Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah, dan kita sebagai hambaNya harus mencari bukan menanti hidayah itu.
Pelakon yang lebih setahun tampil dengan imej berhijab, Oktovia Manrose membuat perkongsian bahawa penghijrahannya itu adalah berkat doa dan istiqamah bapanya yang merupakan penyanyi dangdut era 1990-an, Iwan Syahman.
Melalui perkongsiannya di laman Instagram, Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas usaha berterusan bapanya yang ingin melihat dia berubah menjadi lebih baik.
“Berkat doa dan istiqomah seorang bapa. Mujahadah sendirian untuk menebus kekhilafan dulu. Usahanya sangat terasa. Masya-ALLAH dia menjadi asbab saya mendapat hidayah dan berubah.
“Tiada apa yang lebih beruntung daripada nikmat iman dan Islam yang ALLAH beri sekarang. ALLAH bagi rasa dan bagi faham. Masya-ALLAH sangat luar biasa,” tulisnya.
Tambahnya, dia kini lebih fahami tentang tujuan hidup dan berasa rugi jika terus mensia-siakannya.
Ads
“Hari berlalu, makin kuat rasa cinta kepada ALLAH SWT dan Rasullullah SAW, makin saya faham apa tujuan hidup.
“Dunia adalah ujian semata-mata untuk kita mengumpulkan saham di akhirat. Yang pasti kehidupan selepas dunia adalah lebih dasyat. Umur di dunia sangatlah singkat berbanding beratus ribu tahun di akhirat lamanya, nauzubillahminzalik.
“Tersangatlah rugi kalau mensia-sia diri dengan kemungkaran. Dunia ni bukan kehidupan abadi, tapi kehidupan bermula selepas kematian. Itulah hakikat yang sebenarnya,” jelasnya.
Sama seperti orang lain, Oktovia akui sebelum ini dia pernah bertanya kepada diri sendiri apakah sempat berubah dan menerima pengampunan daripada Maha Pencipta. Namun berkat kesungguhan dan keikhlasan hatinya mencari reda ALLAH, satu persatu perubahan yang lebih baik berlaku kepada dirinya.
Ads
“Dulu pernah bertanya pada diri. sempat kah aku? Allah terima ke aku?
“Sentiasa la bersangka baik dengan Allah. Dan percaya bahawa Allah akan terima setiap doa umat Nya yang benar2 ikhlas. In Shaa Allah.
“Perlahan2 mendidik diri untuk mendapat redha Allah. Bukan saja dari banyak nya ibadah kita lakukan seharian, tapi dari istiqomah dalam melakukan kewajipan kita pada Allah SWT. Alhamdulillah Allah dengan sifat Ar- Rahman, Ar- Rahim dan Al- ghofur , Allah bagi peluang.
“Satu persatu perubahan dalam diri. MasyaAllah. Bersyukur. Semuanya asbab usaha niat ikhlas dan doa seorang bapa yang soleh. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa merahmatimu wahai Ayahanda Iwan Syahman” tambahnya.
Ads
Di akhir penulisannya, Oktovia berharap supaya dia, ahli keluarga, sahabat-sahabat lain sentiasa istiqamah dan mendapat pengakhiran khusnul khotimah. InsyaAllah.
Apabila sebut mengenai emas, ramai yang teruja ingin membelinya sebagai aset untuk jangka masa panjang.
Lazimnya barang kemas dibeli di kedai emas yang mempunyai banyak pilihan dan jual beli lebih dipercayai.
Namun kini, pembelian emas secara online semakin rancak dilakukan dimedia sosial. Biarpun ada yang memuji cara ini mudah, namun ada juga yang sudah ‘terkena’ setelah barang yang ditempah tidak sampai.
Begitulah nasib yang dialami oleh seorang wanita yang merupakan suri rumah apabila hasrat melaram dengan memakai rantai tangan lipan kait dan gelang emas fesyen setelah didakwa ditipu oleh ‘penjual emas’ .
Belian di media sosial
Memetik laporan Sinar Harian, mangsa yang berusia 42 tahun dari Kota Sri Ahmad Shah di sini kerugian sebanyak RM2,499. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa dikatakan berminat untuk membeli barangan kemas itu (gambar di atas sekadar hiasan) selepas melihat satu iklan penjualan emas lelong yang diiklankan di laman sosial Instagram dengan nama kedai_emas.lelong916official.
“Mangsa kemudian telah menghubungi nombor telefon yang tertera di media sosial berkenaan dan mahu membeli rantai tangan lipan kait seberat 64.88 gram dan gelang emas fesyen seberat 17.48 gram dengan harga berjumlah RM2,499.
“Selepas mengadakan perbincangan, mangsa bersetuju untuk membeli dan telah membuat tiga transaksi bayaran ke dua akaun diberikan suspek.”
Oleh kerana masih tidak menerima barang kemas yang dibeli walaupun telah membuat pembayaran, mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.
