“Berkat Doa & Istiqamah Bapa.. Asbab Saya Mendapat Hidayah & Berubah”- Oktovia Manrose

Share

Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah, dan kita sebagai hambaNya harus mencari bukan menanti hidayah itu.

Pelakon yang lebih setahun tampil dengan imej berhijab, Oktovia Manrose membuat perkongsian bahawa penghijrahannya itu adalah berkat doa dan istiqamah bapanya yang merupakan penyanyi dangdut era 1990-an, Iwan Syahman.

Melalui perkongsiannya di laman Instagram, Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas usaha berterusan bapanya yang ingin melihat dia berubah menjadi lebih baik.

“Berkat doa dan istiqomah seorang bapa. Mujahadah sendirian untuk menebus kekhilafan dulu. Usahanya sangat terasa. Masya-ALLAH dia menjadi asbab saya mendapat hidayah dan berubah.

“Tiada apa yang lebih beruntung daripada nikmat iman dan Islam yang ALLAH beri sekarang. ALLAH bagi rasa dan bagi faham. Masya-ALLAH sangat luar biasa,” tulisnya.

Tambahnya, dia kini lebih fahami tentang tujuan hidup dan berasa rugi jika terus mensia-siakannya.

“Hari berlalu, makin kuat rasa cinta kepada ALLAH SWT dan Rasullullah SAW, makin saya faham apa tujuan hidup.

“Dunia adalah ujian semata-mata untuk kita mengumpulkan saham di akhirat. Yang pasti kehidupan selepas dunia adalah lebih dasyat. Umur di dunia sangatlah singkat berbanding beratus ribu tahun di akhirat lamanya, nauzubillahminzalik.

“Tersangatlah rugi kalau mensia-sia diri dengan kemungkaran. Dunia ni bukan kehidupan abadi, tapi kehidupan bermula selepas kematian. Itulah hakikat yang sebenarnya,” jelasnya.

Sama seperti orang lain, Oktovia akui sebelum ini dia pernah bertanya kepada diri sendiri apakah sempat berubah dan menerima pengampunan daripada Maha Pencipta. Namun berkat kesungguhan dan keikhlasan hatinya mencari reda ALLAH, satu persatu perubahan yang lebih baik berlaku kepada dirinya.

“Dulu pernah bertanya pada diri. sempat kah aku? Allah terima ke aku?

“Sentiasa la bersangka baik dengan Allah. Dan percaya bahawa Allah akan terima setiap doa umat Nya yang benar2 ikhlas. In Shaa Allah.

“Perlahan2 mendidik diri untuk mendapat redha Allah. Bukan saja dari banyak nya ibadah kita lakukan seharian, tapi dari istiqomah dalam melakukan kewajipan kita pada Allah SWT. Alhamdulillah Allah dengan sifat Ar- Rahman, Ar- Rahim dan Al- ghofur , Allah bagi peluang.

“Satu persatu perubahan dalam diri. MasyaAllah. Bersyukur. Semuanya asbab usaha niat ikhlas dan doa seorang bapa yang soleh. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa merahmatimu wahai Ayahanda Iwan Syahman” tambahnya.

Di akhir penulisannya, Oktovia berharap supaya dia, ahli keluarga, sahabat-sahabat lain sentiasa istiqamah dan mendapat pengakhiran khusnul khotimah. InsyaAllah.

Sumber : Instagram Oktovia Manrose

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/