MUA Bellaz atau nama penuhnya Nur Nabila Zulyadaini semalam selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan. Berita tersebut dikongsikan menerusi laman instagramnya beserta sekeping gambar bayi lelakinya itu.
“Berkat malam Arafah hari ni.. Saya selamat melahirkan seorang khalifah Allah SWT. Terima kasih yang mendoakan Bellaz dan baby.. “Harap semua rindu MUA Bellaz.. Hehehe.. Aidil dengan Eica (dua lagi anaknya) ketaq2 nak tengok adik depa,” tulis Bella di ruangan kapsyennya.
Dalam pada itu, suami kesayangan Bellaz, Anuar Ahmad turut berkongsi sekeping gambar mereka bersama zuriat terindah itu dengan meluahkan rasa syukur atas kelahiran tersebut.
Ads
“Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah. Terima kasih pada semua yang mendoakan. Lahirlah seorang imamku,” katanya.
Rumah adalah sebuah kediaman untuk suami isteri membina sebuah kehidupan yang bahagia bersama anak-anak.
Untuk memberi hidup yang lebih sempurna, ada isteri memilih untuk bekerja selepas berkahwin. Walaupun sudah mempunyai anak, masa tetap dibahagia dengan sempurna agar suami dan anak-anak tidak terabai.
Begitulah yang dipraktikan oleh seorang wanita mengenai pengurusan masa dalam sebuah rumahtangga. Nak tahu caranya, ikuti perkongsiannya.
ISTERI YANG BEKERJA
Saya isteri yang bekerja. Saya bekerja jauh dari rumah. Sampai rumah dah maghrib. Hari hari begitulah jadual saya.
Sampai rumah katakanlah 7.30pm. Dalam jadual saya, pukul 10 adalah waktu anak masuk tidur.
Jadi, saya hanya ada masa 2 jam setengah untuk buat semua ni,
Kalau saya nak pastikan saya mampu buat kesemua 17 perkara tu dalam tempoh 2 jam setengah, sorang-sorang, dengan berkualiti, saya tak sepatutnya duduk di planet bumi. Saya sepatutnya sudahpun menjadi bidadari sorga.
TIMELIME 2 JAM SAHAJA
Jadi, sebab saya rasa mustahil saya boleh buat semua tu setiap hari dalam tempoh 2 jam setengah, maka saya memilih untuk buat semua itu dengan timeline saya sendiri, dan mengikut cara saya yang saya mampu. Yang penting tetapkan objektif:
1. Anak dan suami dapat perhatian sewajarnya 2. Rumah tidak terlalu bersepah 3. Perut masing-masing kenyang 4. Kami semua dapat habiskan masa yang berkualiti bersama walaupun sekejap 5. Kami semua gembira
Apa apa sahaja yang saya buat atau tak buat, saya pastikan kelima-lima objektif tersebut tercapai.
BUAT YANG MAMPU AJE
Rasa mampu masak, masak. Tak mampu masak, order. Yang penting tak ada yang mengamuk lapar.
Rasa larat kemas rumah, kemas. Larat sapu, sapu, larat vacuum, vacuum. Tak larat, kemas meja aje sudahlah. Kemaskan yang superficial je, kemaskan kawasan yang nampak jelas di mata: atas sofa, atas meja, depan tv. Yang lain, esok esok lah buat. Yang penting, rumah tak sehingga ke tahap tongkang pecah.
Basuh kain biasanya memang mudah, tekan tekan je. Tapi nak jemur tu kadang dah tak larat. Kalau kami laki bini masih larat, sidai. Tak larat, suami bawa je pergi laundry, keringkan. Kalau suami pun dah tertidur, tak larat nak bangun pergi laundry, aku biarkan aje. Esok aku tekan balik mesin tu, ha basuh lagi sekali. Benda boleh rileks, buat apa stress.
Baju? Alah..larat lipat, lipat. Tak larat saya susun je bakul bakul tu dalam bilik baju. Tutup pintu. Settle. Ada masa lapang, hujung minggu, lepak dalam tu sambil pasang lagu, slow slow lipat lah. Bukan jadi serbuk pun baju baju tau kalau lambat lipat. Chill aje udah.
Sapu sampah dan vacuum? Larat, buat. Tak larat, kutip sampah yang besar-besar. Lap pakai kain lap kalau ada benda yang tumpah tumpah bawah meja, dah. Nak mop bagai kau tunggu ajelah hujung minggu. Nak berkilat sangat lantai tu setiap masa nak buat apa? Cermin?
Iron baju? Kalau larat iron semua hujung minggu, iron. Tak larat iron je sikit sikit. Tak sempat sebelum tidur, esok subuh aku bangun awal sepuluh minit dari biasa, ha iron. Apedehal.
INI WAJIB BUAT
Yang penting, ini. Bagi saya, ini yang wajib:
1. Spend time dengan anak. Kita dah tinggalkan dia sepanjang hari. Biarkanlah dia nak bergelumang dengan kita selama 2 jam setengah tu. Itu je masa yang kita ada dengan dia.