Keluarga: Hati-hati semua ketika membuat pembelian barang kemas secara online.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Berbuat baik kepada ahli keluraga tak mengenal masa, kalau boleh biarlah selalu kita menghargai dan tunjukkan rasa saya kepada mereka selalu. Namun, jika kita buat baik dengan ahli keluarga kita pada Hari Asyura, ia jauh lebih baik dan sangat disarankan dalam Islam.
Menurut pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar hari ke-10 Muharram dalam kalendar Islam iaitu pada hari ini (Selasa) merupakan Hari Asyura yang sangat bermakna buat umat Islam.
Melalui sebuah video di akaun TikTok rafidahbaco, Ustaz Wadi berkata apabila kita sediakan makanan istimewa buat keluarga pada Hari Asyura ini, rezeki mereka akan diperluaskan dan urusan juga akan dipermudahkan.
Katanya lagi, orang yang menggembirakan keluarganya pada hari 10 Asyura dengan menyediakan makanan istimewa untuk mereka, Allas SWT akan menyenangkan, memurahkan dan meluaskn rezekinya sepanjang tahun itu. Betapa hebatnya manfaat bila berbuat baik dengan ahli keluarga pada hari ini kan?
“Kalau selalu RM10, hari Asyura tuan-tuan istimewakan hidangan untuk ahli keluarga tuan-tuan. Ini maksud hadis ni. Tuan-tuan istimewakan hidangan dan layanan untuk ahli keluarga tuan-tuan pada hari Asyura, Nabi sebut dalam hadis Allah akan meluaskan dan melapangkan rezekinya sepanjang tahun itu.”
Untuk pengetahuan, Asyura asalnya dari sebuah perkataan Arab iaitu ‘asyara’ yang bermaksud 10 dan mengikut umat Islam, hari Asyura ni banyak menyaksikan sejarah besar dan keajaiban yang berlaku ke atas para nabi.
Selain itu, menurut Riwayat Ibnu Majah (1738), berpuasa pada hari Asyura adalah diperintahkan kepada umat nabi Muhammad SAW dan hukumnya adalah sunat.
Lebih 80 warga PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) dan anak syarikatnya iaitu Park Here Sdn Bhd, Central Holdings Berhad serta Elit Hartanah PHE Sdn Bhd telah menyantuni seramai 167 orang anak – anak yatim dari empat buah rumah menerusi Konvoi Kembara PRECHATIN X YIDE 2024.
Program ini adalah salah satu inisiatif PREC dengan kerjasama dan khidmat nasihat daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk memberi semula kepada insan memerlukan melalui cara agihan wakalah zakat yang telah diperuntukkan.
“Untuk Kembara PREChatin X YIDE pada tahun ini, RM93,750.00 peruntukan wakalah zakat disalurkan kepada 167 orang anak yatim di empat buah rumah anak yatim dibawah kelolaan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)”.
Pada majlis sama, PREC turut menyampaikan sumbangan melalui peruntukan wakalah zakat berjumlah RM20,000.00 kepada YIDE bagi tujuan pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah” kata Pengurus Besar Kewangan Korporat & Strategi PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), Puan Netty Hezreena Abd Malek.
“Tahun ini agak istimewa kerana ini adalah kali pertama PREC berkolaborasi bersama pihak YIDE dalam program kami. Konvoi PREChatin pada tahun ini juga menyaksikan ianya pertama kali dilangsungkan selain dari bulan Ramadan. Kerana bagi kami tanggungjawab menyantuni anak yatim bukan sekadar rutin di bulan Ramadan, namun ianya perlulah dilakukan secara konsisten dan berstrategi. Mereka juga perlu disantuni pada bulan-bulan lain. PREC mengambil tanggungjawab ini dengan mengisi “kekosongan” mereka pada bulan selain Ramadan” tambahnya lagi.
Beliau berkata demikian di majlis perasmian Konvoi Kembara PREChatin X YIDE 2024 yang berlangsung di Pusat Beli Belah SACC pada Rabu lalu.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengurus Besar YIDE, Nur Mohd Razali Abdullah; Ketua Jabatan Pengurusan Muzakki dan Komunikasi LZS, Khairul Azhan Ahmat serta kakitangan anak syarikat PREC merangkumi Park Here Sdn Bhd, Central Holdings Berhad dan Elit Hartanah PHE Sdn Bhd.
Rumah anak yatim yang disantuni oleh warga PREC pada tahun ini adalah Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Pusat Jagaan Darul Sakinah Angkasa, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu serta Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah.
Pihaknya PREC turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai, barangan keperluan asas dan perkakas elektrik bagi mengurangkan beban perbelanjaan harian selain turut memberikan duit poket kepada setiap penghuni dan penjaga rumah anak yatim tersebut bagi mengekalkan tradisi konvoi kembara tersebut.
Dalam kunjungan tersebut, kakitangan PREC turut mengambil peluang mempererat ukhwah bersama dengan penghuni rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti antaranya ialah sesi bersama maskot, kuiz, sesi bercerita, melukis dan mewarna, menghias rumah, membaiki kerosakan rumah dan memperindah beberapa kawasan rumah seperti mengecat dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...