yang nasihat jangan beli kereta mewah tu kita nampak dia memiliki kereta mahal. Mungkin mahal pada kita, tak mahal pun pada dia. Maybe dia bayar kereta tu 10% saja dari gaji dia.
Jadi, tak perlu pertikai orang yang berpesan tu. Nasihat dia tetap terpakai.
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Tak Pandai Kewangan
Nota: Zaman muda dulu, beriya nak beli kereta mahal. Hujung-hujung, saya beli Kelisa ni je sebagai kereta harian. Kereta satu lagi tu duduk rumah je. Nafsu je semua tu.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sejak beberapa minggu ini kita dapat lihat sudah ada beberapa peniaga buah sudah mula menjual durian. Itu bermakna, musim durian sudah tiba. Tentu buat penggemar raja buah ini tak sabar untuk menikmatinya hingga boleh buat mereka tersenyum lebar pada masa ini.
Apatah lagi kepada mereka yang berkesempatan membeli durian yang dijual oleh Datuk Aliff Syukri dengan tawaran harga luar jangka!
BILA TAUKE KOSMETIK KINI JUAL DURIAN
“Ladang durian saya.. cantik tak?? Jumpa anda semua ni di wisma dherbs sek 8 kota damansara.. durian akan mendarat setiap hari walaupun hari minggu.. hari ni kami sampai stok banyak yaa.. apa pun bisnes utama saya kosmetik.
“Tq yang dah beli. Syukur sambutan durian hasil tanaman saya dah berhasil.. 3 hari berniaga hasil memang best… esok buah duri hitam ada 300 biji sekilo dan musang king ada 500 biji, udang merah dan tembaga emas ada 1000biji kampung ada 3000biji.. harga bermula rm5 sekilo.. kalau kira biji saya kasi happy hour rm3 sebiji.. siapa cepat dia dapat so kena datang awal,” begitulah luah Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman.
Melihat sambutan yang diterima yang luar jangka, Datuk Aliff Syukri juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada yang membeli. Malah turut dikongsikan di akaun instagramnya tangkap layar postingnya pada tahun 2017 yang menjadi titik tolak dirinya terlibat dengan projek penanaman durian dan hinggalah menjualnya pada harga yang cukup murah.
“Sebab ini lah..Kenapa saya tanam durian..tapi yang sedih abah tak dapat nikmati hasil kebun saya sendiri.. dulu nak beli sebiji durian pun tak mampu.. kalau saya ada duit dapat belikan abah durian itu satu nikmat.kalau arwah abah ada dan tau kri dah ada ladang durian mesti abah happy malah kri jadi tokey durian sekarang.. rindu abah yang amat sangat Al-Fatihah untuk arwah abah saya Kamarzaman bin Kamarudin..
Peti ais yang dah lama sangat tak dicuci memang meninggalkan bau yang kurang enak. Lebih-lebih lagi bila ada makanan atau sisa makanan yang tertumpah dan melekat pada peti sejuk.
Bau hanyir ikan dan bahan basah lain yang melekat pada bahagian pembeku juga akan meninggalkan bau yang kurang enak pada keseluruhan bau peti ais.
Sesekali rajinkanlah diri untuk bersihkan peti ais anda. Alang-alang dah bersihkan tu, cubalah cara untuk kekalkan keharuman dengan cara ini. Senang sahaja, cuma gunakan bahan yang sentiasa ada di rumah. Paling penting tidak menggunakan kos yang mahal, peti ais juga kekal harum dan wangi. Bagaimana? Cuba cara ini.
BAHAN-BAHAN:
Lemon
Esen vanila
Nak mencucinya pun kena ada caranya. Bagaimana nak gunakan dua bahan ini untuk mencucinya? Ikuti langkah ini.
1. Keluarkan semua barang dan makanan dari peti ais. Kosongkan kesemuanya.
2. Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti ais.
3. Ambil sepotong lemon dan perahkan pada seluruh kawasan peti ais. Gunakan tuala tadi untuk mencuci lemon hingga rata. Biarkan kering.
4. Apabila kering, letakkan sedikit esen vanila dengan haruman ros pada tuala basah dan sapukan pada keseluruhan peti ais.
5. Tutup peti ais selama 30 minit dan biarkanlah seketika.
6. Selepas 30 minit barulah dimasukkan semula kesemua barang dan makanan ke dalam peti ais. Susun kemas.
7. Hasilnya peti ais akan berbau lebih harum dan segar.
Selamat mencuba!
Foto: Ceritera cinderella.blogspot
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Resipi agar-agar sirap ros selasih, sedap makan sejuk-sejuk. Agar-agar merupakan salah satu sajian pencuci mulut yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Teksturnya yang kenyal dan lembut serta rasanya yang manis dan menyegarkan menjadikannya pilihan utama, terutamanya apabila disajikan dalam keadaan sejuk.