2. Ajar anak mengaji. Seboleh boleh kami suami isteri cuba untuk tak skip rutin yang ini.
3. Spend quality time together. Setengah jam pun jadi. Waktu dinner, wajib duduk semeja. Sembang, gelak, bahan each other. Kalau sempat, kami tengok Netflix sesama. Sekejap pun tak apa. Dapat tengok satu episod naruto pun jadi.
4. Buat breakfast pagi-pagi (cipta menu yang boleh dibuat dan dimakan segera) untuk anak dan suami. Saya suka spend time dengan anak dan suami sebelum masing-masing berpisah ke destinasi masing-masing. Sekejap pun jadi. Sebab nak jumpa semula nuuu maghrib nanti.
Keinginan untuk rumah yang berkilat, bersih, dan tersusun macam muzium tu adalah kehendak kita sahaja. Ia bukan keperluan. Kita takkan mati dan menyesal kalau rumah kita bukan rumah yang paling berkilat di daerah kita.
Tapi, memberi masa dan perhatian yang secukupnya kepada anak adalah suatu prioriti yang kita tak boleh tolak ansur dah. Yang itu ya, kita akan menyesal apabila suatu hari nanti, dia rupanya-rupanya dah besar dan tak mahu sembang dan spend time dengan kita dah. Masa tu, kita duduk lah dalam rumah yang berkilat macam muzium tu dengan suasana yang sangat sunyi.
Rumah yang berkilat dan tersusun macam muzium tak boleh beri kita kebahagiaan pun. Ia hanya beri kita kepuasan yang sementara. Sebabnya esok lusa, bersepah balik.
Tapi fokuslah dengan objektif yang lebih utama, kemenjadian anak anak dan memori yang dicipta bersama untuk dikenang sampai bila bila.
Tapi betul, saya boleh hidup dengan timeline dan pace macam ni kerana saya dianugerahkan suami yang memahami, rajin membantu, mengambil separuh daripada tugasan rumahtangga bersama dan anak juga sudah boleh membantu banyak benda.
Tapi, percayalah,
Kesefahaman itu bukan dicipta overnight sahaja. Ia sudah pun melalui proses pertengkaran, kemerajukan, perbincangan, latihan, mesyuarat, persidangan, dan ngauman ngauman serta sedu sedan yang mendayu-dayu. Tapi, selagi Allah ada dalam setiap perbalahan tu, insyaallah kita suami isteri akan baik baik sahaja.
Saya teguh dengan modul ‘penat sama sama, rehat sama sama’. Jangan mengalah selagi objektif modul tak tercapai!
Tak perlu ada sesiapa yang terkorban pun dalam struggle pengurusan rumahtangga.
Selagi kita suami isteri masing-masing cuba lapangkan dada untuk cuba memahami dan bersifat ihsan towards each other, Allah akan bantu kita.
Doa banyak banyak pada Allah…ya Allah, kau berilah ilham kepada suamiku agar dia faham isi hati ku ni ya allah….doa begitu selalu.
Suami ni, dia bukan macam anak anak, boleh ditengking tengking kalau tak dengar cakap, bukan boleh dipecah perintah kalau nak minta dia buat sesuatu. Tapi, jika kena caranya, insyaallah dia akan buat apa yang kita harapkan dia buat dengan seikhlasnya juga.
KISAH HIDUP SENDIRI SETELEH 10 TAHUN RUMAHTANGGA
Yang saya tulis ni, bukan tips. Tapi ini kisah hidup saya yang baru sepuluh tahun berumahtangga. Alhamdulillah, segalanya makin tenang, dan kurang dah tunggang langgang.
Bagi yang baru meniti setahun dua tahun tiga tahun empat tahun tu, sabar…sabar..sabar…tenang…banyakkan komunikasi..merajuklah, menangislah, memintalah, bersuaralah…agar akhirnya isi hati kita sampai kepada suami.
Orang lelaki ni otak dia slow sikit bab faham isi hati isteri ni. Kita kena luah luah luah luah luah banyak banyak banyak banyak kali sampailah dia register, oh begitu rupanya yang bini aku nak. Hahahaha!
Rileks k, jangan stress.. mak mak bawak bertenang. Buat apa yang termampu. Kita semua dah usaha dah sebaiknya. Mak mak memang semua akan berusaha pastikan yang terbaik untuk anak dan rumahtangga nya.
Buat saudara mara adik beradik ipar duai jiran tetangga dan sahabat handai, jangan sibuk judge rumahtangga orang lain tu tak kemas lah, tak berkilat lah, tak bersih bersinar lah, bini orang tu malaslah, tak rajin masaklah apa lah yee. Itu rumahtangga dia, suami dia, anak anak dia. Dan boleh sahaja objektif dia dan kita tak sama. So SOP pengurusannya pun tak sama. So kita senyap aje sudah. Tak puas hati, kemam aje diam diam. Tak payah sibuk. Selagi tak ada perkara yang menyusahkan kita, biarkan mereka. Kau sakit mata? Pejam. Kau sakit hati? Ha tu kau punya pasal. Selagi dia tak kacau kau, sudah.
Suami, teruskanlah berbuat ihsan kepada isteri. Percayalah, Isteri anda pasti sedang sentiasa mencuba melakukan yang terbaik untuk anda dan anak anak, dengan cara yang dia tahu, dan dengan kudrat yang dia mampu.
Kalau ada sesiapa yang hasut fikiran anda agar jangan bantu isteri, biarkan isteri buat sendiri sebab itu tugas isteri, kalau bantu isteri tu tandanya anda takut bini, ha kau pergi hembus auzubillahi minasyaitooonnn nirrrajimmmm kat ubun ubun dia. Kalau nampak tak lut, kau azankan je kat telinga dia bang. Bisikan syaiton sungguh!
Isteri happy, anak anak happy, anda sendiri pun akan happy. Bahagia itu kita yang cipta.
Ciptalah.
(Eh ya Allah, bila aku baca balik, panjangnya! Anda dah baca sampai bottom line ni kira tahniahlah! )
Kunyit memang mujarab dalam mencantikkan kulit muka. Malah kunyit juga merupakan rawatan terbaik dalam mengecutkan jerawat pada muka. Memang cepat surutnya.
Kunyit menerusi beberapa kajian, telah terbukti mempunyai bermacam-macam khasiat perubatan. Kandungan antiseptik yang terdapat pada kunyit mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka kecil, kecederaan dan melecet.
Disebabkan kesannya yang menakjubkan pada kulit, pakar kecantikan dari seluruh dunia kini mula menyedari dan menggunakannya ke dalam produk kecantikan masing-masing.
Tidak hairanlah jika kita dapat lihat krim-krim pengecut jerawat berasaskan kunyit. Dan secara tradisionalnya, memang ramai dah gunakan kaedah menumbuk kunyit untuk ‘ditepekkan’ ke muka bagi mengecutkan jerawat.
Kunyit juga dipercayai ada khasiat berguna dalam membantu rawatan penyakit seperti kanser dan Alzheimer. Siapa sangka begitu banyak kegunaannya kan?
Sejak zaman purba lagi, masyarakat India dikatakan sudah menyedari kebaikan kunyit ini kepada kulit. Ia adalah sumber vitamin C dan magnesium yang baik, kandungan serat yang tinggi, vitamin B6, zat besi, potasium dan mangan serta kandungan sodium yang sangat rendah.
Macam Mana Nak Cantik Dengan Kunyit?
Anda tidak perlu bimbang terpaksa berbelanja besar untuk mencuba kaedah rawatan kunyit. Ia boleh dilakukan dengan sangat mudah dan murah dengan keselesaan di rumah sendiri.
Kecutkan Jerawat
Bahan-bahan:
Serbuk kunyit
Limau nipis
Air
Caranya:
1. Campur serbuk kunyit dengan sedikit air dan jus limau nipis.
2. Kemudian sapukan pada tempat jerawat dan seluruh kulit wajah.
3. Hasilnya jerawat makin mengecut dan pigmen hitam pun makin kurang.
Sapu Pada Wajah
Dengan bahan yang sama dapat menaikkan seri wajah pada muka.
Caranya:
Skrub Kunyit Sental kulit muka kusam dan sel kulit mati dengan campuran skrub kunyit.
Bahan-bahan:
Serbuk kunyit
Tepung gandum
Air
Caranya:
1. Campurkan bahan ini bersama air.
2. Mulakan tugas menyental ke muka dan badan jika suka.
3. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah di cuci hingga bersih.
Ia dikatakan dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi mulus dan sekata warnanya.
Jus Kunyit
Tak hanya cantikkan muka dengan kunyit tetapi lengkapkan dengan kecantikkan dalaman. Hanya minum air rebusan ini sahaja.
Bahan-bahan:
Kunyit hidup
2 keping asam keping
3 sudu makan gula merah
Air secukupnya
Caranya:
1. Kisar kesemua bahan (kecuali asam keping).
2. Masak sebentar di dalam periuk bersama asam keping.
3. Sejukkan dan minum.
Jika diamalkan ia dikatakan dapat menguatkan dalaman tubuh badan. Malah badan lebih segar dan sihat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah mengenai pasukan bomba bertubuh sasa menjadi perhatian ramai sejak sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.
Dek kerana tular, ramai yang berminat untuk mengetahui lanjut mengenai kehidupan pasukan bomba. Bahkan terbaru sebuah video parodi telah menjadi tular apabila memaparkan suasana bilik operator kecemasan 999 selepas hari Merdeka.
Memang tak kering gusi buat yang menonton video berkenaan. Dengan durasi 6 minit 10 saat dengan tontonan 544K.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
VIDEO: Suasana Bilik Operator Kecemasan 999 Selepas Hari Merdeka. Semua cari Abam Bomba
Permulaan video memaparkan seorang operator sedang menjawab beberapa pertanyaan daripada pemanggil.
Permintaan pemanggil membuatkan ramai yang tidak kering gusi.
Ikuti lanjut video berkenaan.
WARGAMAYA TERHIBUR
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, wargamaya terhibur dengan parodi berkenaan.